Dah bekam ni, bila pula saya boleh bekam? Kekerapan berbekam.
Ada yang mengatakan bekam seeloknya 3-4 bulan sekali kerana kitaran hidup sel darah merah selama 120 hari. Namun, sebenarnya setiap hari ada sel baru yang dihasilkan dan ada yang mati. Sel darah merah tidak mati serentak di dalam tubuh kita.
Perawat akan melihat nilai darah yang keluar yang keluar pada sesi pertama bekam.
Darah boleh keluar dalam 10ml/kg setiap orang.
Kalau berat 30kg, darah boleh keluar 300ml
Tapi overall maximum 500ml, walaupun berat badan 60kg ke atas.
Perawat akan membuat catatan mengenai anggaran jumlah darah yang keluar pada hari tersebut.
Kebiasaannya, menurut Dr Azrinaz dari Bekam Dr Hijama,
Jika daraH keluar sebanyak 500ml, selang waktu adalah 4 bulan.
250 ml selama 2 bulan,
124ml selama sebulan,
60ml selama 15 hari,
30ml selama 7 hari.
Bagi pesakit yang mengambil ubat cair darah, mestilah lihat bacaan INR (InterNation Ratio) y normal biasanya 2-4. Jika aspirin bolehlah dibekam dan jika warfarin kena berhati2 dengan jumlah tusukan jarum.
Bila perlu berbekam? Tarikh mana yang afdhol untuk melakukan bekam?
Secara tradisi, menurut hadith, tarik yang sesuai untuk melakukan bekam adalah pada 17, 19 dan 21 hb Hijrah.
Kenapa? Alasannya adalah pada waktu ini, adalah ¾ bulan, tarikan gravity pada waktu ini sedikit tinggi. Jika diperhatikan, suhu bilik tinggi pada masa ini 5-10% dari biasa.
Jika memancing di laut juga air pasang. Jadi, darah meluap—luap pada waktu ini, itu yang kalau dibekam, dikatakan darah akan keluar banyak.
Secara perubatan, boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan.
My Rehab Spa, Bukit Sentosa Rawang Selangor 0129689707
Kesan Sampingan Berbekam
- Rasa keletihan dan lemah badan
- Pening
- Pendarahan berlebihan
- Sakit atau gatal pada tempat bekam
- Demam
Kebanyakannya adalah “histamine release” yang berlaku dalam proses peradangan buatan yang kita lakukan melalui bekam ini.
- Jangkitan kuman
- Blister
- Parut
- Pengsan