De Quervain Syndrome (Sakit Pergelangan Tangan, Di Ibu Jari)

Ianya dinamakan De Quervain kerana seorang physician dari Swiss bernama Fritz de Quervain.

Definisi

De Quervain Syndrome juga dikenali sebagai Tenosynovitis ataupun tendinitis ataupun dikatakan radang di bahagian pergelangan kawasan ibu jari tangan “tendon sheath: lapisan tulang bertemu otot di tulang bernama ‘styloid process pada bahagian radius: tulang selari ibu jari tangan”.

Ia disebabkan penggunaan ibu jari yang berulang kali dan menjadi penyebab sakit pergelangan tangan (first dorsal compartment of wrist). Ia kerap berlaku lebih kepada golongan wanita berbanding lelaki, berumur 30 hingga 50 tahun.

Struktur Anatomi dan Fisiologi Tangan

Tendon di bahagian belakang tapak tangan (extensor tendon on the dorsum ) terdiri daripada 6 bahagian.  Bahagian pertama mengandungi tendon yang bernama APL dan EPB sepanjang bahagian tepi tangan di bahagian radial berukuran dalam 2cm osseofibrous tunnel. Extensor retinaculum melindungi tendon ini dengan membalutinya.

1) APL (Abductor Pollicis Longus) Origin: posterior surface of the ulna and radius   Insertion: Base of the thumb metacarpal. Pergerakan APL adalah (abduction: ibu jari dibuka ke tepi menjauhi jari kedua) Melalui saraf posterior interosseous nerve.

2) EPB (Extensor Pollicis Brevis) Origin: posterior surface of the radius and interosseous membrane. Insertion: Dorsal base of the thumb proximal phalanx. Pergerakan EPB adalah (extension: ibu jari diangkat ke atas seperti jari telunjuk dalam solat tapi ke atas lagi) Melalui saraf posterior interosseous nerve.

Proses fisiologi De Quervain berlaku apabila berlaku luka (radang) dan penebalan pada lapisan tendon. Kemudian, tendon menjadi sempit dan mengecut di fibro-osseous dan berlaku kerosakan.

Punca-Punca De Quervain

Kebiasaannya, De Quervain berlaku disebabkan oleh

  • Penggunaan pergelangan tangan yang kerap dan menjadi ‘terlebih guna’ melibatkan pergerakan ibu jari ke tepi dan ke atas serta pergerakan jari ke luar (arah anak jari ke tepi). Some of the causes of disease are overuse and repetitive activities of the wrist in (Ulnar deviation, Thumb in abduction & extension)
  • Mereka yang bekerja kilang, menaip, orang mengurut, setiausaha, bermain golf, badminton dan mengait yang melibatkan pergerakan ibu jari dan pergelangan tangan.
  • Faktor seperti trauma akut (acute trauma), berkaitan rheumatoid arthritis dan mengandung.
  • Masalah metabolic seperti kencing manis (diabetes), hyperurecemia dan hypothyroidism
  • Kecederaan pada pergelangan tangan atau tendon
  • Sel tisu berparut juga membatasi pergerakan tendon

Tanda- tanda (Simptom)

  • Sakit pada pergelangan tanagn kawasan ibu jari apabila melakukan bergerakan jari dan pergelangan tangan
  • Sakit apabila disentuh dan bengkak pada pergelangan tangan (radial styloid)
  • Ibu jari merasa lemah
  • Penyusutan jisim otot tangan (muscle atrophy).
  • Sakit, rasa panas, kemerahan dan sukar bergerak pada pergelangan tangan dan ibu jari
  • Kebas di bahagian ibu jari tangan
  • Sukar untuk menggenggam atau memusingkan tangan seperti memusing tombol pintu, memulakan enjin kereta

Ujian & Diagnosis De Quervain’s tenosynovitis

De Quervain’s tenosynovitis didiagnos berdasarkan kawasan sakit dan sebarang perubahan luaran dan sakit apabila ditekan di kawasan tangan.

Ujian yang sering dilakukan oleh doktor dan fisioterapis ialah Finkelstein’s test. Ujian yang positif berlaku apabila:

Sakit pada pergelangan tangan, bahagian belakang tapak tangan sekitar ibu jari, makin sakit apabila  – tangan digenggam dengan ibu jari ke dalam genggaman. -terapis atau doktor menekan tangan ke arah jari kelima (seperti dalam gambar).

Kemudian bandingkan dengan tangan yang tidak sakit.

Ultrasound juga boleh dilakukan untuk mengesahkan sakit ini dan rawatan susulan perlu dilakukan.

Rawatan De Quervain Syndrome

Terdapat pelbagai rawatan yang membantu seperti pembedahan kecil, pengambilan ubat tahan sakit dan rawatan fisioterapi.

  • Rawatan konservatif untuk kes akut (mula-mula terjadi)  selalunya ialah rehat tanpa pergerakan dengan splint atau cast atau bracing selama 4-6 minggu bergantung pada nasihat doktor
  • Injection menggunakan ubat steroid  atau corticosteroid
  • Ubah aktiviti pada pergelangan tangan dan ibu jari seperti mengelakkan aktiviti yang menyebabkan sakit, kurangkan pergerakan ibu jari secara berlebihan
  • Pengambilan analgesic atau NSAIDs can be useful in mild cases in conjunction with splinting.
  • Rawatan fisioterapi
  • Urutan, beri sokongan pada pergelangan tangan dan ibu jari

REHABILITASI FISIOTERAPI

Pada fasa akut, terapis akan menggunakan  cryotherapy seperti ice packs, ice massage untuk mengurangkan inflamasi dan bengkak edema.

Inflamasi pada kawasan sakit juga boleh dirawat dengan topical corticosteroids  yang menggunakan  ultrasound atau caj elektrik pada tisu subcutaneous.

Senaman terapeutik untuk mengembalikan pergerakan tangan (range of motion) seperti regangan dan senaman ketahanan (stretching and strengthening exercise) pada ibu jari, tangan, dan pergelangan tangan akan dilakukan.

Jika terdapat parut pada tisu tangan, urutan lembut menggunakan teknik gentle friction akan dilakukan untuk memecahkan parut dan melembutkan ia.

Boleh juga letakkan rawatan haba panas seperti mencelup tangan pada lilin (wax treatment) yang dipanaskan untuk melancarkan perjalanan darah, mengurangkan bengkak dan inflamasi yang telah berlaku sebelum ini. Wax treatment bantu melembutkan tisu tangan dan memudahkan senaman regangan tangan.

Terdapat beberapa alat senaman seperti theraband, teraputty untuk membantu mengembalikan pergerakan tangan dan ibu jari.

Selain rawatan fisoterapi, kami di My Rehab Spa  tidak menggunakan alatan eletroterapi  tetapi rawatan manual yang dipanggil urutan manual, bekam atau akupuntur untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

Teknik dan Cara Urutan Swedish

Kami di My Rehab Spa menawarkan urutan Swedish untuk pelanggan kami. Urutan Swedish ini adalah urutan asas bagi graduan Fisioterapis dan ianya berbeza dari jenis urutan yang lain. Namun, kami juga menyediakan urutan tradisional dan yumeiho mengikut cita rasa dan keberkesanan yang anda rasakan pada tubuh anda.

Di sini saya kongsikan kepada anda apa yang kami lakukan semasa ssi urutan di My Rehab Spa

1- Persiapan Terapis

 –Pakaian terapis hendaklah longgar, selesa, sesuai

Tangan terapis bersih dan berkuku pendek tanpa sebarang perhiasan tangan dan pergelangan tangan

– Rambut terapis – mengikat atau klip rambut panjang atau bertudung

Bau badan terapis yang wangi

– Pelincir – losyen, minyak, krim, serbuk

– Senaman pemanasan badan dan regangan

Minuman dan tuala kecil untuk mengelap peluh

2- Persekitaran

Mewujudkan suasana yang mesra dan selesa

– Menggunakan lampu lembut untuk suasana yang lebih santai

– Suhu bilik yang bersesuaian, tidak terlampau sejuk, tidak terlampau panas

– Boleh memainkan muzik yang menenangkan

– Bau aromaterapi yang menenangkan

3- Persediaan Pelanggan

  • Menggunakan kain batik yang mudah didedahkan
  • Bersedia untuk diurut

4- Teknik yang digunakan

  • arah yang digunakan selalunya centripetal,jarang centrifugal, mengikut arah aliran vena dan aliran limfatik
  • Tekanan bermula dari lembut menggunakan hujung jari sehingga tekanan kuat untuk “deep tissue”.
  • Kadar dan ritma- Tangan yang relaks, mulakan dengan ritma perlahan, tingkatkan ritma tekanan semakin kuat perlahan-lahan. Variasikan gaya dan teknik dengan tujuan stimulasi atau melembutkan.
  • Tempoh masa- mengikut keadaaan pesakit, umur, tahap kesakitan. Urutan biasanya sejam ke 2 jam untuk hasil yang optimum.
  • Kekerapan bergantung keadaan pesakit. Boleh jadi sebulan sekali, atau sekali seminggu, bila semakin pulih, beberapa bulan sekali.

5-  Kedudukan Urutan

  • Elakkan hanya menggunakan tangan dan bahu. Gunakan pergerakan dan berat badan untuk meningkatkan tekanan urutan dan mengelakkan anda lenguh tangan apabila mengurut terlalu lama. Jaga tenaga anda untuk pelanggan seterusnya.

6- Teknik Urutan Swedish

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan seperti carta di bawah. Ianya di dalam bahasa Inggeris kerana ini adalah nota dari lecturer kami. 

Semoga ianya membantu anda semua. Jika anda ingin merasai teknik urutan ini, boleh datang ke My Rehab Spa, Bukit Sentosa, Rawang dan hubungi 012-968-9707 untuk maklumat lanjut.

Bekam ni Kuno ke?

 

Siapa kata bekam ni kuno?

 

Tarik telinga dia! Berani korang cakap bekam ni kuno!

 

Meh Azi share apa yang kuno sebenarnya.

 

Aish

Memangla bekam ni kuno sebab iakan dari Rasulullah S.A.W. beribu tahun dahulu tetapi ianya tidak kuno untuk digunakan. Kebaikannya sepanjang zaman.

 

Memang, sekarang ni segala sesuatu yang berbau ‘barat’ yang didonimasi orang Nasrani dan Yahudi nampak indah menyenangkan dan memudahkan. Ini memang usaha mereka untuk menjauhkan kaum muslimin dari kitabNya Alquran. Mereka mengetahui bahawa apabila kaum Muslimin berpegang teguh kepada ajaranNya, pastilah kita akan berjaya dan menguasai dunia, seperti yang pernah dialami umat Islam pada abad 8-12 Masihi. Waktu itu, ilmu perubatan berkembang menguasai daratan Eropah, sehingga muncullah doktor- doktor muslim yang gorgeous dengan ilmu keislaman dan kedoktorannya seperti Ibnu Sina, Az Zahrowi, Ibnu Maimon, Al- Biruni dan lain- lain.

 

Padahal waktu itu kaum Nasrani sendiri susah untuk meningkatkan keilmuannya, kerana terikat dengan pendapat gereja yang menyebut pengetahuan moden bertentangan dengan Bibel. Sehingga yang berbeza dengan Bibel dianggap menentang Bibel. Bahkan orang yang menentang pendapat gereja akan dihukum seperti yang dilakukan oleh Galille yang dituntut hanya kerana ia mengikut penemuan Coppernicus tentang peredaram bumi. Galille kemudiannya dihukum dengan alasan mentafsirkan Bibel secara keliru.

tapak kaki rasulullah saw

Inilah yang menyebabkan kaum Nasrani beramai-ramai meninggalkan agama mereka, sehingga mereka boleh memajukan sains dan perubatan dan bidang lain. Sementara waktu itu, ramai kaum muslimin yang meninggalkan ajarannya termasuk bidang kedoktoran.

Orang-orang muslim meninggalkan agamanya, mereka menjadi tertinggal

Dan orang-orang Nasrani meninggalkan agamanya, mereka menjadi maju.”

 

Kaum muslimin jarang sekali mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan Nabis.a.w (selawat utk nabi taw korang!) yang sangat lengkap terutamanya bekam. 

alat bedah zaman nabi

Malahan ilmu bekam diserahkan kepada bukan Muslim. Mereka melakukan penelitian dan pembuktian terus menerus, yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan sehari – hari, walaupun mereka tidak menamakannya bekam.

 

Tetapi tetap memakai prinsip kerja bekam, menyedut darah dan mengumpulkannya, kemudian mengeluarkannya , tentunya dengan teknik dan teknologi canggih.

 

Hingga muncullah ahli bekam dari Negara Barat, seperti Doktor Michael Reed Gach dari California dengan bukunya “Potent Points, a Guide to Self Care for Common Ailments atau Kohler D (1990) dengan bukunya “the Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Method”.

 

Paling terbaru mengenai kejayaan atlet renang Olimpik 2016 yang melakukan bekam sebelum pertandingan dilakukan.

 

Aha, bekam ini kuno ke?

 

Nota di atas azi petik di dalam buku Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a.w. oleh Syiha al-Badri Yasin.

 

Belajarlah dari sejarah~

“Hello Healthy, Bye Pain”

alat geometri zaman nabi
darah bekam rasulullah saw

Mekanisma Bekam mengikut Teori Cina

Mekanisme dan Teori tentang Bagaimana Terapi Bekam bekerja

Mekanisme tindakan terapi bekam perlu dijelaskan. Banyak persoalan dan teori timbul dari masa ke semasa mengenai peranan yang tepat dari bekam dalam merawat penyakit.

Teori Cina untuk terapi bekam

Teori dan konsep mengenai mekanisma bekam mengikut Teori Cina perlukan semakan mengikut pengetahuan perubatan secara saintifik. 

 Kebiasaannya, pengamal bekam  dalam Traditional Chinese Medicine (TCM) atau dalam bahasa kita dipanggil Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa semua punca penyakit adalah disebabkan oleh genangan (stagnant) atau halangan pada sumber tenaga hidup penting yang dipanggil “Qi”.

“TCM believe disease caused by stagnation or blocking the source of vital energyof life (Qi).

TCM percaya bekam membantu untuk membuka halangan pada tenaga Qi dan mengembalikan keseimbangan yang betul untuk mendapatkan kembali alirannya.

Menurut tradisi Seksologi perubatan Cina, perempuan memberi Yin (Qi perempuan) dan lelaki menerima Yang (lelaki Qi), manakala lelaki memberi Yang dan perempuan menerima Yin. Kedua-dua Yin dan Yang  yang merupakan modaliti Qi yang aktif, wujud dalam  lelaki dan perempuan.

Terapi bekam juga boleh menghilangkan angin, sejuk, kelembapan dan darah yang bertakung, terutama apabila bekam digabungkan dengan akupunktur. Akupunktur laser digabungkan dengan bekam di kawasan yang sakit memudahkan aliran Qi dalam jalur meridian mengikut Hukum Biologi Arndt-Schulz [24].

Sesetengah saintis di dunia barat mengikut teori ini. Ilkay Chirali menyifatkan 10 kaedah terapi bekam dalam bukunya yang bertajuk  “Terapi Bekam Perubatan Tradisional Cina”. Sepuluh kaedah bekam yang dinyatakan oleh pengarang termasuklah

  • bekam yang lemah / ringan
  • bekam sederhana
  • bekam kuat
  • bekam bergerak/luncur
  • bekam jarum
  • bekam moxa / panas
  • bekam kosong
  • bekam  penuh / pendarahan
  • bekam herba
  • bekam air

Penulis menyebut beberapa mekanisma bekam disebabkan oleh perubahan dalam

Qi (sumber tenaga),

Xu (darah kurang),

Wei Qi (tenaga pertahanan)

 dan konsep-konsep lain menurut teori Cina.

Sebagai contoh, dalam TCM, fibromyalgia disebabkan oleh tekanan emosi dan kemurungan, yang memberi kesan kepada fungsi hati. Stagnasi pada aktiviti Qi menyebabkan stasis (beku/mendapan) darah yang menyebabkan kesakitan. Prinsip rawatan adalah untuk mengawal Qi dan darah dengan menghilangkan sejuk dan mengeluarkan kelembapan [26,11].  

Bagaimanapun, konsep sumber tenaga Qi dan stagnan atau kekurangan darah kelihatan tidak sesuai dengan konsep perubatan saintifik moden.

Untuk membincangkannya dari pandangan perubatan saintifik, ia mengatakan bahawa sumber tenaga dalam sel-sel hidup datang terutama dari reaksi fosforilasi oksidatif mitokondria (mitochondrial oxidative phosphorylation) dalam semua sel-sel badan yang mengandungi mitokondria.

Tambahan pula, pengoksidaan glukosa (glikolisis) adalah sumber tenaga sitoplasmik dalam sel-sel badan [27-31] dan kepentingannya meningkat dalam sel yang kurang mitokondria seperti dalam sel darah merah (RBC) atau di dalam sel-sel yang mempunyai sedikit mitokondria contohnya seperti neutrofil [32]. Lemak pengoksidaan asid dan pengoksidaan badan keton adalah sumber tenaga mitokondria yang lain [33].

Perlu diingatkan, penghasilan tenaga mitokondria dalam sel-sel kanser tidak mematuhi peraturan ini kerana sel kanser mempunyai mitokondria yang termutasi dan dicirikan oleh fenotip glikolitik (glycolytic phenotype) dalam mendapatkan tenaga. Catabolisma glukosa membekalkan sebahagian besar sumber tenaganya (ATP) dalam sel-sel kanser dan berakhir dengan pengeluaran laktat (Warburg kesan) yang diekstrusi ke luar sel [27].

Dalam penerbitan terdahulu oleh El Sayed et al., berkata, sasaran laluan tenaga glikolitik dipilih untuk membunuh sel-sel kanser dan sel-sel normal yang tersimpan [28-31]. Sumber tenaga dalam sel seolah-olah tidak mempunyai hubungan dengan terapi bekam. Tiada laporan saintifik disebutkan bahawa terapi bekam boleh menjejaskan glikolisis atau laluan mitokondria untuk pengeluaran tenaga.

Journal diolah daripada

El Sayed, S. M., Mahmoud, H. S., & Nabo, M. M. H. (2018). Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Alternative Integrated Medicine, (January). https://doi.org/10.32388/234874

terapi bekam mengikut kaedah saintifik

Sasaran utama penyelidikan saintifik adalah untuk mengenal pasti garis terapeutik yang lebih baik berkaitan dengan perubatan, penemuan ubat dan rawatan penyakit dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup dengan lebih berekonomi.

Rawatan farmakologi kepada penyakit manusia bertindak dengan memperkenalkan dadah ke tubuh manusia melalui laluan sistem yang berlainan. Terdapat beberapa rawatan perubatan konvensional yang mengeluarkan keradangan berbahaya, bahan kimia atau bahan lain yang tidak diingini daripada badan manusia selain daripada pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan.

Malangnya, amalan perubatan dan penyelidikan perubatan moden  menumpukan lebih kepada rawatan yang memperkenalkan ubat-ubatan baru dan bahan kimia kepada tubuh manusia tanpa mengeluarkan bahan berbahaya yang sedia ada dalam badan.

Memandangkan masalah perubatan yang tidak boleh diubati sehingga sekarang, berlaku peningkatan bilangan pesakit di seluruh dunia, kami mencadangkan salah satu daripada rawatan yang paling kontroversi antara pengamal perubatan iaitu terapi bekam.

Dalam artikel ini, kami mengkaji secara spesifik mengenai terapi bekam, sambil memberi perhatian khusus kepada mekanisme tindakan secara saintifiknya.

Banyak salah faham yang dibangkitkan mengenai bekam timbul daripada kekurangan pemahaman bagaimana ia berfungsi dan sejauh mana ia boleh memberi manfaat kepada pelbagai jenis penyakit.

Hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan “The best among what you use in therapy is Al-hijamah (prophetic method of WCT) yang mendorong kami untuk mencari dan menubuhkan mekanisme saintifik berasaskan bukti mudah untuk mencari jawapan mengenai bagaimana terapi bekam berfungsi dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit.

Terapi Bekam untuk Rawatan Akut dan Kronik

Keadaan sakit kronik merupakan satu cabaran besar kepada doktor sekarang kerana ianya sukar untuk dirawat walaupun terdapat senarai panjang kelas ubat yang boleh digunakan. Kesakitan kronik berlaku pada rheumatoid arthritis (RA), fibromyalgia, kesakitan bukan kronik pada mulanya. Rawatan farmakologi untuk kesakitan termasuklah ubat anti-radang bukan steroid, steroid dan sehingga penggunaan opioid.

Dalam banyak kes, pesakit tidak boleh bertolak ansur dengan kesan sampingan rawatan yang mungkin memaksa mereka untuk hentikan rawatan.

Kajian lepas mendedahkan terapi bekam dapat melegakan kesakitan herniasi cakera lumbal, herpes zoster, spondylosis serviks, RA, brachialgia paraesthetica nocturna, CTS, gouty, artritis, fibrositis, firomyalgia, sakit belakang, sakit leher tidak khusus kronik, osteoarthritis kronik, neuralgia trigeminal akut, sakit kepala dan migrain.

Diolah dari jurnal

El Sayed, S. M., Mahmoud, H. S., & Nabo, M. M. H. (2018). Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Alternative Integrated Medicine, (January). https://doi.org/10.32388/234874

Enter your text here…

Bekam ni efektif dengan banyak darah ke?

Bedah journal:

El Sayed, S. M., Mahmoud, H. S., & Nabo, M. M. H. (2018). Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Alternative Integrated Medicine, (January). https://doi.org/10.32388/234874

Terapi bekam basah Wet Cupping Therapy (WCT) adalah rawatan mudah dan ekonomi yang masih memerlukan tafsiran saintifik. Ia merawat dengan pelbagai etiologi dan pathogenesis penyakit contohnya, rheumatoid arthritis (RA), hipertensi, migrain, Carpal Tunnel Syndrome (CTS),  fibromyalgia, selulitis dan lain-lain.

Jurnal ini mengkaji semula asas perubatan dan saintifik mendasari terapi bekam dan memperkenalkan teori Taibah sebagai mekanisme saintifik berasaskan bukti.

Secara ringkas, dalam teori Taibah, WCT adalah prosedur pembedahan kecil yang berkaitan dengan prinsip-prinsip penulenan glomerulus buah pinggang dan pemindahan abses, di mana perkumuhan berasaskan tekanan patologi penyebab bahan (causative pathological substances : CPS) berlaku. CPS termasuklah bahan penyebab penyakit (disease- causing substances) dan bahan yang berkaitan dengan penyakit (disease related substances (hasilnya semasa patogenesis penyakit).

Tekanan negatif yang dikenakan ke permukaan kulit menyebabkan cecair celahan yang mengandungi CPS pada kulit ditarik dalam cawan dan kawasan disedut itu ditapis.

Peningkatkan sedutan pada kulit boleh mengubah kecerunan tekanan dan daya tarikan di seluruh kulit dan kapilari.

Ini boleh mengeluarkan cecair yang terkumpul dengan CPS dan menyebabkan pendarahan di tempat cucuk bekam.

Ia juga meningkatkan penapisan pada kedua-dua hujung kapilari dan meningkatkan perjalanan darah dan ruang interstisial daripada CPS.

WCT bermanfaat dari tekanan sedutan, fenomena hiperemia reaktif, pengeluaran nitrat oksida dan penyembuhan kulit (bukaan dalam penghalang kulit) dalam meningkatkan fungsi kulit dengan pembuangan toksin di bawah kulit secara natural, peredaran limfa dan kapilari bertambah baik serta dapat memulihkan homeostasis.

CPS RA yang dilaporkan termasuk autoantibodies, imun kompleks, reseptor interleukin-2 yang larut, mediator radang, sitokin tertentu, prostaglandin, selular toksik produk dan faktor rheumatoid, sementara CPS CTS termasuk malondialdehid, interleukin 6, prostaglandin PGE-2 dan edema progresif (menyebabkan sakit).

