Dipetik dari buku “keampuhan bekam” yang ditulis oleh Ahmad Fatahillah, terdapat 11 titik bekam yang biasa dilakukan.
1- titik ummu mughtis / ala ro’si
UBUN KEPALA
– Mengatasi stroke, darah tinggi, vertigo dan migran.
kepala biasanya dicukur rambut supaya cup melekat dengan baik sewaktu berbekam dan betul betul disinfectant berbanding bekam tanpa cukur. Namun ada juga yang memilih bekam tanpa cukur, dengan meletakkan mesin sedutan utuk menyedut darah kotor di kepala. My Rehab Spa memberi peluang kepada anda semua untuk memilih sama ada bekam cukur atau tanpa cukur. Namun diingatkan, cukur adalah paling terbaik.

2- titik qumah duwah
belakang kepala di tonjolan tulang leher. anatominya disebut cervical6/7.
*Namun, menurut kajian yang dilakukan, c7 dinamakan titik kahil. Qumah duwah yang berada di atas occiput di mana lokasi cerebellum adalah dilarang untuk dilakukan bekam. Ibnu Sina melarangnya kerana fungsi cerebelellum adalah koordinasi, keseimbangan badan, memori fine motor skill, contohnya teknik bermain piano, memori itu disimpan di sini. (kelas Doktor Zuhdi).
– bermanfaat untuk sakit ringan dan berat seperti pandangan kabur, sakit kepala, vertigo dan sakit bahu.

- titik al-akhdain
Dua urat di samping kiri dan kanan leher, bawah tengkorak kepala.
– berguna untuk mencegah sakit kepala, wajah, gigi,telinga, hidung, kerongkong dan penyakit di sekitar kepala. Di sini juga merupakan kegiatan dan perjalanan usus besar dan kecil.

- Titik al-kahil
di atas kedua pundak bahu.
masalah sakit kepala, depresi, dan masalah saraf tangan.
Namun, menurut Dr Zuhdi dari Doc’s Bekam Wellness, terdapat perbezaan pendapat mengenai titik kahil. Ada 3 pendapat iaitu 1) titik Cervical 7, 2) Thoracic 1 hingga 3 (MENURUT KAJIAN IRAN DAN JEDDAH, titik cardiopulmonary plexus iaitu untuk jantung dan paru-paru) 3) upper third of back (bekam sahaja di mana2, termasuklah 5 titik sekeliling bahu dan tulang belikat/tulang kipas)
- Titik pinggang
gangguan ginjal dan sukar buang air kecil, sakit pinggang dan masalah haidh bagi wanita.
titik tidak boleh dibekam
-bahagian tubuh yang memiliki banyak simpul limpa (lymphatic system yang berfungsi menghasilkan antibodi iaitu di pipi, tonsil, dada, ketiak, ulu hati dan kelangkang.
-lubang alamiah tubuh (mata, telinga, hidung, mulut, puting susu, kemaluan dan dubur) serta lubang pada anggota yang ada retak tulang.
Jika anda mencari tempat rawatan bekam muslimah yang holistik merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan yang natural, bersih, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA

