Urutan Spa yang berkesan Untuk Melegakan Kesakitan Otot Selepas Senaman Berat

Kecergasan fizikal merupakan aspek penting dalam rutin harian kita. Sesetengah orang akan melakukan senaman sehingga melebihi dari kadar biasa (selalunya melakukan high intensity exercise). Selalunya kita melakukan senaman berat ini sebagai cara untuk menurunkan lebih banyak berat badan dan cepat membina jisim otot.

Selain itu, menurunkan berat dan membina jisim otot mestilah selari dengan pilihan makanan yang kaya protein. Ada juga yang memilih alternatif vegan dan mencari protein dari tumbuh-tumbuhan untuk kesihatan terbaik mereka.

Melakukan senaman dan pengambilan makanan diet yang sihat itu menarik tetapi selepas setiap sesi senaman, “the struggle is real.”

Ini kerana badan akan mengalami kesakitan otot yang melampau disebabkan pemulihan yang dinamakan “delay onset muscle soreness”.

Ada sesetengahnya terpaksa berjalan senget ataupun terkangkang kerana kesakitan pada otot betis, paha, punggung seperti quadricep dan hamstring.

Pemulihan ataupun dipanggil “recovery” adalah masa terbaik untuk menstabilkan semula sistem badan sesuai dengan pengurangan berat badan ataupun penambahan berat badan. Jika anda sedang mencari cara terbaik untuk membantu otot anda pulih, maka urutan spa adalah penyelesaian yang sempurna!

Berikut adalah pilihan spa dan kesihatan terbaik untuk anda:

  1. Terapi Mandian Ais atau Panas

Mandian ais mempunyai keupayaan untuk mengecutkan salur darah yang pecah disebabkan oleh keradangan (otot tegang).

Mandian air panas dapat melancarkan lagi perjalanan darah.

Jika anda seorang yang tidak suka urutan badan penuh, terapi mandi ais adalah satu alternatif yang hebat.

Hidroterapi (terapi air) akan membantu otot anda berehat dan dalam masa yang sama dapat melegakan kesakitan. Rawatan air seperti ini bukan sahaja membantu orang yang mengalami kecederaan tetapi juga membantu individu yang mengalami kemurungan dan kebimbangan.

Untuk mendapatkan faedah yang paling bagus daripada mandi panas atau sejuk, pilih suhu yang paling sempurna dan jangan mandi terlalu lama. Mandian panas atau sejuk selepas 10 hingga 20 minit sudah cukup untuk meringankan kekejangan tersebut. Boleh rujuk artikel ini.

Oleh kerana tubuh manusia tidak tahan dengan sejuk, anda juga boleh mempertimbangkan untuk mempunyai suasana yang hangat untuk mengalami relaksasi badan secara penuh sebelum anda menyambung kembali senaman fizikal.

2) Urutan Swedish (urutan relaksasi)

Ini adalah jenis urutan yang paling biasa yang dilihat di gimnasium, spa, pusat urut, dan pertubuhan kesihatan lain.

Ahli terapi urut akan menggunakan losyen atau minyak pati dan bermula dengan teknik strok asas. Kemudian, ia perlahan-lahan beralih kepada titik tertentu yang membantu kawasan terdapat kesakitan melampau yang anda rasakan. Boleh lihat di sini.

Pertama, pelanggan akan merasakan urutan strok yang panjang dan licin sepanjang otot. Contohnya sepanjang betis, dari atas ke bawah. Ianya menggabungkan teknik menguli, bergolek, dan mengubah tekanan untuk mengurangkan ketegangan otot yang dipanggil muscle knot tersebut.

Selepas itu, diikuti urutan bulatan kecil. Beberapa ketukan percussion seperti gerakan goyang dan tepukan kemudian digunakan untuk menamatkan kekakuan urat tersebut.

3) Urutan Sukan

Urutan sukan  menggunakan tekanan strok yang dalam. Fokusnya lebih kepada otot dan ‘deep tissues’ dengan menggunakan teknik picitan dan urutan khas. Masa urut akan tekankan lebih pada ‘pressure points’ yang berkaitan untuk membantu otot bergerak dan mengurangkan tekanan pada otot.

4) Hot Stone Massage

Kaedah ini menggunakan batu-batu yang dipanaskan.

Sebaik sahaja batu mencapai suhu yang sempurna, ahli terapi urut akan meletakkan batu hangat pada titik badan yang terjejas. Batu-batu yang digunakan biasanya batu gunung berapi atau batu sungai yang boleh mengekalkan haba dengan baik.

Apabila haba dapat melegakan (relax) otot, ahli terapi akan perlahan-lahan mengurut kawasan badan menggunakan batu licin.

Proses ini kemudiannya diulang beberapa kali. Anda boleh melihat dengan cepat kesan pengurangan ketegangan otot.

Sekiranya anda mempunyai penyakit kardiovaskular, kencing manis, atau tekanan darah tinggi, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor sebelum melakukan apa-apa rawatan.

5) Deep Tissue Massage

Urutan ini menggunakan tekanan yang lebih. Berbanding dengna Swedish/ Relaxation yang banyak menggunakan tapak tangan dan Teknik strok yang panjang dari sendi ke sendi, urutan Deep Tissue lebih melibatkan  penggunaan ibu jari.

Lebih spesifik kepada otot yang tegang mengandungi muscle knot atau orang kita memanggilnya biji angin.

8) Sauna

Ini mesti dilakukan beberapa hari selepas senaman berat untuk mengelakkan dehidrasi. Sauna direka untuk menberikan tenaga dan memulihkan tubuh badan.

Di dalam sistem terapeutik ini, saluran darah berehat dan melebar. Ini membantu aliran darah meningkat, mengurangkan otot yang sakit, dan melegakan ketegangan pada sendi. Sesi mingguan dalam sebulan mungkin perlu bagi anda untuk mengalami manfaatnya.

Lihat badan anda seperti telur rapuh, bukan kacang. Ia memerlukan rawatan badan penuh sekali-sekala.

Kesakitan yang sedikit boleh bertukar menjadi kesakitan kronik dengan cepat jika tidak dirawat dengan betul. Biarkan badan anda dibelai dan dipulihkan supaya kesakitan itu reda sebelum meneruskan rutin fizikal anda yang menggembirakan.

Mungkin urutan memerlukan banyak duit tetapi harus diingat, sakit juga memerlukan ubat yang mempunyai kos yang lebih besar lagi (Petikan buku 5am Club oleh Robin Sharma: tabiat untuk menjadi jutawan).

Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati.