Foot drop atau mudahnya pergelangan kaki tidak berfungsi dengan baik hingga tidak dapat berjinjit/ angkat kaki ke hadapan adalah disebabkan oleh beberapa punca. Ini menyebabkan pesakit akan mengheret kaki atau membengkokkan lutut sedikit tinggi bimbang kaki tidak berpijak dengan baik sewaktu melangkahkan kaki.
Punca masalah drop foot ini adalah disebabkan oleh masalah saraf (neurologi), anatomi dan kelumpuhan otot kaki yang bermasalah. Ia boleh berlaku pada sebelah kaki atau kedua kaki.
Kebolehan untuk mengangkat kaki adalah KEPERLUAN kerana ia sebahagian dari fasa “swing” sewaktu “gait cycle”(kitaran cara berjalan yang betul). Pesakit tidak dapat melakukan “dorsal flexion” seperti dalam gambar kerana pergelangan kaki tidak dapat diangkat. Kadangkala foot drop adalah sementara, ada juga yang kekal. Pesakit mungkin perlu memakai alat sokongan kaki (foot braces) untuk membantu pesakit berjalan.
PUNCA-PUNCA DROP FOOT
- KECEDERAAN SARAF- Kecederaan saraf adalah paling biasa drop foot (kejatuhan kaki) disebabkan kecederaan saraf yang mengendali kaki (saraf peroneal). Saraf ini cedera semasa pembedahan penggantian pinggul atau lutut, yang boleh menyebabkan penurunan kaki.
- CEDERA AKAR SARAF – “saraf pinched” – di tulang belakang juga boleh menyebabkan drop foot. Orang yang menghidap kencing manis lebih mudah terdedah kepada gangguan saraf.
- GANGGUAN OTOT ATAU SARAF– Pelbagai bentuk distrofi otot, penyakit yang diwarisi yang menyebabkan kelemahan otot progresif, boleh menyumbang kepada FOOT DROP. Begitu juga gangguan lain, seperti penyakit polio atau Charcot-Marie-Tooth.
- GANGGUAN OTAK ATAU SARAF TUNJANG-Gangguan yang menjejaskan saraf tunjang atau otak – seperti sclerosis lateral amyotrophic (ALS), pelbagai sklerosis atau strok – boleh menyebabkan foot drop.
TANDA-TANDA DROP FOOT
- Langkah langkah kaki tinggi dengan meninggikan lutut
- Pergerakan pinggul yang berlebihan sewaktu berjalan, tidak sama kedua bahagian
- rasa kebas, mencucuk & sakit sedikit di kaki
- Sukar melakukan aktiviti tertentu yang memerlukan penggunaan kaki depan
- Otot atrophy(jisim otot menyusut) di kaki
RAWATAN FOOT DROP
bergantung pada sebab tertentu
- SENAMAN- menguatkan otot, mengekalkan kebolehan sendi kaki bergerak (range of motion) dan membantu untuk menormalkan cara berjaan yang betul (normal gait cycle.
- Senaman adalah bergantung kepada tahap kecederaan saraf peroneal. Boleh rujuk fisioterapi berdekatan untuk anda melakukan senaman.
2) Ankle Foot Orthotics (AFO) menyokong kaki dengan pendakap kaki ringan dan memasukkan kaki bersama AFO ke dalam kasut.
3) Stimulasi Fungsi Elektrik- merangsang saraf peroneal semasa berjalan kaki. lebih kepada mengembalikan fungsi otot di bahagian dorsum.
Terdapat banyak punca dan rawatan untuk drop foot, dan setiap pesakit memerlukan prosedur yang berlainan bergantung kepada sebab dan keadaan khusus mereka. Doktor dan terapis perlu bekerja untuk mencari rawatan yang optimum untuk setiap pesakit untuk memastikan hasil terbaik.
Kami di My Rehab Spa selalunya akan menambah rawatan akupuntur atau dry needling untuk foot drop bagi mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
INFO MENARIK MENGENAI KAKI
- 25% tulang di badan anda berada di kaki anda.
- Orang biasa mengambil 8,000 hingga 10.000 langkah setiap hari 3
- Orang biasa akan berjalan lebih dari 100,000 batu dalam hidup mereka, atau lebih dari
- Wanita mempunyai empat kali lebih banyak kaki dan masalah pergelangan kaki sebagai lelaki – kasut yang sesuai dengan kasut bertingkat tinggi biasanya masalahnya.
- Lebih dari 75% orang akan mengalami masalah kaki dan buku lali dalam hidup mereka.
Saya terlibat dalam kemalangan beberapa tahun yang lalu dan sehingga harini sya menggunakan tongkat utk berjalan atas beberapa faktor antaranya kaki kanan pendek terlampau banyak ..dan pergelangan kaki tidak berfungsi ..adakah saya masih boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat ..?0108266404 ..terima kasih kerana berbesar hati utk membantu sya ..
Pergelangan kaki tidak berfungsi boleh jadi disebabkan masalah otot atau saraf atau tendon/Ligament sendi kaki. Adalah lebih baik tuan mendapatkan nasihat doktor ortopedik/ orthosis puncanya. Jika boleh, boleh dapatkan rawatan kiropraktik/ body alignment di kawasan berdekatan tuan. Semoga membantu.
Terima kasih tuan diatas infonya ..