Titik paling istimewa di kepala ialah titik ummu munghits atau dalam titik meridian akupuntur dipanggil DU20. Ianya di tengah puncak kepala (vertex). Ada hadith mengatakan ianya titik ala ro’si.
Sebelum dibekam, kepala akan dicukur di bahagian yang akan dibekam. ini untuk memudahkan cawan bekam dilekatkan. Bekam cukur adalah terbaik kerana ia lebih disinfectant (dibasmi kuman) berbanding bekam tanpa cukur menggunakan mesin suction. Namun, ia terpulang kepada anda.
Ada yang tidak mahu cukur kerana ia akan botak di tengah kepala. Bagi perempuan, apabila rambut mula tumbuh, ia akan terpacak dan apabila memakai tudung kita boleh rasa rambut yang terpacak itu. Hihiii. Tapi best apaa, itu kenangan. Bagi yang sudah biasa cukur kepala dan sakit kepalanya hilang selepas dibekam dengan cukur, mereka akan tetap memilih untuk cukur. :- x
Kemudian bekam angin akan dilakukan untuk mengumpulkan darah kecil dan anaesthesic agar saat kepala ditusuk jarum tidak terasa sakit.
Setelah 2 minit bekam kering/angin untuk mengumpul toksin yang dipanggil CPS, maka bekam darah akan dilakukan. Setelah selesai, luka kecil bekas tusukan jarum akan dibersihkan dan dioles dengan minyak zaitun / aloe vera / iodin.
Manfaat bekam kepala ini sangat banyak. Kepala adalah tempat otak berada jadi ia mampu menajamkan indra pendengaran dan penglihatan. Suara yang didengar akan lebih jelas dan penglihatan akan lebih terang. Tubuh akan berasa ringan untuk beraktiviti.
Bekam kepala dapat menghilangkan banyak jenis penyakit kepala sehingga fungsinya tidak terganggu. apabila kepala dibekam, ia menghasilkan kelenjar di hipothalamus secara efektif. Ia bagus untuk kecerdasan otak dan meningkatkan ingatan. Anak anak yang lambat pembelajaran boleh mencuba untuk dibekam bagi meningkatkan prestasi pembelajaran.
Satu pengalaman menarik yang boleh dikongsi megenai seorang anak murid tahun lima yang punya prestasi yang rendah dalam pembelajarannya. Setelah dibawa ke ahli terapi, si anak pun dibekam. Namun, harus diingat, kami juga pernah membekam adik darjah enam, she takut jarum dan menangis. Maka darah bekam tidak keluar pun. Jika nervous, ia mengganggu pengeluaran darah. Anak-anak ini sendiri yang mahu dan berani untuk mencuba dengan keizinan ibu bapa.
Titik yang dibekam ialah kepala (ummu mughits) dan titik pundak bahu keduanya (titik kahil). Setelah dilakukan bekam dalam waktu kurang daripada 3 bulan, si anak mampu mengejar pelajaran yang ketinggalan dan menjadi pelajar yang memperoleh markah yang tertinggi di kelasnya. Luar biasa kan?
Dari penceritaan di atas, mungkin ada di antara anda yang saat ini tertarik untuk melakukan bekam di kepala? Kalau ya, jangan lupa memilih terapis yang dipercayai.
Semoga dengan melakukan bekam kepala, kesihatan anda semakin membaik dan kecerdasan anda semakin meningkat. Selamat mencuba!
Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan mencari tempat bekam merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA
Bekam ummul mughit DU 20
Bekam kepala boleh menghilangkan sakit kepala malah tidak terganggu fungsinya. Dengan demikian ia dapat menghasilkan kelenjar di hipotalamus secara efektif.
Inilah sebenarnya membuatkan terapi bekam di kepala baik untuk kecerdasan otak.
Justeru, kepala yang sihat dan otak yang bekerja secara efektif membantu untuk lebih fokus pada pelajaran dan pekerjaan.
Punya masalah ingatan?
Susah menghafal?
Masalah pembelajaran?
Mehla bekam di point DU 20.
Jujur, tak sakit pun.
Kena beberapa kali lah bekam ni untuk menguji keberkesanan.
Sebab apa?
Dia kan #natural #selamat #efektif,
take time la.
Bukan macam ubat terus berkesan, tapii ubat ada kesan pada bahagian organ lain.
Niat bekam ingin menghiduplan Sunnah RasulAlloh,
Sunnah RasulAlloh dan 4 khalifah adlah keredhaaan Alloh
Sakit Ujian Dari Alloh
Sihat pun ujian dari Alloh
Sakit sihat makhlok berhajat pada Alloh
Laa ila ha ilAlloh MuhammadurRasulAlloh
Jaga solat 5 waktu berjamaah
Wanita tutop uarat spurna solat awal waktu dalam bilik suami.mereka..
Jaga quran zkir pagi petang
Ada syif 24jam malam.siang di masjid2 rumah2