fbpx

BEKAM MENGATASI SANTAU

Dalam musim PKP fasa pertama haritu 8 April 2020, Kak Mah whatsapp bertanya untuk dibekam. Namun, disebabkan PKP, hati jadi volatile nak membekam ke tidak. Memandangkan waktu tu, saya stuck di rumah kakak saudara yang mempunyai anak-anak kecil, saya hold dulu.

Kemudian, pada 3 June, Kak Mah bertanya lagi, Zira dah start bekam ke? Pada masa tu, PKPP dah kan, jadinya kami pun set date.

Sebab pagi tu Kak Ayu dan  Puan Norsita nak urut, maka saya set time bekam Kak Mah dalam pukul 2 selepas mandi dan makan tengah hari.

Macam biasalah, sebelum memulakan sesi bekam, Kak Mah bercerita mengenai keadaan kesihatannya. Masih teringat cerita Kak Mah kena santau beberapa bulan lepas

Kak Mah buat bekam selepas saranan ustaz yang merawat Kak Mah untuk membuang darah kotor yang “setan-setan” suka bertapa tu kan. Kata ustaz, santau dah dibuang, Kak Mah seeloknya bekam 3 kali untuk bersihkan kembali sistem darah Kak Mah.

Mula- mula tu, terkejut juga saya. Berparut hitam beberapa kawasan badan. Rasa nak nangis tengok Kak Mah. Lain benar masa sebelum kena santau. Tergamaknya manusia ni kan. Macam tak takut mati dan hukuman Allah jee kan. Allahuakbar.

Semasa proses membekam, macam biasalah, kami bersembang. Bekam sesi ni adalah kali ketiga. Ingat lagi kali kedua bekam untuk mencukupkan tiga kali, saya meraikan Kak Mah untuk dibekam dengan tusukan sebanyak dua kali. Ustaz pesan pada Kak Mah, bekam santau ni seeloknya dua kali torehan. Selalunya torehan dilakukan sekali sahaja pada semua clients yang lain. Maka saya pun bekamlah Kak Mah overhaul termasuk bekam kepala.

Memang benar! Kali pertama torehan dan sedutan cup tu kan, darah biasa sahaja yang keluar. Kali kedua, saya pula yang terkejut. Darah kehitaman, penuh setiap cup tu dan berbau semasa membuka takungan darah dari cup kepada tisu yang digunakan untuk membuang darah kotor yang bertakung atas kulit badan tersebut.

Masya Allah.

Inilah kali pertama dalam hidup pembekam seperti saya melihat keadaan begini. Sebab kita orang western medical yang terjun ke dalam bidang alternative kan, maka diikut logik sains, tiada istilah santau ni. Hakikatnya as a muslim, kita akui tentang itu. 

Kalau belajar bekam klinikal pun, kita mesti mengeluarkan CPS, itu dah cukup. Warna dan kuantiti darah yang keluar pada badan boleh dikatakan berpunca dari pola pemakanan, persekitaran dan gaya hidup serta kawasan dibekam yang berdekatan dengan jantung dan sebagainya. Ini sangat berbeza dengan bekam klinikal yang saya pelajari.

Namun, alhamdulillah, kali ketiga bekam ni darah yang keluar seperti orang ramai yang lain. Kulitnya pun makin pulih berbanding dulu. Kalau dulu, habis klinik pergi nak dapatkan ubat, beribu habis. Mencuba ramai ustaz untuk diruqyah dan dirawat akhirnya sesuai dengan ustaz di Tanjung Malim.

Kak Mah ni pula sangat positif. Walaupun ibu tunggal, dengan hasil mengurutlah membesarkan anak- anak. Kak Mah menolak penerimaan zakat ibu tunggal baru – baru ini, pelbagai rezeki yang datang.

Subhanallah! Allah ni kan, sangat baik. Dia Maha Tahu bagaimana keperluan hambaNya.

Kak Mah rasa malu nak ambil zakat kerana dia rasa masih mampu nak membesarkan anak- anak. Lagipun, 2 orang anaknya sudah bekerja.

Pelanggan Kak Mah pula sangat prihatin, mereka suka menderma. Ada sahaja makanan dan hadiah untuk Kak Mah kerana mereka faham kelebihan membantu ibu tunggal. Kak Mah berpesan pada saya, sedekah mesti lebih. Kita takkan miskin dengan bersedekah.

Saya simpulkan Kak Dah suka memberi dan membantu orang ramai, asbab itulah Allah beri kecukupan padanya dan Kak Mah sangat bersyukur dengan apa yang ada, lalu Allah tambah lagi nikmatnya.

Cuma, ayatnya yang buat saya tersentuh apabila saya memuji kulit mukanya yang makin glowing, “muka cantik pun Zira, janda juga”.

Bagaimanapun, dari gaya bercakap, Kak Mah suka mengadu dengan Allah, mungkin itulah hatinya sentiasa tenang walaupun kerjayanya tiada EPF, pencen dan sebagainya.

Oh lupa, kepakaran Kak Mah adalah dalam urutan. Walaupun kami di MRS juga buat urutan, tetapi saya juga mengurut dengan Kak Mah. Kak Mah punya urutan ni disebabkan keturunan atau kita kata Allah yang bagi ilham. Maaflah korang, kalau rasa nak urut dengan beliau, mesti kena selalu follow up. Book sebulan sebelum. Hihi.

Sebabnya, pelanggannya regular mengurut tiap bulan. Bagus kan  mereka yang punya kesedaran untuk meningkatkan tahap kesihatan ni.

Uniknya, Kak ,Mah ni mengurut dan boleh mengesan sebarang gangguan dengan izin Allah. Itulah kelebihan Allah beri.

Kalau saya bekam Kak Mah, saya pula yang belajar banyak perkara dengan beliau.

Teknik-teknik, doa yang boleh diamalkan sebelum menyentuh clients, dan paling penting sekali saya belajar melalui penceritaan Kak Dah mengenai ‘clients’nya.

Seram bulu roma jika dengar mengenai gangguan dan manusia yang suka berkawan ‘setan-setan’ untuk mengganggu manusia lain.

Saya merasakan yang dalam Kak Mah diuji, hikmahnya, Allah beri kebolehan Kak Mah mengurut sambil memulihkan orang lain. Lagipun Kak Mah sudah merasakan sendiri pengalaman diuji dengan gangguan santau, maka ianya membantu Kak Mah untuk membantu orang lain.

Kami di My Rehab Spa percaya bahawa -Clients saya adalah cikgu saya- melalui penceritaan mereka kami menimba ilmu luar biasa!

 

My Rehab Spa 012-9689707