Bedah journal:
El Sayed, S. M., Mahmoud, H. S., & Nabo, M. M. H. (2018). Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Alternative Integrated Medicine, (January). https://doi.org/10.32388/234874
Terapi bekam basah Wet Cupping Therapy (WCT) adalah rawatan mudah dan ekonomi yang masih memerlukan tafsiran saintifik. Ia merawat dengan pelbagai etiologi dan pathogenesis penyakit contohnya, rheumatoid arthritis (RA), hipertensi, migrain, Carpal Tunnel Syndrome (CTS), fibromyalgia, selulitis dan lain-lain.
Jurnal ini mengkaji semula asas perubatan dan saintifik mendasari terapi bekam dan memperkenalkan teori Taibah sebagai mekanisme saintifik berasaskan bukti.
Secara ringkas, dalam teori Taibah, WCT adalah prosedur pembedahan kecil yang berkaitan dengan prinsip-prinsip penulenan glomerulus buah pinggang dan pemindahan abses, di mana perkumuhan berasaskan tekanan patologi penyebab bahan (causative pathological substances : CPS) berlaku. CPS termasuklah bahan penyebab penyakit (disease- causing substances) dan bahan yang berkaitan dengan penyakit (disease related substances (hasilnya semasa patogenesis penyakit).
Tekanan negatif yang dikenakan ke permukaan kulit menyebabkan cecair celahan yang mengandungi CPS pada kulit ditarik dalam cawan dan kawasan disedut itu ditapis.
Peningkatkan sedutan pada kulit boleh mengubah kecerunan tekanan dan daya tarikan di seluruh kulit dan kapilari.
Ini boleh mengeluarkan cecair yang terkumpul dengan CPS dan menyebabkan pendarahan di tempat cucuk bekam.
Ia juga meningkatkan penapisan pada kedua-dua hujung kapilari dan meningkatkan perjalanan darah dan ruang interstisial daripada CPS.
WCT bermanfaat dari tekanan sedutan, fenomena hiperemia reaktif, pengeluaran nitrat oksida dan penyembuhan kulit (bukaan dalam penghalang kulit) dalam meningkatkan fungsi kulit dengan pembuangan toksin di bawah kulit secara natural, peredaran limfa dan kapilari bertambah baik serta dapat memulihkan homeostasis.
CPS RA yang dilaporkan termasuk autoantibodies, imun kompleks, reseptor interleukin-2 yang larut, mediator radang, sitokin tertentu, prostaglandin, selular toksik produk dan faktor rheumatoid, sementara CPS CTS termasuk malondialdehid, interleukin 6, prostaglandin PGE-2 dan edema progresif (menyebabkan sakit).
Tekanan penapisan yang diarahkan oleh WCT boleh mengeluarkan darah CPS.
Kesimpulannya, WCT mempunyai maklumat saintifik dalam merawat penyakit yang berbeza terutamanya rawatan yang membersihkan darah dan cairan interstitial dari CPS. Faedah Teraputik WCT berkaitan dengan jumlah CPS yang dikeluarkan bukan jumlah darah yang diberi.
INGAT!
Keberkesanan bekam darah bukan disebabkan banyaknya darah yang keluar, tetapi berkaitan dengan jumlah CPS yang dikeluarkan!
Namun, pengeluaran darah yang banyak secara psikologinya, pesakit akan berpuas hati dengan rawatan yang dilakukan.
Jangan pula sampai menggunakan blade dengan menghiris kulit sehingga terkena salur darah bersih, nanti lebam berbulan tempat dibekam itu. 🙁
Journal ini diubah kepada bahasa oleh terapis kami: Azira Iqlima Razali, on furthering master in sport rehabilitation, comparing cupping therapy with physiotherapy treatment.

