Selain daripada rawatan moden dan alternatif lain, terapi urut manual juga menjanjikan untuk bantu mengurangkan sakit sciatica dengan melembutkan dan mengendurkan otot yang ketat, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan emosi dan membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan dengan lebih baik.
Selain itu, terdapat kelebihan lain yang lebih khusus dengan melakukan terapi urutan manual bagi mengatasi masalah sakit pinggang dan punggung berpunca daripada sciatica.
Namun anda mesti mencari ahli fisioterapis atau ahli terapi urut yang profesional dan terlatih.
Anda juga boleh cuba urut sendiri untuk badan anda dengan menggunakan bola keras seperti bola tenis, atau bola yang anda boleh beli di pusat rehabilitasi atau farmasi berdekatan.
KESAN TERAPI URUTAN MANUAL PADA SARAF DAN TISU LEMBUT
Bergantung pada jenis urutan, seorang ahli terapi urut atau fisioterapis boleh menggerakkan otot, sendi, saraf, dan / atau lapisan tisu penghubung jauh di bawah kulit anda.
Beberapa contoh teknik urutan termasuk urutan tisu mendalam (deep tissue massage), terapi titik pemicu (trigger point), dan terapi neuromuscular (neuro-saraf, muscular-otot).
Tambahan pula, urutan boleh menyebabkan perubahan berikut berlaku dalam badan anda, meredakan sakit sciatica dengan:
1) Melonggarkan dan mengendurkan otot.
Otot yang ketat akan diikat menjadi nodul kecil (muscle knot) yang menyakitkan, menyebabkan sakit pada titik pencetus.
Kita orang Malaysia menggelarnya sebagai biji angin yang apabila diurut mengeluarkan angin melalui sendawa. Hihi.
Apabila otot-otot belakang(trunk), perut (core muscle), dan pinggang anda ketat, ia memberi tekanan pada akar saraf sciatic di pinggang anda.
Terapi urut manual dengan teknik yang betul akan berkesan untuk meregangkan, melonggarkan, dan memanjangkan kembali otot-otot yang diikat tadi (muscle knot), mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi pinggang, punggung dan kaki anda.
2) Memudahkan peredaran nutrien penyembuhan
Terapi urut manual dapat memanipulasi tisu lembut secara langsung dengan merangsang saluran darah di kulit dan tisu yang lebih dalam.
Terdapat peningkatan peredaran darah, oksigen, dan nutrien lain ke kawasan yang sakit yang kemudian akan meningkatkan penyembuhan.
3) Urutan dapat merembeskan hormon endorfin.
Urut merangsang reseptor tekanan tertentu di otak anda, yang merupakan serat saraf (nerve fibre) khas. Rangsangan reseptor tekanan ini mengurangkan kesakitan dengan melepaskan endorphin iaitu hormon gembira dari dalam badan.
4) Kurangkan tekanan perasaan.
Rangsangan reseptor tekanan juga mengurangkan kadar kortisol dalam badan anda. Kortisol ialah hormon yang menyebabkan tekanan emosi.
Tekanan emosi yang berkurangan selepas terapi urutan manual memberikan perasaan relaksasi dan kelegaan, dengan persepsi kesakitan yang lebih rendah.
Beberapa ahli terapi urut mungkin menggunakan minyak aromatik atau minyak pati untuk mengurut kawasan kulit anda.
Sebilangan minyak ini mungkin memberi kesan terapeutik pada otot dan tisu, dan bantu mengurangkan kesakitan. Aroma minyak ini juga memberikan rasa santai secara keseluruhannya. Sekiranya jenis bau tertentu mengganggu anda, beritahu ahli terapi anda sebelum anda memulakan urutan.
Urut biasanya selamat apabila dilakukan oleh ahli terapi profesional terlatih. Jarang sekali terdapat peningkatan kesakitan, ketegangan, kekakuan, dan / atau kerosakan pada saluran darah dan / atau saraf akibat tekanan urutan yang kuat.
Mencari ahli terapi urut yang tepat
Urutan terapeutik biasanya dilakukan oleh ahli profesional yang berkelayakan dan terlatih, seperti ahli terapi urut, ahli terapi fizikal (fisioterapis), profesional perubatan sukan, ahli terapi cara kerja, dan pengamal kesihatan lain yang berkelayakan.
Anda boleh menikmati urutan relaksasi di spa atau pusat urut. Urutan juga boleh dilakukan sendiri.
Berikut adalah beberapa petunjuk untuk membantu anda mengenal pasti jenis teknik urutan dan ahli terapi yang betul untuk sakit sciatica anda:
1) Kenal pasti matlamat anda.
Cari dan tahu apa target anda sebab nak pergi urut tu sebelum memulakan pencarian ahli terapi urut.
Sebagai contoh, jika anda ingin melegakan ketegangan pinggang dan punggung, cari ahli terapi urut yang terlatih dalam teknik relaksasi otot tertentu, seperti terapi urutan dalam, urutan tradisional, atau urutan neuromuskular. Sekiranya tujuan anda
hanya untuk meningkatkan tahap endorfin, anda boleh pergi ke spa tempatan anda untuk mendapatkan urutan asas (tisu dalam) Sweden.
2) Berunding dengan doktor anda.
Doktor anda mungkin dapat mengesyorkan profesional kesihatan yang berkelayakan yang menguruskan urut terapi di kawasan anda.
Sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan yang spesifik, seperti tekanan darah tinggi atau masalah saraf (neuropati) di kaki anda, doktor boleh menasihatkan sama ada urutan adalah pilihan yang selamat untuk mempertimbangkan sakit sciatica anda.
3) Periksa pusat rawatan yang anda ingin pergi. Adakah mereka profesional dan terlatih.
Bagi orang yang menghadapi masalah pergerakan atau memandu, pertimbangkan urutan di rumah di mana ahli terapi akan datang ke rumah anda.
Urut DIY (Urut Diri Sendiri)
Anda juga boleh mengurut punggung menggunakan bola tenis dan letakkan ubat atau krim topikal. Beberapa petua mudah termasuk:
1-Lekatkan dua bola tenis bersebelahan dengan pita pelekat. Letakkan bola yang diikat tadi di bawah punggung, pinggang, atau paha semasa anda berbaring di lantai dan bergerak dengan perlahan untuk mencari kumpulan otot yang sakit.
Apabila anda mengenal pasti tempat yang lembut dan sakit tadi, tekan kawasan itu dengan lembut selama beberapa ketika sehingga anda berasa lega.
2-Anda juga boleh lakukan dalam keadaan duduk. Tekan bola tenis atau bola yang keras dan kecil di antara kerusi anda dan punggung bawah untuk melonggarkan otot punggung yang tegang dan sakit itu.
3-Anda juga boleh gunakan krim atau gel ubat topikal di kawasan pelvis belakang anda dan urut dengan tekanan yang kuat.
Terapi urut boleh menjadi bahagian penting dalam rancangan rawatan sciatica anda – mengurangkan rasa sakit sementara tetapi berkesan, merangsang badan anda untuk menghasilkan hormon penghilang rasa sakit semula jadi, dan meningkatkan kemampuan penyembuhan tubuh sendiri.
Terapi urut manual juga dapat memberikan pengalaman santai dan menyeronokkan secara keseluruhan.
Di My Rehab Spa, kami menyediakan jenis urutan mengikut kehendak dan keperluan mengikut keadaan badan anda.
Jika anda para Wanita yang berada di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, mengalami sakit sciatica, dan ingin melakukan rawatan bersama kami, bolehlah menempah slot anda di whatsapp atau call 012 9689707.
Selain terapi urutan, kami juga menyediakan rawatan rehabilitasi seperti bekam, akupuntur dan fisioterapi mengikut masalah yang anda hadapi.
Anda juga boleh mencuba terapi spa badan dari kami.
Rujukan
1) Davis D, Vasudevan A. Sciatica. [Updated 2019 Feb 28]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2019 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK507908/
2) Koren Y, Kalichman L. Deep tissue massage: What are we talking about? Journal of Bodywork and Movement Therapies. 2018;22(2):247-251. doi:10.1016/j.jbmt.2017.05.006
3) Field T. Massage therapy research review. Complementary Therapies in Clinical Practice. 2016;24:19-31. doi:10.1016/j.ctcp.2016.04.005