fbpx

Rawatan Gurah Resdung

APAKAH ITU RESDUNG?

Di dalam penciptaan tengkorak muka kita, ada ruang udara yang dicipta Allah s.w.t supaya tengkorak menjadi ringan dan dapat kurangkan berat di bahagian kepala dan muka.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran- saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Kebiasaannya, resdung berlaku disebabkan oleh allergic. Kalau ada external atau radang yang kacau rongga udara ini, cecair akan banyak berkumpul di situ. Ada juga istilah sinusitis yang bermaksud radang sinus. Ramai yang selalu cakap, “awak ada sinus?”

Salah tu.

Semua orang ada sinus.

Bezanya “awak ada sinusitis?” Haa, macam tu ayat yang betul. Maksudnya radang sinus. Tapi, takpelah, sinusitis tu panjang sangat pula kan. Sinus pun boleh, asalkan orang faham maksud nak disampaikan.

Sebelum terlupa, saya perlu mention di sini, bekam kan anti radang, boleh ikhtiar bekam muka untuk mengurangkan radang di muka, bukannya nak mengeluarkan bendalir di dalam kawasan sinus tersebut. Bekam juga untuk masalah resdung berjerawat yang mempunyai masalah darah kotor yang tidak circulate well, maka eloknya dibekam. Jika, muka licin tetapi sinusitis di dalam muka ada, eloknya dikeluarkan melalui rawatan seperti gurah resdung. Ada juga di farmasi menjual nasal spray tetapi ianya mempunyai steroid.

Resdung adalah masalah biasa dihidapi bukan sahaja penduduk Malaysia, malahan segenap penduduk dunia termasuklah negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian menyatakan bahawa masalah resdung kini dihidapi 60-65% dari jumlah penduduk negara kita. Namun, dari jumlah tersebut, 90% daripadanya hanya membiarkan sahaja masalah resdung membelenggu mereka tanpa sebarang rawatan.

Sedar atau tidak, masalah resdung sebenarnya boleh mengundang risiko yang lebih parah jika tidak dicegah dan dirawat dengan segera. Lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Bagi masalah resdung tahap kronik, penyakit ini boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh hilang deria bau.  Pelbagai cara dan kaedah telah dijalankan sama ada secara sains moden mahupun tradisional untuk mengatasi masalah resdung ini.

Dalam perubatan barat, doktor akan prescribe ubat antibiotic, ubat gatal, spray nasal dan pembedahan bagi masalah yang kronik. Cara tradisional yang digunakan adalah seperti asap rokok resdung, bekam, ghurah, paruna dan sebagainya. Jika kaedah tradisional, terapis akan mengenal pasti masalah sama ada masalah resdung berpunca dari masalah darah kotor atau masalah lendir sinusitis, barulah dilakukan rawatan.

TANDA-TANDA PENGHIDAP RESDUNG

  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal di bahagian muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung berair
  • Kerap bersin
  • Muka rasa berat
  • Sakit tekak berpanjangan
  • Demam atau tidak sedap badan berpanjangan
  • Migrain/sakit kepala

Tanda- tanda ini muncul secara berulang di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu dan cencalok dan lain-lain.

PUNCA-PUNCA RESDUNG

  • Persekitaran : habuk, debu, selimut, cadar dan bulu binatang peliharaan.
  • Diet Pemakanan: makanan seperti belacan, cencalok, makanan laut termasuk dalam diet yang perlu diambil secara tidak berlebihan.
  • Gaya hidup: minuman bergas, beralkohol, merokok sepatutnya dielakkan. Patut amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.
  • Faktor anatomi: kemalangan, kecederaan, tulang hidung bengkok.

KAEDAH MENCEGAH  RESDUNG sinusitis

  • Elakkan dari memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menngunakan sarung bantal, cadar atau selimut dari bulu binatang. Untuk mencegah, bersihkan 3 benda di atas dengan air panas.
  • Sentiasa bersihkan karpet/ permaidani. Jika perlu, guna vacuum berkualiti tinggi
  • Pakai mask / penutup hidung sewaktu mengemas bagi mengelakkan habuk persekitaran masuk ke dalam hidung.
  • Minum air suam dengan banyak. Lagi bagus jika amalkan minum sup panas.
  • Lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
  • Elak makanan yang alergi kepadanya.

APA ITU GURAH SUARA?

Kaedah untuk mengeluarkan lendir, kotoran dan racun yang ada di dalam rongga hidung, kepala, muka dan paru-paru.

MANFAAT GURAH

  • Menjadikan suara lebih merdu, nyaring, halus dan memanjangkan pernafasan. Sesuai untuk qari, imam, hafiz quran, artis, qasidah, berzanji, ahli pidato, pengacara majlis, penceramah
  • Mengubati penyakit saluran pernafasan dan jaringan kepala seperti asma, sinusitis, resdung, migraine, stress.
  • Menambahkan isipadu peparu dan memanjangkan nafas.
  • Baik untuk penagih dadah, penagih alcohol, kuat minum kopi dan perokok. Ia boleh mengurangkan ketagihan kerana telan air liur semasa rawatan gurah dapat mengosongkan laluan pernafasan.

KAEDAH RAWATAN

  • Jangan ambil makanan 1 jam sebelum rawatan.
  • Sebelum bermula, pesakit diminta membaca bismillah, alfatihah, selawat dan 3 kul.
  • Herba gurah akan disedut melalui teknik pernafasan yang diajar terapis.
  • Setelah itu, pesakit diminta membuat kiraan 21 dengan bernafas melalui mulut dan terus pusingkan badan dan muka menghadap mangkuk yang dibaluti plastic.
  • Ludah atau buang air liur sepanjang rawatan sehingga tiada rasa herba di dalam tekak.
  • Insya allah, lender akan dikeluarkan melalui rongga mata, mulut dan hidung.
  • Terapis akan mengurut bahu pesait selang 15 minit untuk menghilangkan lenguh bahu dan leher.
  • Biarkan lendir keluar tanpa dilap dengan tisu supaya lendir yang keluar dapat menarik lendir yang di dalam hidung.
  • Setelah sebelah hidung boleh bernafas, pesakit boleh berhenti dan cuci hidung serta mulut.
  • Jika pesakit kronik, pesakit diminta buat rawatan 3 kali dalam masa 3 minggu. Jika kronik, kebanyakan lendir akan keluar 30 minit dank e atas dengan kuantiti lendir yang sedikit tetapi warna lendir pekat kekuningan.

KONTRAINDIKASI

  • Selama 3 hari, elak makanan panas & pedas (cili, makanan berempah, kari, kopi panas) dan sejuk (aiskrim, ais) untuk keberkesanan.
  • Dewasa 75 tahun ke atas atau kanak-kanak 7 tahun ke bawah dilarang untuk melakukan gurah.
  • Jangan gurah wanita mengandung, berpenyakit kronik, sakit jantung, stroke, kanser, buah pinggang dan lain – lain.

Jika anda ingin mencuba rawatan gurah resdung dan berada sekitar bukit sentosa, rawang atau tanah merah, kelantan, anda boleh hubungi team my rehab spa. mention "ireadyourblog" untuk dapatkan harga rm25 setiap sesi dengan datang ke tempat kami. 


Love,

azira iqlima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *