fbpx

Adakah Akupuntur berkesan dan selamat untuk bantu kurangkan sakit belakang?

Adakah akupuntur berkesan dan selamat untuk bantu kurangkan sakit belakang? Ianya adalah soalan biasa yang saya sering terima. Akupunktur sememangnya adalah cara yang berkesan dan selamat untuk membantu melegakan sakit belakang anda, apabila rawatan dilakukan oleh akupunkturis yang terlatih. Namun anda perlu berbincang dahulu dengan doktor anda tentang gejala berkaitan sakit belakang anda sebelum mencubanya. Tahu punca sakit belakang, contohnya disebabkan disc terkeluar (prolapse disc), atau disebabkan otot tegang (muscle spasm), saraf terkepit (lumbar stenosis) atau lain-lain faktor.

PUNCA-PUNCA SAKIT BELAKANG

Ketegangan dan terseliuh otot lumbar adalah punca yang paling biasa bagi masalah sakit belakang. Ramai “pahlawan hujung minggu” mengalami kecederaan dan kesakitan di sakit belakang akibat mengemas rumah, mengangkat dan menolak bakul-bakul yang muatan berat, mengecat bahagian luar rumah mereka, berkebun atau melakukan landskap mereka sendiri.

Posisi duduk atau berdiri yang lama tanpa mengubah posisi tersebut akan menyebabkan belakang badan terasa lenguh pada permulaan. Lama kelamaan, sakit belakang semakin teruk.

Bahagian belakang mudah tegang kerana fungsi dan sambungan sendi (disc) tulang belakang menanggung berat pergerakan, seperti memusing belakang ke tepi dan ke belakang dan lenturan ke tepi.

Ketegangan otot disebabkan apabila gentian otot terlalu tegang atau koyak. Keradangan adalah perkara biasa di kawasan yang cedera, biasanya disertai dengan kesakitan semasa melakukan pergerakan pergerakan. Kekejangan otot  boleh berlaku, serta fungsi tulang belakang menurun untuk melakukan pelbagai gerakan.

Akupunktur tidak sepatutnya menjadi pilihan rawatan yang terakhir.

Akupunktur telah menjadi sebahagian daripada Perubatan Cina selama lebih daripada 4,000 tahun, walaupun faedahnya perlahan-lahan ditemui di dunia Barat. Hari ini, apabila orang ramai lebih menyedari rawatan alternatif dan mencari pilihan lain selain ubat bagi melegakan kesakitan mereka, akupunktur telah menjadi popular dan disedari ramai orang akan kelebihannya.

Walaupun ubat- ubatan hospital seperti ubat tahan sakit mungkin menawarkan sedikit kelegaan, namun ianya adalah sementara dan tidak merawat isu asas atau punca kesakitan. Sebenarnya, ubat tahan sakit boleh menyembunyikan kesakitan seseorang dengan terus melakukan aktiviti tertentu yang boleh memburukkan lagi keadaan fizikal mereka.


Akupunktur adalah holistik dan boleh menjadi rawatan sakit alternatif yang hebat.

Cara bagaimana akupunktur berfungsi dan keberkesanannya dalam merawat sakit belakang dan punca-punca kesakitan badan yang lain telah dikaji agak meluas oleh penyelidik di China, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Akupunktur menyekat dan menggerakkan tenaga badan (dipanggil Qi [chee]) melalui sistem fungsi badan—seperti saraf, pernafasan, peredaran darah, otot, dan sistem pencernaan.

Menurut Pusat Kebangsaan untuk Kesihatan Komplementari dan Integrasi (NCCIH), “hasil daripada beberapa kajian menunjukkan bahawa akupunktur boleh membantu meringankan kesakitan pinggang kronik, sakit leher, dan sakit osteoartritis / lutut. Ia juga boleh membantu mengurangkan kekerapan sakit kepala dan mencegah sakit migrain.”

Sekumpulan penyelidik di China baru-baru ini menerbitkan hasil kajian mereka terhadap 751 pesakit sakit belakang. Kajian ini dilakukan dengan teliti mengukur tahap kesakitan setiap pesakit dan keupayaan fungsi sebelum dan selepas rawatan akupuntur. Para penyelidik menyimpulkan bahawa akupunktur mungkin mempunyai “kesan yang baik untuk mengurangkan sakit dan meningkatkan keupayaan fungsi fizikal seseorang yang mengalami masalah sakit belakang.”

BAGAIMANA AKUPUNTUR BEKERJA?

Terdapat kajian saintifik meyatakan titik yang dicucuk akupunktur merangsang sistem saraf untuk melepaskan bahan kimia dalam otot, saraf tunjang, dan otak, termasuk endorfin, encephalin (sejenis endorfin) dan neurokimia lain.

Bahan kimia semulajadi ini boleh mengubah pengalaman kesakitan atau mencetuskan pembebasan bahan kimia dan hormon lain yang mempengaruhi sistem pengawal yang mengawal sistem badan seseorang.

Ini boleh membawa kesan normalisasi (keseimbangan) pada fungsi neuroendocrine (saraf dan hormon). Keseimbangan tenaga dan biokimia yang lebih baik  dihasilkan oleh akupunktur merangsang kebolehan penyembuhan badan secara semulajadi, dan menggalakkan kesejahteraan fizikal dan emosi.

Kebiasaannya, pesakit akan mendapatkan rawatan kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang dialami.

Jadi, untuk melegakan kesakitan adalah punca pesakit mencari terapi akupunktur.

Kebanyakan pesakit mengalami sakit leher dan belakang adalah keadaan yang paling biasa. Oleh kerana akupunktur biasanya pilihan terakhir selepas lebih banyak perubatan konvensional tidak mencapai hasil yang diingini, ramai pesakit saya terkejut dengan keberkesanan kaedah lama abad ini. Ia adalah pengalaman yang sangat memuaskan untuk melihat pesakit saya dapat sama ada bebas kesakitan atau hidup dengan kurang kesakitan!

For anyone who may be thinking of acupuncture as a modality of treatment, I say, “make it your choice, not your last option.”