Bekam ni Kuno ke?

 

Siapa kata bekam ni kuno?

 

Tarik telinga dia! Berani korang cakap bekam ni kuno!

 

Meh Azi share apa yang kuno sebenarnya.

 

Aish

Memangla bekam ni kuno sebab iakan dari Rasulullah S.A.W. beribu tahun dahulu tetapi ianya tidak kuno untuk digunakan. Kebaikannya sepanjang zaman.

 

Memang, sekarang ni segala sesuatu yang berbau ‘barat’ yang didonimasi orang Nasrani dan Yahudi nampak indah menyenangkan dan memudahkan. Ini memang usaha mereka untuk menjauhkan kaum muslimin dari kitabNya Alquran. Mereka mengetahui bahawa apabila kaum Muslimin berpegang teguh kepada ajaranNya, pastilah kita akan berjaya dan menguasai dunia, seperti yang pernah dialami umat Islam pada abad 8-12 Masihi. Waktu itu, ilmu perubatan berkembang menguasai daratan Eropah, sehingga muncullah doktor- doktor muslim yang gorgeous dengan ilmu keislaman dan kedoktorannya seperti Ibnu Sina, Az Zahrowi, Ibnu Maimon, Al- Biruni dan lain- lain.

 

Padahal waktu itu kaum Nasrani sendiri susah untuk meningkatkan keilmuannya, kerana terikat dengan pendapat gereja yang menyebut pengetahuan moden bertentangan dengan Bibel. Sehingga yang berbeza dengan Bibel dianggap menentang Bibel. Bahkan orang yang menentang pendapat gereja akan dihukum seperti yang dilakukan oleh Galille yang dituntut hanya kerana ia mengikut penemuan Coppernicus tentang peredaram bumi. Galille kemudiannya dihukum dengan alasan mentafsirkan Bibel secara keliru.

tapak kaki rasulullah saw

Inilah yang menyebabkan kaum Nasrani beramai-ramai meninggalkan agama mereka, sehingga mereka boleh memajukan sains dan perubatan dan bidang lain. Sementara waktu itu, ramai kaum muslimin yang meninggalkan ajarannya termasuk bidang kedoktoran.

Orang-orang muslim meninggalkan agamanya, mereka menjadi tertinggal

Dan orang-orang Nasrani meninggalkan agamanya, mereka menjadi maju.”

 

Kaum muslimin jarang sekali mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan Nabis.a.w (selawat utk nabi taw korang!) yang sangat lengkap terutamanya bekam. 

alat bedah zaman nabi

Malahan ilmu bekam diserahkan kepada bukan Muslim. Mereka melakukan penelitian dan pembuktian terus menerus, yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan sehari – hari, walaupun mereka tidak menamakannya bekam.

 

Tetapi tetap memakai prinsip kerja bekam, menyedut darah dan mengumpulkannya, kemudian mengeluarkannya , tentunya dengan teknik dan teknologi canggih.

 

Hingga muncullah ahli bekam dari Negara Barat, seperti Doktor Michael Reed Gach dari California dengan bukunya “Potent Points, a Guide to Self Care for Common Ailments atau Kohler D (1990) dengan bukunya “the Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Method”.

 

Paling terbaru mengenai kejayaan atlet renang Olimpik 2016 yang melakukan bekam sebelum pertandingan dilakukan.

 

Aha, bekam ini kuno ke?

 

Nota di atas azi petik di dalam buku Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a.w. oleh Syiha al-Badri Yasin.

 

Belajarlah dari sejarah~

“Hello Healthy, Bye Pain”

alat geometri zaman nabi
darah bekam rasulullah saw