
Istilah angin sering disebut- sebut dalam suasana masyarakat kita dan ia tidak asing lagi. Contohnya, apabila mengurut, pasti kita atau juru urut mengatakan badan kita ada angin sebab kita atau juru urut akan sendawa. Padahal sebenarnya ia adalah tolakan angin di dalam perut. Angin berada di tiga tempat iaitu perut, usus dan paru- paru. Istilah angin ini datang daripada orang tua – tua dahulu untuk menggambarkan rasa sakit badan ketika itu.

Ada juga yang datang berbekam untuk mengeluarkan angin. Jika angin disifatkan dengan rasa sengal – sengal badan, maka angin disini bermaksud pengumpulan asid laktik di dalam tisu otot badan kita. Ini disebabkan otot tempat yang kita rasa sakit itu sedang dalam keadaan terlebih kerja. Contohnya, kita sakit bahu dan belikat. Apabila pergi urut, ada bunyi “kruk kruk” di antara belikat dan tulang belakang terutama kawasan bahu berdekatan leher. Lalu kita katakan ianya adalah angin. Sebenarnya, ia disebabkan otot terlebih kerja.
Otot sentiasa dalam fasa pengecutan (contraction) menyebabkan lama kelamaan ada ruang di antara otot yang dipanggil muscle knot. Ruang itulah yang berbunyi ‘kruk krak’.



Otot dan fascia yang saling berhubung, apabila dipicit atau diurut atau dibekam, otot kembali kepada pemanjangan normal (lengthening) boleh tengok healthy muscle fiber gamabr di bawah. Maka kita akan sendawa kerana tolakan angin dalam perut kerana pergerakan terapis.
Kemudian, selepas diurut, kita akan merasa lega kerana otot-otot yang tegang telah dilembutkan.
Begitu jugalah bekam yang mekanismanya melembutkan otot (muscle relaxation)

“Angin’ atau laktik asid tidak keluar dalam bentuk wap. Wap yang berlaku adalah disebabkan haba dari darah yang terkumpul di dalam cup bekam. Penyedutan cup bekam menyebabkan pengembangan salur darah(vasodilasi). Vasodilasi menyebabkan kawasan tersebut berasa panas dan suhu badan meningkat.
Pengumpulan haba berlaku di bawah lapisan kulit ketika bekam angin akan dikeluarkan semasa bekam darah.
Kepungan udara dari kawasan yang panas bergerak ke kawasan udara yang sejuk dinamakan proses kondensasi.

Perumpamaannya adalah seperti air yang mendidih, lalu kita membuat teh. Kita boleh lihat akan ada wap air sekitar teh yang panas kerana telah berada di kawasan udara yang sejuk. Begitu jugalah bekam.

Maka wap air yang keluar adalah disebabkan oleh dari proses kondensasi bukanlah angin ya! Suhu badan yang panas lalu keluar ke udara yang sejuk dalam bentuk darah bekam.
Kredit kepada Dr Azrinaz yang mengajar kami, founder of Dr Hijama.
Jika anda tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA
#bekammuslimah #bekamwanita #bukitsentosa #bukitberuntung