Tekanan penapisan yang diarahkan oleh WCT boleh mengeluarkan darah CPS.

Kesimpulannya, WCT mempunyai maklumat saintifik dalam merawat penyakit yang berbeza terutamanya rawatan yang membersihkan darah dan cairan interstitial dari CPS.  Faedah Teraputik WCT berkaitan dengan jumlah CPS yang dikeluarkan bukan jumlah darah yang diberi.

INGAT!

Keberkesanan bekam darah bukan disebabkan banyaknya darah yang keluar, tetapi berkaitan dengan jumlah CPS yang dikeluarkan!

Namun, pengeluaran darah yang banyak secara psikologinya, pesakit akan berpuas hati dengan rawatan yang dilakukan.

Jangan pula sampai menggunakan blade dengan menghiris kulit sehingga terkena salur darah bersih, nanti lebam berbulan tempat dibekam itu. 🙁

Journal ini diubah kepada bahasa oleh terapis kami: Azira Iqlima Razali, on furthering master in sport rehabilitation, comparing cupping therapy with physiotherapy treatment.

Kelebihan buah epal untuk kita

Hari ini saya ingin berkongsi kelebihan buah epal. Ini adalah ringkasan daripada journal yang saya baca dan saya merasakan ianya sangat berilmu. Nak baca details boleh pergi kat sini : benefit of apples

Jika di dalam penulisan kajian, (academic research), ini dipanggil ‘systematic review” tetapi saya review satu artikel je. Hehehe.

Okei, mari sambung kembali. Ini ringkasan journal tersebut.

Research has shown that biologically active components in plant-based foods, particularly phytochemicals, have important potential to modulate many processes in the development of diseases, including cancer, cardiovascular disease, diabetes, pulmonary disorders, Alzheimer’s disease, and other degenerative disease states”.

Apples and AP (AP-flavonoid consumption), including juices and extracts, have been included in health-related studies around the world due to their rich content of varied phytochemicals. The potential of AP phytochemicals to reduce disease risk and improve health has caught the attention of scientists, practitioners, and the lay public.

Di dalam ini adalah ringkasan buah epal sebiji tu dengan dibuat jus epal dan juga jus epal dalam kotak yang kita beli di pasar raya tu. Epal sebiji itu lagi bagus taw! Tengok total polyphenols dia tu, tinggiii kan.

Buah epal ni membantu mencegah dan merawat penyakit di bawah

1- Kanser Kolon

2- Kanser Payu Dara

3- Kanser lain juga 

 “1/3 of all cancer deaths could be prevented by improved diet, particularly increased consumption of fruits, vegetables, and whole grains (13).

There is convincing evidence that diets high in fruits and vegetables are associated with reduced cancer in the lung, oral cavity, esophagus, stomach, and colon (13).”

The observations that AP intake might be associated with reduced risk of cancer have led to an expanded field of animal and in vitro work with cell models that mimic phases in the initiation, promotion, and progression of cancer”.

4- Penyakit Kardiovaskular 

“These include the diet related conditions of hypertension, coronary artery disease, myocardial infarction, angina, heart failure, and stroke (33). A group of Finnish women consuming >71 g of apple/d experienced a 43% reduction in coronary mortality compared to women who did not eat apples. In men, the risk reduction was 19% in the group consuming >54 g compared to no apple intake (34)”.

5- Asthma dan Fungsi Pulmonary (paru-paru) 

In a separate study, Shaheen et al. (55) examined the effect of AP on the presence of asthma diagnosis and symptoms (defined as “wheeze”) in children in the UK.

Parents/ caregivers reported apple and apple juice intake and health data of over 2600 children aged 5–11 y. It was found that apple juice from concentrate was significantly and dose dependently associated with reduced wheeze (juice ranging from 1 serving/mo to 1 serving/d) but not with reduced presence of asthma. Fresh apple intake (2–6/wk) tended to be protective but was not significant for a dose-response relationship”.

6- Proses penuaan dan kognitif (memori)

Because cholinergic depletion is associated with impaired memory and reduced cognitive performance, and acetylcholine reduction in particular is associated with Alzheimer’s disease, there is potential importance in the ability of apple juice to maintain levels of this neurotransmitter”

However, there are provocative data suggesting that mechanisms beyond antioxidant effects are important, including suppression of neurotoxic mediators in Alzheimer’s disease. The processes associated with aging and amplified in neurodegenerative diseases of aging are complex and not completely understood. The available data show preliminary but intriguing potential of AP to modulate some of these processes in animal models”

7- Diabetes

8- Kurangkan berat badan

It is plausible that the low-energy density and fiber content of apples make them effective in weight reduction diets. Thus, apples may be potentially important in weight-related disorders

9- Menguatkan tulang 

“It is estimated that 1.5 million people will suffer an osteoporotic-related fracture each year. Fruits and vegetables provide nutrients that are thought to be associated with improved bone health (vitamin C, potassium, magnesium, and vitamin K) in addition to producing alkaline metabolites that might improve bone health by reducing calcium excretion (72). Intake of fruits and vegetables is associated with improvement in bone mineral density and other bone markers in epidemiologic studies (73). Only a few studies have examined AP but preliminary observations suggest that AP may have a positive impact on markers related to bone health”.

10- Gastrointestinal protection from drug injury

Konklusi:

The antioxidant mechanisms described in many studies have important implications for a protective effect of AP on not only cancer but also cardiovascular disease, Alzheimer’s disease, asthma, and potentially diabetes”.

Several studies demonstrate that AP reduce cell proliferation, alter markers of the cell cycle, increase apoptotic mechanisms, and modulate signal transduction pathways.

Although further work is needed to extrapolate these findings to clinical outcomes, it is promising that there are multiple plausible mechanisms by which AP intake might reduce the risk of cancer in humans. The combined phytochemical and nutrient profiles in AP suggests their potential to be powerful in the prevention of several chronic conditions in humans. Ongoing work continues to further delineate multiple mechanisms by which AP might be protective and suggests great promise. Future studies, including well-conducted clinical trials using whole apple preparations and juice, are clearly warranted”.

Jika bertanya pada saya, apa yang saya dapat?

Makanlah buah epal untuk kesihatan. Sebab tu ada jual apple stemcell yang high antioxidant dan ada pepatah mengatakan an apple a day keeps the doctor away.

 

Maksud Bekam

Apakah itu bekam?

Zaman serba moden, teknologi semakin canggih. Agak mustahil jika masih belum ada yang tahu apakah itu bekam. Oh, masih ada yang sekadar tahu nama, tetapi tidak tahu apa maknanya ye?

Takpe, takpe. Mari saya bercerita tentang bekam secara general la ye.

Bekam ni sebenarnya terjemahan dari hijamah, ia dari kata al-hajmu yang bererti pekerjaan membekam. Al hijmu pula bererti menghisap atau menyedut. Jadi, hijama dengan bekam tu sama je maksudnya. Bezanya cuma bekam tu dalam melayu, hijama dalam arab.

Ianya diertikan peristiwa penghisapan darah kotor yang berada di bawah lapisan kulit dengan alat menyerupai tabung, serta mengeluarkannya di permukaan kulit dengan penyedutan yang kemudiannya ditampung di dalam gelas.

Jika dilihat sepintas lalu, mesti anda semua nampak kaedah bekam ini tidak memberi apa-apa manfaat bahkan ianya kelihatan kuno, tidak rasional dan mengada-ngada kan?

Uish, salah tu!

Cuba anda bandingkan dengan pengubatan moden yang memakai ubat – ubatan sintetik dan pembedahan yang memerlukan kos yang mahal dengan rawatan bekam yang natural dan selamat ni? Anda rasa dari segi kos dan kesan sampingan, mana lebih baik?

Mesti anda cakap, ala, mestila bekam.

Yeah! Sebab apa?

Ubat sintetik yang anda makan tu kan, hurm saya bagi contohla ye, Amlodipine 5mg untuk darah tinggi tu, dia fokus untuk darah tinggi je taw. Tapii… nanti dia ada kesan sampingan pada organ yang lain. Dia hanya mengurangkan bukan menyembuhkan. Sebab dia sintetik! Kapsul itu dicipta dari chemical bond yang pakai teori kimia saintis sekarang tu la.

Emm, nak fahamkan anda lagi, saya bagi contoh vitamin C dalam buah oren. Vitamin C dalam oren tu kan natural, jadi kapsul vitamin C sintetik tu dicipta menggunakan teori kimia untuk menyerupai fungsi vitamin C dalam buah oren. Sedangkan dalam buah oren dia ada vitamin lain lagi. Kapsul sintetik tak sama. Dia hanya untuk vitamin C sahaja.

Konklusinya, ubat sintetik spesifik kepada satu fungsi sahaja dan akan memberi kesan sampingan tetapi buah-buahan dan alam semula jadi natural tu fungsi dia bervariasi.

Berbalik kepada bekam yang natural, selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan ini, dia bertindak melalui pembuangan toksin di dalam badan especially dalam kapilari darah di bawah kulit. Setelah dibuang toksin, mulalah badan melakukan tindak balas homeostasis untuk menstabilkan balik struktur sel yang rosak dan menyeimbangkan kembali hormon dan sistem dalam badan yang lain.

Jadi, harap anda sudah faham apakah itu bekam. Nanti saya ceritakan pula kenapa ubat sintetik dihasilkan dan menjadi kepercayaan semua orang berbanding bekam yang sememangnya diamalkan oleh nabi Muhammad (selawat ke atas nabi sikit, anda dapat pahala) dan para sahabat2.

Nota ini dipetik daripada buku Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a. w. oleh Syihab Al-Badri Yasin & petikan kuliah Dr Saiful merangkap doktor perubatan dan pensyarah di USM sewaktu sayamenghadiri Kursus Juruterapi di Kolej Komuniti Tangkak Jun 2016 yang lalu.

“Let’s cantik, let’s sihat!”

 

Mengapa bangun pagi kaki tak boleh pijak lantai?

Apakah Plantar Fasciitis?

Jika anda mengalami kesakitan atau ketegangan teruk di bahagian bawah tumit anda, anda berada dalam keadaan yang kurang baik. Penyebab yang paling biasa dalam sakit ini, keadaan yang dipanggil plantar fasciitis, akan berlaku kira-kira 1 dari 10 orang dalam kehidupan mereka.

Plantar fasciitis berlaku apabila kumpulan sokongan tisu-tisu penghubung di sepanjang bahagian bawah kaki anda (dipanggil plantar fascia) adalah overstretched (terlebih tegang) dan meradang. Ini mungkin berlaku jika anda kerap berjalan, berlari, atau melakukan aktiviti yang menekan tumit anda, tetapi terdapat banyak faktor lain juga.

Berat badan berlebihan atau obes, berdiri untuk tempoh masa yang lama, dan kekurangan fleksibiliti buku lali dan kaki  juga boleh mempengaruhi seseorang untuk mendapat plantar fasciitis. Orang dengan kaki rata (flat feet) atau kaki tengah lekuk tinggi (high arch) atau mereka yang memakai kasut yang tidak sesuai juga boleh membuat plantar fasciitis lebih mudah.

Sebaik sahaja anda berjumpa dengan doktor untuk menentukan itu plantar fasciitis, anda mungkin dinasihatkan untuk memulakan rawatan jangka pendek: rehat, regangan dan senaman pada kaki, dan ubat anti-radang bukan steroid (seperti aspirin atau ibuprofen).

 

TANDA – TANDA PLANTAR FASCIITIS

  • Rasa sakit yang tajam pada tapak kaki berhampiran kawasan tumit terutama apabila bangun pada waktu pagi dan ingin MEMULAKAN LANGKAH selepas bangun tidur.
  • Apabila mula berpijak anda terus terasa sakit pada bahagian berhampiran tumit dan terpaksa menggosok atau menggerak – gerakkan kaki seperti melakukan pergerakan ringan barulah anda boleh berjalan
  • Bengkak dia bahagian tengah tapak kaki bahagian tepi kaki ke dalam
  • Apabila disentuh di bahagian tapak kaki berhampiran tengah dan tumit anda berasa ngilu atau sakit

 

CARA – CARA RAWATAN

1) RAWATAN DOKTOR

  • Doktor akan memberi nasihat supaya meletakkan ais atau rendam kaki di dalam ais untuk mengurangkan bengkak dan sakit.
  • Ubat NSAIDs untuk menghilangkan sakit.
  • Pemakaian kasut yang baik untuk mengelakkan kecederaan pada “medial longitudinal arch” dan mengurangkan tekanan pada “medial band of plantar fascia”.
  • Suntikan ubat tahan sakit atau steroid menggunakan jarum pada bahagian fascia.

2) PEMBEDAHAN

  • Pembedahan adalah pilihan yang terakhir setelah semua rawatan tidak berkesan dan jarang orang melakukannya.
  • Fasciotomy surgery adalah untuk membuang bone spur (tulang lebih) di bahagian tumit.

 

3) RAWATAN REHABILITASI OLEH FISIOTERAPIS

FASA 1: RAWATAN AKUT

  • Tujuannya adalah untuk mengurangkan sakit dan bengkak
  • RICE

-Rest- Kurangkan aktiviti pada kaki

-Boleh letakkan kiub ais dan gosokkan pada tempat sakit atau rendam kaki dengan ais

– 2 kali sehari selama 20 minit setiap sesi

-Compression – balutkan ais tersebut untuk kesan lebih efektif

-Elevation- tinggikan kaki dari jantung

 

FASA 2- REHABILITASI:

  • Tujuannya untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
  • Ultrasound: Mengekalkan atau meningkatkan kelenturan (flexibility) tisu sekitar tumit yang cedera
  • Senaman regangan pada otot betis dan paha

Stretching exercise untuk tendon bernama Tendon Achilles (dorsiflexion of ankle) dan plantar fascia (ibu jari ke kaki ke bawah (dorsiflex) 2 kali sehari

FASA 3- FASA MENGEMBALIKAN FUNGSI KAKI:

  • Untuk menguatkan otot intrinsic pada bahagian kaki contohnya closed chain therapeutic exercise (menggunakan tuala untuk menggerakkan ibu jari dan jari- jari kaki ke dalam)
  • Melindungi tempat sakit sewaktu melakukan aktiviti dengan “taping” dan pemakaian kasut yang betul

 

Fasa 4- FASA KEMBALI SEPERTI BIASA

  • Bertujuan untuk kembali melakukan aktiviti seperti biasa
    – pemakaian kasut yang betul dan senaman yang membantu mengutakan otot- otot berhampiran fascia tumit.

3.1) SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN

A) Peregangan tuala untuk regangan kaki

Letakkan tuala yang di bawah kaki anda, pegang tuala pada kedua-dua hujungnya. Perlahan tarik tuala ke arah anda sambil mengeraskan lutut anda dalam keadaan kaki lurus. Pegang kedudukan ini selama 15 saat. Ulang 3 kali.

B) Regangan Achilles

Berdiri di tangga sambil hujung kaki di hujung tangga. Perlahan-lahan membiarkan tumit anda di tangga dan jari- jari kaki  tekan ke bawah. Pegang selama kira-kira 15 saat, kemudian ketatkan otot betis anda sedikit untuk membawa tumit anda kembali ke tahap langkah. Ulang 3 kali.

C) Regangan pada betis

Berdiri menghadap dinding dengan tangan anda di dinding pada tahap mata. Letakkan kaki yang anda ingin regangkan satu langkah di belakang kaki anda yang lain. Neutralkan kedudukan tumit belakang anda di atas lantai, bengkokkan lutut depan anda sehingga anda merasakan peregangan di kaki belakang di bahagian betis. Tahan selama 15 saat. Ulang 3 kali.

D) Regangan Hamstring

Satu kaki di hadapan anda dengan kaki belakang dibengkokkan. Tegakkan badan anda dan tahan peregangan selama 15  saat, kemudian tukar bahagian. Anda harus merasakan peregangan di bahagian belakang kaki anda (sepanjang betis dan paha anda).

E) Mengangkat Guli

Letakkan guli di lantai di sebelah cawan. Menggunakan jari kaki anda, cuba angkat guli dari lantai dan letakkannya dalam cawan. Ulangi senaman 15 kali.

F) Tarik tuala

Tebar tuala di hadapan anda dan tarik tuala ke arah anda dengan kekerapan: Buat tiga set sepuluh ulangan, 3-4 hari seminggu.

3.2) Myofascial Release

Pelarasan manual ke pergelangan kaki untuk membebaskan gerakan bersama dari artikulasi sendi, subtalar, dan midtarsal bersama.

Prosedur tisu dalam, seperti Teknik Graston (terapi manual yang menggunakan alat yang direka khas) dan “Active Release Technique” (teknik terapi manual yang dipatenkan), untuk memecahkan parut tisu dan memulihkan gerakan tisu lembut. Alat Graston amat berguna sebagai teknik myofascial untuk memecahkan pelekat pada asal plantar fascia pada tubercle calcaneal medial.

Terdapat banyak bukti klinikal untuk menyokong keberkesanan prosedur tisu mendalam dalam rawatan kecederaan “strain” / luka.

Teknik Myofascial telah ditunjukkan untuk merangsang percambahan fibroblast, yang membawa kepada sintesis kolagen yang boleh menggalakkan penyembuhan plantar fasciitis dengan menggantikan tisu degeneratif dengan tisu yang lebih kuat dan berfungsi.

 

3.3) Taping

Calcaneal or low-Dye taping boleh digunakan untuk memberikan kelegaan kesakitan jangka pendek (7 hingga 10 hari). Kajian menunjukkan bahawa rakaman menyebabkan peningkatan dalam fungsi.

 

3.4) Alat Orthotic

 

Komplikasi jika tidak dirawat

1- Mengabaikan plantar fasciitis boleh mengakibatkan keadaan semakin kronik yang menghalang aktiviti biasa anda. Anda mungkin juga mengalami masalah kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana cara plantar fasciitis mengubah gerakan berjalan anda.

 

Jadi, anda sudah tahu punca bangun pagi anda perlu gerakkan kaki dan tumit anda dahulu sebelum memulakan langkah dan memulai pagi anda. Jika ingin mengetahui lebih lnjut, boleh rujur fisioterapis berhampiran anda. Semoga membantu.

 

 

Bawa beg berat faktor sakit belakang ke?

Semalam ada seorang adik kepada kawan saya bertanyakan mengenai slip disc. Selepas bercerita, dia katakan apabila dia bawa beg berat mesti sakit belakang. Jadi, bawa beg ni boleh buat sakit belakang ke?

Menurut American Chiropractic Association, separuh daripada rakyat Amerika menghidapi sakit belakang. Lebih menyedihkan, negara mereka menghabiskan sekurang-kurangnya $50 billion USD setiap tahun untuk menyembuhkan sakit belakang. Kalau mahu tahu beg yang anda duk angkut ke hulu ke hilir tu salah satu punca kejahatan dan kesakitan ini!

Malaysia pun apa kurangnya. Pergilah hospital kerajaan atau swasta, banyak kes back pain di unit fisioterapi. Lebih parah, ramai lagi yang buat tak tahu je bila sakit sikit- sikit, bila dah tak tahan baru pergi cari doktor sebab nak ubat tahan sakit. Buat exercise nya malas pula. #bebel la pula saya ni kan. Hahaha.

Menurut Dr. Robert A. Hayden, seorang doktor kiropraktik dan pengasas The Iris City Chiropractic Center di Atlanta dan Dr. Karen Erickson yang berkhidmat di salah satu klinik di New York mengatakan beg kesayangan kita miliki itu sebenarnya membahayakan belakang kita dan mencadangkan beberapa cara membawa beg untuk mengurangkan risiko sakit belakang.

Meh kita tengok ye.

BILA ANDA BAWA BEG BERAT:

1) GAYA BERJALAN YANG NATURAL TELAH HILANG:

Dr. Erickson mengatakan bahawa membawa beg sebelah bahu ini telah mengganggu kitaran gaya berjalan normal kita. Gaya jalan semula jadi kita adalah menghayun kaki dan tangan kedua bahagian badan dengan sekata supaya keseimbangan badan dapat dikekalkan tetapi apabila membawa beg di sebelah bahu sahaja, tangan terbabit tidak bergerak manakala tangan sebelah lagi akan dihayun lebih laju dari biasa.

Bahu di bahagian beg juga akan tinggi sebelah dari bahu lain untuk mengelakkan tali beg melurut ke bawah. Ia telah menyebabkan tulang belikat (scapular) tidak selari dengan bahagian sebelah. Orang yang punya skoliosis perlu teliti tentang hal ini.

2) OTOT DI BAHAGIAN BAHU TIDAK STABIL: Bila bahu tinggi sebelah, otot trapezius atas lebih kuat bekerja dari bahu sebelah. Bahagian atas badan menjadi tidak simetrikal dan mengubah pusat graviti di badan kita.

Lama kelamaan bahu anda akan menjadi keras, sakit dan tidak selesa. Ketidakseimbangan ini juga menyebabkan sakit pinggang dan kawasan sekitar bahu kerana mereka perlu bekerja keras untuk menutup kesakitan yang dialami di bahagian bahu.

3) ANDA JUGA AKAN SAKIT KEPALA: Apabila otot- otot dipaksa bekerja keras untuk menampung beban beg yang berat, otot di bahagian bahu dan leher akan mengeras (spasm). Ini boleh menyebabkan kesakitan di tengkorak kepala bahagian bawah dan menarik ke arah kepala juga. Sebab itulah ramai juga tukang urut tradisional akan mengurut di bahagian belikat dan bahu apabila pesakit mengadu sakit kepala. Saya selalu menggunakan teknik urutan 5 beradik untuk kes seperti ini. 🙂

Mesti anda tertanya- tanya habis tu, tak perlu bawa beg ke? Barang nak letak mana? haih susah, susah…

Haa,

CARA – CARA BETUL MEMBAWA BEG CANTIK ANDA TU

1) TUKAR BAHAGIAN BAWA BEG BERULANG KALI Jika sebelum ini bahagian kanan, 15 minit kemudian bawalah pula di bahagian kiri. Setiap 15 minit, ubahlah posisi beg itu ye. Seeloknya kurangkanlah berat beg anda.

2) SANGKUT BEG DI BAHU, ELAKKAN JINJIT DI TANGAN

Apabila beban yang banyak di genggaman, ia boleh menyebabkan kecederaan (muscle strain/ tendinitis) di bahagian siku anda. Bawalah dua atau tiga beg plastik yang berat di tangan daripada satu beg plastik tapi muatan sangat berat. Seeloknya gunakanlah troli yang disediakan jika di pasar raya.

 

3) BUAT  SENAMAN KEMUT

Senaman ni dengan keadaan seperti tahan kencing. Senaman ini mampu menguatkan otot utama abdominal dan menguatkan tulang belakang anda. Sambil2 jalan pandang sekeliling, buatlah senaman ini ye.

 

4) PERTIMBANGKAN BEG SILANG atau BEG GALAS

Silang beg berat anda ataupun galas kerana ia menggunakan kedua-dua bahu. Otot belakang akan digunakan sama rata untuk membawa beban beg dan anda telah mengurangkan sakit belakang.

Saya memang selalu silang beg sebab orang skoliosis macam saya takut sangat kalau sakit belakang datang. Memang tak boleh buat kerja. Bukan masa ootd sahaja taw. Huhu.

ootd mokici ni bolehla. tapi bila berjalan, load beg yang ada barang dah ke bawah. Bahu akan terasa sakit jika isi di dalam beg berat.

Untuk anak-anak yang masih sekolah, nasihatkan anda anda untuk  membawa beg seperti ini ya,

Semoga perkongsian cara membawa beg yang betul ini dapat membantu anda menjaga postur badan dan mengelakkan sakit belakang.

Ingat! waktu muda memangla tak rasa sakit sebab healing process cepat, tetapi bila masuk 40-an ke atas anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Bawa beg yang salah mempengaruhi sakit belakang anda. Ingat tu ye..