KENAPA DARAH BEKAM SAYA SIKIT, TAPI ORANG LAIN BANYAK?

Selalu kan kita akan bertanya jurubekam, banyak ke darah kotor saya yang keluar?

Dan jurubekam pun akan beritahu, di titik ini sikit, dekat point ini banyak. Lalu anda akan bertanya lagi, oh kat situ sikit, kenapa eh? Atau soalannya oh darah saya banyak, kenapa ye? Darah banyak tu banyak toksid ke, teruk sangat ke badan akak ni?

Pelbagai soalan yang jurubekam akan terima dan pelbagai jawapan anda yang akan tanya.

Masih ramai beranggapan jumlah darah yang keluar bergantung kepada penyakit yang anda hidapi.

Kerisauan dan kemusykilan anda ini sebenarnya tidak tepat. Jumlah darah yang keluar sebenarnya tidak menggambarkan tahap kesihatan anda.

Secara fisiologi darah yang keluar dari tubuh akan mengalami proses pembekuan darah (coagulation). Namun, ada beberapa faktor penting yang mempengaruhi kuantiti darah yang keluar, iaitu:

    1. MEKANISMA PEMBEKUAN DARAH

Setiap individu mempunyai paras mekanisma pembekuan darah yang berbeza. Mekanisma pembekuan dipengaruhi oleh  jumlah platelet, Mediator, Enzyme, Hormon, Genetik, Vitamin, pengambilan ubat ubatan dan lain-lain. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika anda mempunyai mekanisma pembekuan yang cepat, maka darah bekam akan lebih sedikit kerana pendarahan berlaku dalam masa yang singkat manakala apabila mekanisma pembekuan darah lambat maka darah bekam menjadi lebih banyak kerana tempoh pendarahan yang lebih panjang.

Fibrinogen dan benang fibrin yang menutup luka menjadi gumpalan supaya darah membeku dan berhenti dari terus keluar ke permukaan kulit.

Bekuan berjaring telah menutup luka yang disebabkan tusukan bekam.

2) KEDALAMAN TOREHAN LUKA YANG DILAKUKAN

Jika tusukan yang dibuat lebih banyak dan lebih mendalam, adalah rasional darah yang keluar lebih banyak manakala jika tusukan lebih sedikit dan hanya melukai permukaan sahaja sudah tentu darah yang keluar lebih sedikit. Ada juga ketebalan kulit yang menghalang darah keluar dengan banyak, terapis akan mengenal pasti ketebalan kulit dahulu untuk memastikan darah yang keluar adalah optimum. Namun, torehan bekam yang paling efektif ialah sedalam 0.1mm untuk mengeluarkan ‘sampah sarap’ dalam salur darah sahaja. Bukannya kita ingin salur darah yang membawa darah bersih. Boleh jadi sampah sarah tersebut ialah causative pathological substance (CPS) yang mengandungi uric acid (gout), prostaglandin, substance P (sakit otot), cholesterol LDL,serum iron (thalassemia), VIP;vasoactive intestine peptide (migraine)  dan lain – lain.        

3) KEKUATAN SEDUTAN CUP BEKAM YANG DILAKUKAN

Sedutan yang lebih kuat akan menarik darah lebih banyak. Namun, jika terlalu ketat, menyakitkan ia boleh membuatkan orang yang dibekam sakit dan trauma. Guna tekanan yang sederhana dan boleh tahan dengan sedutan cup itu supaya pesakit rasa selesa dan nyaman untuk ulang lagi amalan sunnah ini. Jangan risau, sedutan optimum sudah membantu mengurangkan CPS di dalam badan.

Tidak semestinya individu yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, darah bekamnya sedikit. Jika plateletnya  banyak, maka darah yang keluar juga banyak.

Kredit kepada Dr Azrinaz dan Dr Zuhdi yang telah memberi penerangan kepada kami dengan sebaiknya. 

Jika anda tercari-cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistic yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *