Biji biji masa urut tu angin ke? Dalam istilah perubatan, kami sebagai fisioterapis belajar, mengatakan ianya adalah “muscle knot”.
Knot ni macam bijila juga. Ada kata biji angin. Knot ni secara saintifiknya dipanggil myofascial trigger point. Selalunya, kami di MRS akan tekan dengan siku dengan lama kira-kira 30 saat kawasan tu supaya knot tu hilang.
Bila terapis urut, pesakit akan tanya,
“biji angin ke tu?”,
“kenapa dengan biji tu dekat situ?”
Anda mesti ingin tahu kenapa biji knot tu sebabkan rasa sakit, lenguh, tak selesa, rasa ketat seolah sukar bergerak, makin teruk dan menyebabkan kita rasa stress kan?
Senang cakap, knot ni adalah gumpalan otot-otot seakan bola yang berpunca daripada pergerakan otot yang letih. (Knot is a tight ball of muscle from an overworked muscle). Kadang- kadang kita rasa biji tu banyak berkumpul di sekitar kawasan otot tu.
Kenapa knot tu terjadi?
Fisiologi otot badan kita ni kita kena faham. Selalunya otot bekerja on and off. Contohnya, kita bengkokkan tangan ke atas menyentuh bahu, otot biseps ketika ini sedang bekerja keras untuk melakukan pergerakan tersebut. Maksudnya otot tersebut tengah on. Apabila kita meluruskan tangan, otot biceps kembali off sebab sudah tidak digunakan. Apabila ia diangkat berterusan, otot akan on buat masa yang lama. Ia sebabkan otot tersebut senang letih dan penat ( muscle sore and fatigue).Lama kelamaan, otot letih ni akan jadi keras (spasm) dan biji urat (muscle knot) akan terbentuk.
Sebab tu kita mesti berehat sebentar dari terus menerus menggerakkan otot tersebut. Jika sudah rasa tanda-tanda lenguh, stop the movement, relax jap, baru sambung balik. Otot yang kita paggil “fast twitch fibers” ni tidak dicipta untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Sebagai contoh kan, kita baling bola. Balingan pertama tidak sama dengan balingan ke 30 dan semestinya balingan ke 30 tidak sama dengan balingan ke 100. Ini menandakan otot yang bekerja untuk balingan tersebut sudah terlebih guna (overwork) dan ianya akan penat. Maka itulah yang kita panggil urat bersimpul la, urat ketat la, biji angin laa. Itulah muscle knot.
Massage atau urutan membantu untuk meghilangkan muscle knot tersebut dengan teknik myofascial release dan teknik trigger point.
Jika anda rasa ada lenguh badan, cuba urut sendiri ada rasa biji-biji, carilah massage therapist yang memang mahir untuk hilangkan knot. As we learned as physiotherapist, jangan tekan sampai salur darah pecah.
Apa tanda salur darah pecah?
Bila lepas urut tu, esoknya makin sakit. Nak sandar badan pada kerusi pun kena perlahan sebab sakit. Ya, memang selepas 3 hari ia akan rasa lega, hilang semua sakit badan sebab healing crisis dah recover tetapi selama mana badan anda rasa bertahan. Kalau selepas 2 minggu anda rasa lenguh badan kembali datang, baiklah urut secara tidak sakit niii.
Sekian, bebelan dari massage therapist ala fisioterapis di My Rehab Spa ini.
By the way, boleh tengok artikel ini untuk mengetahui cara untuk mengelakkan muscle knot dari berterusan bertapa dalam badan yang membuatkan kita rasa malas, lenguh dan tak bermaya tu.
HOW TO GET RID OF MUSCLE KNOTS
- Heat – promotes blood flow and relaxation.
- Stretching – promotes tissue elongation and relaxation in the knotted area.
- Exercise – fatigues the area and helps the muscle to “reset”.
- Postural corrections – stretching and strengthening exercises to correct posture and eliminate the strain causing the knot in the first place.
- Massage – promotes relaxation and blood flow into an area.
- Trigger point therapy – causes the muscle knot to “release”.
My Rehab Spa 012 968 9707