fbpx

Kenapa bangun pagi bahu sering lenguh?

Sering mengalami sakit bahu atau bahagian belikat/ tulang kipas yang dinamakan scapular, adakah anda punya tanda – tanda begini?

1- rasa “knots” atau macam biji- biji di kawasan otot bahu dan sekeliling leher. ini menandakan otot trapezius terasa lenguh dan tidak selesa, mengeras dan jika tersalah pergerakan rasa seperti mahu ‘cramp’

2- Bahu dan leher terasa keras dan ketat sehingga sukar untuk berpaling ke arah kiri dan kanan. 

3- Nak pusing kepala kena pusing badan sekali

4- tidak selesa apabila bangun pagi, duduk membongkok lama sebab melihat komputer atau membaca atau melihat fon.  lama kelamaan, rasa lenguh di bahagian bahu dan belikat serta leher.

4- Rasa lemah dan malas untuk melakukan kerja sehingga rasa stress.

PUNCA SAKIT  BAHU DAN LEHER.

1- TRAUMA: Kecederaan pada bahagian terbabit, tisu otot koyak atau luka disebabkan kemalangan, terjatuh, bahu dihempap sesuatu.

2- STRESS: ini biasa terjadi pada mereka yang selalu tertekan dengan rutin harian. ianya boleh menyebabkan “tension” pada otot berkenaan dan ianya mengeras. tidak selesa lagi menyebabkan anda semakin stress. ini dipanggil “muscle soreness”. Kita dapat melihat situasi ini apabila penghidap darah tinggi tengah naik bacaan darah tingginya. Kedua belah bahu mereka akan menegang dan mengeras.

3- POSTUR DUDUK YANG SALAH :  Kebiasaannya, cara duduk yang membongkok terlalu lama tanpa mengubah posisi di hadapan komputer atau meja menjadi punca bahu mengeras dan sakit di bahagian leher.

4- TERLEBIH GUNA: Melakukan aktiviti secara berulang kali melibatkan pergerakan bahu dan tangan boleh menambah beban di bahu dan leher. Contohnya, mengangkat berat, berenang, bermain tenis dan berkaitan dengannya. 

 SERING SAKIT LEHER DAN BELAKANG BAHU ITU MUNGKIN INI PUNCANYA.

Trapezius adalah sejenis otot yang menyelimuti bahagian leher, bahu dan belakang, di sebelah kiri dan kanan. Bergantung kepada unjuran fiber dan fungsinya, ia terbahagi kepada tiga —

– superior/upper (atas) – pergerakan bahu ke atas macam kita jawab bila orang tanya, ” entahla,sambil mengangkat bahu”
– middle (tengah) – “retract” kebelekangkan bahu
inferior (bawah) – pergerakan bahu ke bawah

 

RAWATAN YANG BERSESUAIAN

1- Ubat Tahan Sakit

2- Nasihat tentang cara duduk yang ergonomik

3- Injection

4- Rawatan Fisioterapi

a) Rawatan ais atau panas

Pada permulaan anda boleh mengambil kiub ais dan meletakkan di kawasan sakit selama 20 minit dan diulang beberapa kali. jika sakit adalah kronik iaitu melebihi 3 hulan, anada boleh tuam panas menggunakan hot pack yang boleh didapati di farmasi.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan bengkak di kawasan terbabit walaupun tidak dapat dilihat. 

b) Kinesiologi tape

c- Melakukan regangan dan senaman bahu untuk menguatkan otot trapezius dan di sekitar leher dan bahu. Boleh lihat video ini.

4) Rujuk fisioterapis untuk kenal pasti punca sakit. Boleh jadi  ia berpunca dari masalah saraf sebab tu bila anda pergi urut ianya tidak berkesan. Fisioterapis akan bantu anda melalui teknik manual therapy.

boleh baca artikel ini supaya lebih mudah faham. 

5) Ada juga yang mencuba bekam dan akupuntur. Make sure tahu punca sakit sebelum anda melakukan sebarang rawatan untuk memastikan rawatan tersebut efektif.

 

 

team My Rehab Spa,

Bukit Sentosa,

Rawang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *