fbpx

Maksud Bekam

Apakah itu bekam?

Zaman serba moden, teknologi semakin canggih. Agak mustahil jika masih belum ada yang tahu apakah itu bekam. Oh, masih ada yang sekadar tahu nama, tetapi tidak tahu apa maknanya ye?

Takpe, takpe. Mari saya bercerita tentang bekam secara general la ye.

Bekam ni sebenarnya terjemahan dari hijamah, ia dari kata al-hajmu yang bererti pekerjaan membekam. Al hijmu pula bererti menghisap atau menyedut. Jadi, hijama dengan bekam tu sama je maksudnya. Bezanya cuma bekam tu dalam melayu, hijama dalam arab.

Ianya diertikan peristiwa penghisapan darah kotor yang berada di bawah lapisan kulit dengan alat menyerupai tabung, serta mengeluarkannya di permukaan kulit dengan penyedutan yang kemudiannya ditampung di dalam gelas.

Jika dilihat sepintas lalu, mesti anda semua nampak kaedah bekam ini tidak memberi apa-apa manfaat bahkan ianya kelihatan kuno, tidak rasional dan mengada-ngada kan?

Uish, salah tu!

Cuba anda bandingkan dengan pengubatan moden yang memakai ubat – ubatan sintetik dan pembedahan yang memerlukan kos yang mahal dengan rawatan bekam yang natural dan selamat ni? Anda rasa dari segi kos dan kesan sampingan, mana lebih baik?

Mesti anda cakap, ala, mestila bekam.

Yeah! Sebab apa?

Ubat sintetik yang anda makan tu kan, hurm saya bagi contohla ye, Amlodipine 5mg untuk darah tinggi tu, dia fokus untuk darah tinggi je taw. Tapii… nanti dia ada kesan sampingan pada organ yang lain. Dia hanya mengurangkan bukan menyembuhkan. Sebab dia sintetik! Kapsul itu dicipta dari chemical bond yang pakai teori kimia saintis sekarang tu la.

Emm, nak fahamkan anda lagi, saya bagi contoh vitamin C dalam buah oren. Vitamin C dalam oren tu kan natural, jadi kapsul vitamin C sintetik tu dicipta menggunakan teori kimia untuk menyerupai fungsi vitamin C dalam buah oren. Sedangkan dalam buah oren dia ada vitamin lain lagi. Kapsul sintetik tak sama. Dia hanya untuk vitamin C sahaja.

Konklusinya, ubat sintetik spesifik kepada satu fungsi sahaja dan akan memberi kesan sampingan tetapi buah-buahan dan alam semula jadi natural tu fungsi dia bervariasi.

Berbalik kepada bekam yang natural, selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan ini, dia bertindak melalui pembuangan toksin di dalam badan especially dalam kapilari darah di bawah kulit. Setelah dibuang toksin, mulalah badan melakukan tindak balas homeostasis untuk menstabilkan balik struktur sel yang rosak dan menyeimbangkan kembali hormon dan sistem dalam badan yang lain.

Jadi, harap anda sudah faham apakah itu bekam. Nanti saya ceritakan pula kenapa ubat sintetik dihasilkan dan menjadi kepercayaan semua orang berbanding bekam yang sememangnya diamalkan oleh nabi Muhammad (selawat ke atas nabi sikit, anda dapat pahala) dan para sahabat2.

Nota ini dipetik daripada buku Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a. w. oleh Syihab Al-Badri Yasin & petikan kuliah Dr Saiful merangkap doktor perubatan dan pensyarah di USM sewaktu sayamenghadiri Kursus Juruterapi di Kolej Komuniti Tangkak Jun 2016 yang lalu.

“Let’s cantik, let’s sihat!”