fbpx

BOLEHKAH BERBEKAM JIKA AMBIL UBAT CAIR DARAH?

Jika ditanya soalan ini, akan ada pelbagai jawapan yang anda akan terima. Setelah diteliti, My Rehab Spa mengambil pandangan ianya adalah relative contraindication. Ini bermaksud, ianya mengikut keadaan individu yang ingin dibekam. Ada yang boleh dibekam dan ada yang tidak boleh dibekam. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira.

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan adalah jenis ubat cair darah yang dimakan, faktor risiko, nilai INR(internation ratio) dan melihat sendiri kadar darah yang keluar ketika bekam itu sendiri. Di sini perlu digunakan trial sebelum ingin meneruskan rawatan.

Untuk jenis ubat cari darah yang dimakan, pesakit selalunya mengambil warfarin atau aspirin. Bagi aspirin, kita boleh melakukan bekam. Namun untuk warfarin, ianya perlu berhati-hati untuk melakukan bekam kerana akan mengeluarkan darah yang banyak. Darah yang keluar akan bercampur dengan darah yang bersih yang sepatutnya kita tidak membuangnya dari badan seseorang individu itu.

Prothrombin adalah protein yang dihasilkan di hati. Prothrombin membantu darah untuk membeku. Jika pesakit mengambil ubat cair darah, darah yang keluar akan lambat membeku. Darah akan keluar dari badan dengan berlebihan di mana ianya boleh menyebabkan individu tersebut pitam dan kekurangan darah. Nilai INR dinilai melalui Prothrombin Time. Untuk mereka yang sihat, bacaan INR adalah 1.1 ke bawah. Bagi mereka ubat cair darah, bacaan INR 2-3 adalah kadar terapeutik yang efektif dan boleh dipertimbangkan untuk melakukan bekam. Boleh baca website KKM mengenai ubat cari darah warfarin ini

Namun, tak semua individu yang datang berjumpa terapis akan memeriksa kadar INR mereka setiap hari kerana perlu menjalani ujian darah di klinik atau hospital dahulu. Jadi, boleh melakukan trial bekam dengan melihat darah yang keluar pada cup pertama dahulu. Terapis akan mengubah bilangan tusukan jika darah yang keluar banyak. Ini dapat mengurangkan pengeluaran darah secara berlebihan. Terapis akan melakukan 5 tusukan dahulu dan menilai jumlah darah yang keluar. Jika nilai darah yang keluar bagus, terapis akan mengekalkan 5 tusukan pada titik bekam yang lain juga. Nota sebelum ini min ada nyatakan jumlah darah bekam yang boleh keluar setiap kali bekam di sini.

Terdapat beberapa kaedah ujian keselamatan sebelum melakukan bekam seperti Duke Test, Toniquet Test dan yang terapis akan lakukan adalah Warfarin Test melalui pembelajaran bersama Dr Azrinaz.

Dah tak boleh bekam, dah kenapa masih lagi hendak dibekam?

Pelanggan yang datang bukannya ingin menyelesaikan masalah sakit jantung atau berkaitan dengan masalah pencairan darah mereka. Kebiasaannya mereka datang kerana mengalami lenguh bahu, atau sakit lutut, sakit belakang, lenguh badan dan sebagainya. Bekam akan dilakukan bagi mengatasi masalah dan keluhan ini.

Nota diolah melalui kelas bekam klinikal Dr Azrinaz founder of Dr Hijama dan Dr Zuhdi, founder of Doc’s Bekam Wellness and Training Center.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan mencari tempat bekam yang holistik merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan yang natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707  untuk kami bantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *