fbpx

Pusat Fisioterapi, Bekam, Urutan dan Akupuntur untuk penduduk Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

MY REHAB SPA adalah pusat rawatan yang menggabungkan rawatan fisioterapi dengan rawatan alternatif yang lain. Bagi rawatan rehabilitasi, kami menyediakan servis:

✅Fisioterapi ✅Bekam ✅Akupunktur ✅Urutan

Ingin tahu apa itu FISIOTERAPI??

Fisioterapi mencegah, mengenal pasti, membetulkan, dan melegakan ketidakfungsian anggota badan yang sementara dan berpanjangan.

Antara terapi disediakan ialah:

✅Kecederaan sukan seperti ACL, MENISCUS, HAMSTRING, CALF dan ANKLE SPRAIN

✅Sakit belakang, pinggang, belikat dan leher seperti SLIP DISC dan SCOLIOSIS

✅Kesakitan dalam mana-mana sendi seperti di BAHU, SIKU, TANGAN, LUTUT,  dan PERGELANGAN KAKI

✅Pemulihan selepas pembedahan seperti TKR dan THR

✅Pemulihan rehabilitasi bagi pesakit STROKE, Parkinson atau lemah anggota tangan atau kaki

Kebanyakan rawatan fisioterapi kami menggunakan kaedah terapi manual yang lebih fokus dengan tepat kepada tempat sakit. Ada yang mengatakan ia seperti teknik urutan. Ya betul! Memang nampak macam urutan tetapi ia bergantung kepada punca masalah sama ada melalui tulang, otot, saraf atau sendi anda.

BEKAM

Bekam adalah proses mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan cawan yang bersih dan steril pada tempat yang dibedah itu.

BEBERAPA JENIS BEKAM :

✅Bekam Badan / Kaki (Lenguh badan, lemau badan)
✅Bekam Resdung
✅Bekam Gout/Kolesterol
✅Bekam Migrain
✅Bekam Seri Wajah

MRS juga menyediakan cup bekam pakai buang- disposable cup (SINGLE USE) untuk menjamin tahap kebersihan dan keselesaan pelanggan. MRS juga menyediakan bekam kepala tanpa jika anda risau rambut akan tajam- tajam bila pakai tudung sewaktu rambut baru nak tumbuh. Hehe. Sebenarnya, bekam cukur adalah terbaik kerana rambut kita mungkin ada minyak atau bakteria yang melekat lalu bercampur darah yang keluar. Kita risau jika ia ada infection. Anyway, ramai jurr yang bekam tanpa cukur, lega, hilang sakit kepala dan ringan rasa kepalanya. 

AKUPUNKTUR

Akupunktur adalah cara rawatan dengan menggunakan jarum akupunktur di titik titik meridian di permukaan tubuh tertentu yang bertujuan untuk memulihkan & mengubati.

Orang sekeliling kita ada yang tidak tahu apa yg boleh dirawat melalui rawatan akupunktur, antaranya ialah:-

✅Melancarkan peredaran darah dan mengimbangi tenaga dalaman (Qi energy)

✅Masalah saraf seperti stroke / bell palsy dan kebas anggota badan seperti tangan dan kaki

✅Masalah sakit anggota badan seperti sakit belakang, bahu, lutut dan kaki

✅Seri wajah, jerawat, jeragat, sinus, rabun, migrain, insomnia, tinnitus dan lain-lain lagi

URUTAN

Secara saintifik, urutan badan dapat melegakan stress otot badan yang tegang dan melancarkan kembali aliran darah yang selama ini tidak lancar.

Urutan yang kami sediakan ialah:-

✅Urutan anti-stress

✅Urutan Seri wajah

✅Urutan Sukan

✅Urutan Relaksasi

✅Urutan Tradisional

✅Urutan PreNatal & Post Natal

✅Urutan Gausa

Kami menyediakan rawatan kepada perempuan sahaja. Bagi bekam dan akupuntur, lelaki dibuka dengan book appointment  sahaja.

Lokasi pusat rawatan kami beralamat di

No17 (Tingkat 1) Jalan Orkid 1A, 

Seksyen BS 2, Bukit Sentosa,

48300 Rawang Selangor.

(Atas Kedai Emas Sentosa)

Masa operasi pusat rawatan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 7 malam.

Beroperasi setiap hari kecuali hari rabu dan hari raya.

Sebarang pertanyaan atau temujanji boleh lah menghubungi:-

www.wasap.my/60129689707/Fisioterapi
www.wasap.my/60129689707/Scrubbadan
www.wasap.my/60129689707/Akupunktur
www.wasap.my/60129689707/Bekam
www.wasap.my/60129689707/Urutan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *