MyoFascial Release (MFR) memberi tumpuan untuk mengurangkan kontraksi dan ketegangan otot. Myo adalah otot (muscle) , fascial adalah fascia adalah tisu penghubung yang membaluti otot fiber untuk memudahkan fungsi otot terbabit. Release adalah teknik relaksasi otot atau ‘stretching” (pemanjangan) otot untuk mengurangkan otot yang tegang akibat terlebih guna oleh tuan badan.

Ramai pesakit mendapatkan rawatan myofascial selepas kehilangan fleksibiliti atau fungsi pergerakan berikutan kecederaan. MFR dilakukan pada kawasan yang mengandungi tisu lembut seperti di bahagian belakang, bahu, pinggul, atau hampir kesakitan di mana-mana kawasan.
Keadaan lain yang dirawat oleh teknik MFR ini termasuklah masalah Temporo-Mandibular (TMJ), Sindrom Carpal Tunnel, fibromyalgia (masalah sakit otot) atau migrain. Gejala pesakit biasanya termasuklah:
- Ketegangan tisu yang menyekat pergerakan atau mengubah struktur tulang yang normal menyebabkan individu akan terlebih guna otot terbabit contohnya pada bahagian pinggul atau bahu
- Rasa tekanan berlebihan pada otot atau sendi yang menghasilkan rasa sakit
- Sakit di mana-mana bahagian badan, termasuk sakit kepala atau sakit belakang.
Anda boleh melihat contoh teknik rawatan myofasical di sini untuk memudahkan pemahaman anda
Penyebab Kesakitan Myofascial
Kesakitan Myofascial boleh dibahagikan kepada dua sumber.
Sakit boleh dihasilkan dari otot rangka atau tisu penghubung yang ‘terikat’ oleh fascia yang ketat.
Di samping itu, kesakitan juga terhasil daripada tisu myofascial yang rosak sendiri, kadang-kadang pada ‘titik pencetus’ di mana penguncupan gentian otot telah berlaku.
Dalam kedua-dua kes, sekatan atau pengecutan menghalang aliran darah ke struktur yang terjejas, dengan itu pergi kepada proses penguncupan lebih jauh melainkan jika kawasan tersebut telah dirawat.
Tujuan MFR dilakukan
Matlamat utama terapi myofascial ini adalah untuk meregangkan dan melonggarkan otot fascia supaya ia dan struktur bersebelahan lain dapat bergerak lebih bebas, dan pergerakan pesakit dapat dipulihkan. Atas sebab ini, terapi myofascial kadang-kadang dirujuk sebagai terapi ‘myofascial release’ (MFR). Ia juga boleh dirujuk sebagai ‘terapi titik pencetus myofascial (myofascial trigger point therapy) oleh orang lain.
Siapa yang Memberi Terapi Myofascial (Myofascial Release)?
Banyak jenis profesional kesihatan mahir dalam MFR, termasuklah pakar osteopatik yang terlatih, pakar kiropraktik, ahli terapi fizikal (fisioterapi) atau pekerjaan, terapi urut, atau pakar sukan / pakar kecederaan sukan. Latihan dan kursus khusus dalam MFR secara amnya perlu dan boleh menjadi luas untuk memberi kesembuhan secara optimum.
Sesi terapi mengikuti corak yang serupa dengan terapi fizikal untuk pemulihan selepas pembedahan. Pertama, terapis akan mencari kawasan fascia yang kelihatan bermasalah, dan mengukur tahap kehilangan gerakan (loss of motion) atau ketidakseimbangan simetri dalam badan.
Seterusnya, sesi rawatan seterusnya boleh:
- Dijalankan selama 30 minit tetapi secara optimum 50 minit atau lebih setiap sesi
- Dijalankan setiap hari atau selang beberapa hari
Tekanan tertentu kepada bahagian-bahagian tubuh yang berlainan berbeza-beza, tetapi secara amnya termasuk penggunaan tekanan lembut atau tekanan degan beban badan (body weight shifting) ke kawasan yang sakit. Kita boleh melihat peningkatan rawatan melalui tahap peningkatan pergerakan yang semakin baik dengan mampu melakukan rutin harian seperti sediakala dan tahap kesakitan semakin berkurang yang dirasakan oleh pesakit.

Rawatan Tambahan bersama MFR
Terapi Myofascial boleh menjadi pendahulu dan pelengkap kepada rawatan lain. Ini termasuklah:
- Menggunakan ubat penahan sakit bukan preskripsi seperti acetaminophen atau ibuprofen
- Menggunakan hot pack untuk melegakan otot yang terbatas atau menggunakan ais untuk mengurangkan kawasan bengkak
- Melaksanakan senaman diri untuk mengekalkan kelenturan dan meningkatkan pelbagai gerakan atau latihan aerobik untuk meningkatkan aliran darah ke kawasan yang terjejas.
Terapi Myofascial juga boleh digabung bersama rawatan lain untuk meningkatkan keberkesanannya seperti akupunktur, manipulasi, terapi fizikal, atau terapi cara kerja. Myofascial Release juga boleh memperbaiki struktur tulang rangka dan otot sebelum pembedahan, atau membantu atlet mencapai kejayaan yang lebih baik sebelum pertandingan sukan.
Semoga anda dapat memahami maksud myofascial release(MFR) ini dan dapat membezakan rawatan ini dengan teknik rawatan urutan yang lain.

