fbpx

BEKAM NI SAKIT KE?

Kami di My Rehab Spa sangat gembiraaa apabila Berjaya membekam mereka yang pertama kali melakukan bekam. Kebanyakannya menangguhkan bekam kerana takut melihat darah dan tusukan jarum yang sebenarnya jarum lebih kurang saiz dan bentuk jarum menilai tekanan gula dalam darah. Orang kita kata, alaa macam jarum cek kencing manis tu.

Selalunya, mereka yang pertama kali ni macam nak tak nakk je untuk dibekam. Selalunya mereka akan minta ahli keluarga mereka dulu. Mereka nak tengok je dulu. Bila gilirannya, seram sejuk jadinya. Selalunya apabila di bahagian belakang badan, pelanggan tidak dapat melihat jumlah darah yang keluar, jadi mereka akan diam je. Apabila perawat tanya okei ke? Lambat-lambat nak cakap okei. Sampai takut nak buka mulut tu. Its common anyway. Dah siap, mereka akan tanya, dah siap ke? Oh, macam tu je rasa bekam rupanya. Hihi.

Proses bekam ini seharusnya tidaklah terlalu menyakitkan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu trauma. Rata – rata individu yang telah dibekam menterjemahkan kesakitannya hanya seperti gigitan semut, rasa geli sahaja dan ada yang tidak sakit sama sekali. Ada yang sakit apabila cup disedut lebih daripada rasa sakit sewaktu dicucuk dengan jarum.

Ini kerana sebelum dilakukan proses tusukan atau torehan pada bahagian yang akan dibekam, sedutan pertama yang dikenali bekam angin  telah menyekat pengaliran darah di kawasan tersebut. Kulit pada kawasan cup yang disedut sedang mengalami kebas yang juga dipanggil  ‘hipoksia’. Ini kerana tisu telah mengalami kekurangan oksigen pada kawasan yang disedut dengan cup bekam. Ini dapat mengurangkan rasa sakit sewaktu proses tusukan.

Apabila sel tisu dan deria rasa saraf sakit (pain nerve sensation) mengalami kekurangan oksigen, ia akan menyebabkan sensitiviti saraf menurun. Contohnya apabila hujung jari kita diikat getah, kita akan berasa kebas di kawasan hujung jari tersebut. Inilah keadaan yang berlaku pada kawasan yang dibekam yang akan ditusuk dengan jarum bekam. Sebab itulah, bekam angin akan dilakukan sebelum bekam darah.

Namun, tahap sakit (pain threshold) seseorang adalah berbeza. Jadi proses bekam angin penting untuk mengurangkan sakit sewaktu dibekam. Selain itu, sedutan pertama bekam angin ini dapat mengumpulkan toksin di dalam badan yang tidak lagi ingin digunakan (causative pathological substance: CPS) untuk dibuang dari badan.

Olahan nota Dr Muhammad Azrinaz, MD(UNPAD), Founder Dr Hijama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *