SAKIT BELAKANG DAN KEBAS KAKI PADA KAKAK 63 TAHUN

Kisahnya bermula apabila seorang wanita bernama Maria berumur 63 tahun datang ke My Rehab Spa ingin mengurut seluruh badan kerana beliau sakit belakang dan kedua belah kakinya kerap kebas. Sudah berkahwin, pencen sebagai seorang bekas guru, mengamalkan gaya hidup yang aktif, sihat walafiat, tiada masalah sakit kencing manis, darah tinggi, jantung atau lain-lain penyakit.

Hobinya bermain tenis, melancong dan sedang belajar kelas Bahasa Arab, tentunya beliau akan duduk dan berdiri dalam jangka masa yang panjang.

Puan Maria memberitahu saya, beliau pernah mengalami sakit belakang yang kronik berpunca daripada mengangkat barang berat, bunyi “pop” di belakangnya, 22 tahun yang lalu.

Pada permulaan sakitnya dulu, doktor pakar tulang (ortopedik) diagnos Puan Maria mengalami herniated lower lumbar disc (disc tulang belakang terkeluar) tetapi beliau lupa tulang belakang yang mana terkeluar tu.

Sepanjang 22 tahun ini, Puan Maria boleh ‘adapt’ dan tahu bagaimana cara mengurangkan sakit belakangnya. Salah satu cara adalah mengambil ubat tahan sakit seperti arcoxia, voren dan ponstan.

Namun, sejak 4 bulan lalu, Puan Maria tidak dapat lagi bertahan dengan sakit belakangnya lalu mengikut cadangan kawannya untuk datang mengurut dengan kami.

Menurutnya, jika disc tulang belakang, dia takut untuk urut dengan tukang urut yang tidak mahir mengenai saraf. Doktor pernah menasihatinya untuk tidak mengurut tetapi kali ini beliau sangat sakit.

Apa yang dipelajari oleh kami, urutan ada tekniknya bagi saraf. Urutan dapat melembutkan otot namun dengan urutan sahaja tidak dapat memasukkan semula disc di dalam jalur tulang belakang. Ianya perlu melakukan rawatan fisioterapi, senaman tulang belakang ataupun kiropraktik/osteopath.

Apabila beliau menunjukkan CT Scan yang dilakukan, ianya menunjukkan Puan Maria mengalami sakit belakang ‘myelography’, central spinal canal stenosis with multiple level lumbar degenerative disc disease dan grade 1 spondylilisthesis L5-S1. Maksudnya, ada saraf yang terkepit di tulang belakang 5 dan sacrum (punggung) 1.

Puan Maria juga sudah mengambil cucuk ubat di belakang (epidural steroid injection) 4 bulan lalu yang memberikannya sedikit kelegaan pada sakit belakangnya namun kebas di kakinya tiada perubahan.

Beliau mengatakan sakitnya berkurang 40-50 peratus sahaja dengan cucuk ubat di pinggangnya itu.

Doktor memberinya tempoh 6 bulan, jika sakit belakangnya masih teruk, doctor pakar akan melakukan pembedahan tulang belakang supaya saraf tulang belakangnya tidak lagi tersepit.

Beliau pernah melakukan rawatan fisioterapi beberapa tahun lepas namun tidak konsisten dengan rawatan. Katanya, fisio meletakkan tuam panas dan meninggalkannya keseorang dan selepas itu memintanya melakukan senaman, dan pulang ke rumah. Beliau merasakan senaman tersebut boleh lakukan sendiri di rumah kerana beliau suka melakukan regangan badan, bukannya tiada masa dan malas seperti kebanyakan orang. Hahahaha. Saya tergelak apabila beliau mengatakan seperti itu.

Beliau juga pernah melakukan urutan Bali, therapist tersebut meletakkan tungku panas yang mengandungi herba di dalamnya. Keesokan harinya, sakit belakang dihadapi terus hilang. Namun, lama-kelamaan, sakitnya datang kembali.

Lalu saya katakan, sebenarnya rawatan fisioterapi adalah salah satu alternatif yang terbaik, tanpa ubat, tanpa pembedahan, cuma jika saraf tersepit perlu juga melakukan “lumbar traction”, dengan meregangkan tulang belakang tersebut dan beberapa terapi manual yang lain.

Beliau juga katakan sakit belakangnya dan kebas di kaki makin ketara apabila beliau bermain tenis dalam 15 ke 20 minit, membongkokkan badan untuk membersihkan rumah, vacuum, mengangkat bakul untuk menjemur pakaian, berjalan atau berdiri lama.

Contohnya, jika ke shopping mall, beliau akan cepat – cepat mencari kerusi untuk duduk sebentar. Tahap kesakitan yang di hadapi adalah 5/10.Tujuan utamanya datang ke My Rehab Spa adalah beliau ingin bermain tenis tanpa gangguan sakit belakang dan kebas kaki dan mengelakkan pembedahan.

Kemudian, saya melakukan pemeriksaan fizikal terhadapnya. Puan Maria mengalami hyperlodosis (tulang belakang ke depan). Beliau boleh menunduk ke bawah, ke belakang dan ke tepi dengan posisi berdiri tanpa sakit. Apabila melakukan Stork Test (berdiri satu kaki) dapat dilihat sepertinya Puan Maria mempunyai masalah dengan sendi punggung (sacroiliac joint).

Apabila melentang, beliau terasa sakit apabila saya menekan tulang punggung depan, bahagian bawah perut dan ke tepi belah kanan berbanding kiri (inguinal ligament, psoas and iliacus).

Apabila beliau meniarap, saya menekan tulang belakang dan sendi punggung. Ada beberapa tempat yang beliau mengalami kesakitan (tenderness).

Selepas itu, saya mengatakan kepadanya, adalah lebih baik kita melakukan urutan di bahagian belakang sahaja dahulu. Jika sudah tidak kebas, maka bolehlah melakukan urutan seluruh badan. Rawatan yang saya lakukan akan meliputi urutan, bekam dan akupuntur. Beliau bersetuju.

 

Saya melakukan beberapa rawatan. Di bahagian tulang belakang, saya gerakkan sendi L4-S3 untuk mengenalpasti facet joint ketat atau tidak.

Kemudian, pergerakan tulang belakang beserta pergerakan kaki (muscle energy technique) beserta urutan trigger point (orang kita mengatakan ini adalah urutan fisio, sebenarnya ia ada nama tertentu).

Saya urut bahagian tulang belakang dan kawasan perut dan peranakan kerana bagi orang perempuan, sakit belakang ada kaitan dengan peranakan.

Ketiga, saya menarik kaki Puan Maria untuk lumbar traction.

Ke-4 saya meletakkan jarum akupuntur. Ada yang takut jarum, selalunya saya akan menggantikan dengan TENS.

Ke 5 saya memintanya melakukan senaman tulang belakang dan sendi punggung. Tiga senaman saya pilih dan akan ditukar pada sesi akan datang. Senaman ini juga akan dilakukan di rumah.

Beliau mengatakan, pernah melakukan senaman ini suatu masa dahulu.

Senaman membantu proses penyembuhan dari peradangan kawasan tulang belakang secara berterusan selepas pulang dari rawatan. Ini kerana, kawasan sakit perlu sentiasa dirangsang dan ditekan bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Akhirnya, selepas 11 sesi dalam masa 2 bulan, beliau tidak lagi mengambil ubat tahan sakit dan dapat melakukan aktiviti mengemas rumah lebih lama tanpa gangguan sakit. Puan Maria juga dapat bermain tenis lebih daripada sejam setengah.

Kadang – kadang beliau ada rasa sakit tetapi sedikit sahaja, boleh tahan. Beliau meletakkan hot pack di bahagian belakang dan terus melakukan senaman yang diajar.

Namun, saya katakan, sebulan sekali eloknya melakukan urutan badan (deep tissue massage) supaya otot yang tegang dapat dilembutkan dan mengekalkan kesihatan tulang belakang.

My Rehab Spa, Bukit Sentosa, Rawang. 012 9689707