Bawa beg berat faktor sakit belakang ke?

Semalam ada seorang adik kepada kawan saya bertanyakan mengenai slip disc. Selepas bercerita, dia katakan apabila dia bawa beg berat mesti sakit belakang. Jadi, bawa beg ni boleh buat sakit belakang ke?

Menurut American Chiropractic Association, separuh daripada rakyat Amerika menghidapi sakit belakang. Lebih menyedihkan, negara mereka menghabiskan sekurang-kurangnya $50 billion USD setiap tahun untuk menyembuhkan sakit belakang. Kalau mahu tahu beg yang anda duk angkut ke hulu ke hilir tu salah satu punca kejahatan dan kesakitan ini!

Malaysia pun apa kurangnya. Pergilah hospital kerajaan atau swasta, banyak kes back pain di unit fisioterapi. Lebih parah, ramai lagi yang buat tak tahu je bila sakit sikit- sikit, bila dah tak tahan baru pergi cari doktor sebab nak ubat tahan sakit. Buat exercise nya malas pula. #bebel la pula saya ni kan. Hahaha.

Menurut Dr. Robert A. Hayden, seorang doktor kiropraktik dan pengasas The Iris City Chiropractic Center di Atlanta dan Dr. Karen Erickson yang berkhidmat di salah satu klinik di New York mengatakan beg kesayangan kita miliki itu sebenarnya membahayakan belakang kita dan mencadangkan beberapa cara membawa beg untuk mengurangkan risiko sakit belakang.

Meh kita tengok ye.

BILA ANDA BAWA BEG BERAT:

1) GAYA BERJALAN YANG NATURAL TELAH HILANG:

Dr. Erickson mengatakan bahawa membawa beg sebelah bahu ini telah mengganggu kitaran gaya berjalan normal kita. Gaya jalan semula jadi kita adalah menghayun kaki dan tangan kedua bahagian badan dengan sekata supaya keseimbangan badan dapat dikekalkan tetapi apabila membawa beg di sebelah bahu sahaja, tangan terbabit tidak bergerak manakala tangan sebelah lagi akan dihayun lebih laju dari biasa.

Bahu di bahagian beg juga akan tinggi sebelah dari bahu lain untuk mengelakkan tali beg melurut ke bawah. Ia telah menyebabkan tulang belikat (scapular) tidak selari dengan bahagian sebelah. Orang yang punya skoliosis perlu teliti tentang hal ini.

2) OTOT DI BAHAGIAN BAHU TIDAK STABIL: Bila bahu tinggi sebelah, otot trapezius atas lebih kuat bekerja dari bahu sebelah. Bahagian atas badan menjadi tidak simetrikal dan mengubah pusat graviti di badan kita.

Lama kelamaan bahu anda akan menjadi keras, sakit dan tidak selesa. Ketidakseimbangan ini juga menyebabkan sakit pinggang dan kawasan sekitar bahu kerana mereka perlu bekerja keras untuk menutup kesakitan yang dialami di bahagian bahu.

3) ANDA JUGA AKAN SAKIT KEPALA: Apabila otot- otot dipaksa bekerja keras untuk menampung beban beg yang berat, otot di bahagian bahu dan leher akan mengeras (spasm). Ini boleh menyebabkan kesakitan di tengkorak kepala bahagian bawah dan menarik ke arah kepala juga. Sebab itulah ramai juga tukang urut tradisional akan mengurut di bahagian belikat dan bahu apabila pesakit mengadu sakit kepala. Saya selalu menggunakan teknik urutan 5 beradik untuk kes seperti ini. 🙂

Mesti anda tertanya- tanya habis tu, tak perlu bawa beg ke? Barang nak letak mana? haih susah, susah…

Haa,

CARA – CARA BETUL MEMBAWA BEG CANTIK ANDA TU

1) TUKAR BAHAGIAN BAWA BEG BERULANG KALI Jika sebelum ini bahagian kanan, 15 minit kemudian bawalah pula di bahagian kiri. Setiap 15 minit, ubahlah posisi beg itu ye. Seeloknya kurangkanlah berat beg anda.

2) SANGKUT BEG DI BAHU, ELAKKAN JINJIT DI TANGAN

Apabila beban yang banyak di genggaman, ia boleh menyebabkan kecederaan (muscle strain/ tendinitis) di bahagian siku anda. Bawalah dua atau tiga beg plastik yang berat di tangan daripada satu beg plastik tapi muatan sangat berat. Seeloknya gunakanlah troli yang disediakan jika di pasar raya.

 

3) BUAT  SENAMAN KEMUT

Senaman ni dengan keadaan seperti tahan kencing. Senaman ini mampu menguatkan otot utama abdominal dan menguatkan tulang belakang anda. Sambil2 jalan pandang sekeliling, buatlah senaman ini ye.

 

4) PERTIMBANGKAN BEG SILANG atau BEG GALAS

Silang beg berat anda ataupun galas kerana ia menggunakan kedua-dua bahu. Otot belakang akan digunakan sama rata untuk membawa beban beg dan anda telah mengurangkan sakit belakang.

Saya memang selalu silang beg sebab orang skoliosis macam saya takut sangat kalau sakit belakang datang. Memang tak boleh buat kerja. Bukan masa ootd sahaja taw. Huhu.

ootd mokici ni bolehla. tapi bila berjalan, load beg yang ada barang dah ke bawah. Bahu akan terasa sakit jika isi di dalam beg berat.

Untuk anak-anak yang masih sekolah, nasihatkan anda anda untuk  membawa beg seperti ini ya,

Semoga perkongsian cara membawa beg yang betul ini dapat membantu anda menjaga postur badan dan mengelakkan sakit belakang.

Ingat! waktu muda memangla tak rasa sakit sebab healing process cepat, tetapi bila masuk 40-an ke atas anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Bawa beg yang salah mempengaruhi sakit belakang anda. Ingat tu ye..

 

Rawatan yang Sangat Berkesan untuk Sakit Belakang

Sama ada disebabkan oleh arthritis, masalah struktur atau saraf, membongkok dengan cara yang salah, atau mengangkat sesuatu yang terlalu berat, sakit belakang sangat mengecewakan bagi semua orang. Tetapi jika anda sedang merasakan kesakitan ini, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.

Kebanyakan orang mengalami sakit belakang sekali dalam kehidupan mereka, dan ia adalah salah satu sebab yang paling biasa orang membuat temujanji doktor dan mengambil MC. Ia juga salah satu penyebab utama ketidakupayaan di seluruh dunia.

Pada awal Ogos yang lalu, saya telah mendaki Gunung Semeru di Surabaya, Jawa Timur. Kami terdiri daripada 19 orang. Penganjur pendakian itu merupakan pasangan suami isteri yang gemar melakukan aktiviti pendakian. Suami yang kami panggil Jebat ini bercerita bagaimana permulaan dia meminati ‘hiking’. Rupa –rupanya Jebat pernah gemuk dan hampir seperti lumpuh separuh badan disebabkan keadaannya yang mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Beberapa hari beliau hanya baring di atas katil tanpa dapat melakukan apa- apa. Selepas beberapa hari, dia mampu berdiri sedikit dan dia mula pergi mendaki. Selepas daripada itu, sakit di pinggang yang doktor mendiagnos sebagai slipped disc yang menyebabkan dia tidak mampu bangun dari katil malah berdiri dan berjalan terus hilang. Kini, dia sangat berstamina dan tidak lagi mengalami sakit belakang.

Konklusinya, melakukan senaman berkala penting untuk sihat tanpa perlu melakukan rawatan di bawah. Namun, jika anda tidak mampu menjadi seperti Jebat, sila habiskan bacaan anda.

Rawatan sakit belakang adalah berkisar dari biasa-biasa sehingga rumit, dan tahap kesakitan anda bergantung kepada berapa lama anda telah sakit, keparahan dan lokasi kesakitan anda, dan sama ada kesakitan anda adalah struktur atau otot.

Tetapi dalam mana-mana kes, anda mungkin memilih rawatan bermula dengan ubat-ubatan yang konservatif, herba dari rumah sebelum anda pergi ke rawatan yang dibantu oleh doktor. Betul – betul? Jika betul, di sini saya senaraikan beberapa tips atau nota rawatan dari rumah untuk masalah sakit belakang.

1- Ubat anti-radang

Walaupun anda bersabar, ubat anti-radang nonsteroidal (NSAID) seperti ibuprofen (Motrin, Advil) atau naproxen (Aleve) dapat membantu meringankan kesakitan yang anda alami. Penyelidikan di sebalik garis panduan perubatan untuk sakit belakang mendapati bahawa ini boleh memberikan sedikit kelegaan yang lebih baik daripada acetaminophen (Tylenol). Sepanjang tempoh yang lama, NSAIDs boleh menyebabkan masalah gastrointestinal, jadi jangan mengambilnya lebih daripada 10 hari tanpa berunding dengan doktor anda.

2- Terapi ais dan panas

Untuk ais, ia sesuai dilakukan sewaktu mula-mula sekali (48 jam pertama) anda merasakan belakang anda sakit. Letakkan ice pack atau ketulan ais di dalam plastik dan letakkan di kawasan sakit untuk 48 jam pertama selepas kesakitan dirasakan, dan meletakkannya selama 20 minit setiap sesi, 2 -3 sesi sehari. Tujuan ais ini adalah untuk mengecilkan kapilari darah supaya megurangkan kelajuan darah ke arah kapilari darah yang telah putus disebabkan inflamasi dan ia membantu mengurangkan bengkak melalui pengurangan bendalir yang berkumpul di kawasan terbabit.

Menurut Lisa DeStefano, profesor bersekutu di Michigan State University College of Osteopathic Medicine di East Lansing, dingin (ais) dapat menggagalkan kemampuan saraf anda untuk melakukan isyarat sakit. Panas, sebaliknya, melonggarkan otot yang ketat dan meningkatkan peredaran, membawa oksigen tambahan untuk penyelamatan.

Disebabkan itu, selepas tiga hari sakit barulah boleh meletakkan “hot pack” untuk mengembalikan kelancaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan di kawasan sakit terbabit.

3- Kasut yang menyokong

Menurut kajian Rheumatology, beberapa masalah belakang bermula dari kaki. Wanita yang kaki menjurus ke dalam apabila mereka berjalan (yang dikenali sebagai inversion) mungkin terdedah kepada sakit belakang. Satu lagi kajian mendapati bahawa membetulkan masalah dengan orthotics boleh membantu.

 

4- Jenis Tilam

Berapa lama katil anda?

Anda mungkin terkejut mengetahui bahawa jangka hayat purata tilam adalah kurang daripada 10 tahun.

Menurut Sean Mackey, ketua “pain medicine” di Stanford University berkata “jika tilam anda kendur dengan ketara iaitu lebih dari 6 hingga 8 tahun, saya akan berfikir tentang mendapatkan satu lagi. Beberapa kajian sepanjang tahun menunjukkan bahawa orang yang kurang mengalami sakit belakang adalah orang yang tidur di atas tilam yang sedang- sedang keras berbanding tilam yang keras.

 

5- Senaman dan regangan

Teknik regangan, berjalan kaki, dan berdiri melakukan regangan selepas lama duduk di atas kerusi boleh membantu menstabilkan tulang belakang anda dan mencegah ketidakseimbangan otot (muscle imbalance). Melakukan yoga juga boleh membantu proses rehabilitasi sakit belakang.

6- Berfikiran Positif

Sakit belakang sememangnya tidak berada di dalam fikiran anda namun apa – apa yang ada dalam fikiran anda boleh menjadi lebih teruk. “Ketakutan, kebimbangan, dan bencana dapat menambahkan rasa sakit,” kata Mackey.

“Orang yang sering berfikir negatif tetang kesakitan dialami tidak akan menjadi lebih baik atau mampu sembuh.”

Oleh kerana litar otak yang memproses kesakitan bertindih secara mendadak dengan litar yang terlibat dengan emosi dan panik yang diterjemahkan ke dalam kesakitan yang sebenarnya.

Terapi kognitif-tingkah laku (Cognitive Behavioral Therapy) membantu anda mengenali dan menyusun semula pemikiran negatif. Pernafasan yang mendalam dapat membantu juga, seperti yang hanya dapat menyinari cahaya pada pemikiran gelap. “Mula dengan menerima bahawa anda mempunyai kesakitan,” kata Mackey. “Kemudian katakan kepada diri sendiri, ia akan menjadi lebih baik.”

7- Rawatan sakit belakang yang lain

Jika sakit belakang anda tidak diselesaikan dalam masa 4-6 minggu, anda selalunya akan membuat temu janji dengan doktor anda. Doktor anda akan memeriksa belakang anda dan meminta anda duduk, berdiri, bengkok, berjalan kaki, dan angkat kaki anda untuk melihat bagaimana kesakitan anda menjejaskan pergerakan anda. Anda mungkin akan diminta untuk menilai kesakitan anda pada skala 1 hingga 10, dan anda mungkin diminta untuk melakukan ujian spesifik seperti x-ray atau MRI jika ianya teruk contohnya sehingga ada rasa kebas di kaki. Anda mungkin diminta untuk mencuba salah satu daripada terapi ini:

  • Ubat relaksasi otot (muscle relaxants): Jika ubat-ubatan yang “over-the-counter”  tidak membantu, doktor anda mungkin memberi ubat yang dapat meredakan kekejangan/ketegangan otot belakang (muscle spasm) yang menyakitkan. Ada sesetengah orang punya kesan sampingan termasuklah keletihan dan pening.
  • Ubat sakit topikal: Krim dan salap ini bertujuan untuk disapu secara terus ke kawasan yang sakit.
  • Suntikan kortison: Jika langkah rawatan lain gagal, doktor anda boleh mengesyorkan suntikan kortison atau anti-radang yang kuat. Terdapat risiko lain termasuklah penipisan tulang yang berhampiran dan ianya dapat menahan sakit untuk beberapa bulan sahaja. Selepas itu, akan kembali sakitnya.

8- Terapi fizikal

Fisioterapis akan mengajar anda untuk melakukan regangan  untuk sakit belakang anda serta senaman untuk membetulkan apa-apa ketidakseimbangan yang mungkin membawa kepada kesakitan anda. Fisioterapis akan merawat anda bergantung kepada punca dan keterukan sakit belakang anda seperti ultrasound, stimulasi elektrik, dan terapi pelepasan aktif.

9- Ubatan alternatif

Akupunktur:

Menurut satu kajian pada tahun 2013, akupunktur boleh memberi lebih banyak kelegaan daripada ubat penahan sakit. Dalam 11 kajian lebih daripada 1100 orang, ramuan perubatan Cina ini mengurangkan gejala sakit belakang daripada rawatan simulasi dan dalam sesetengah kes, NSAIDs. Jarum muncul untuk mengubah cara saraf anda bertindak balas dan boleh mengurangkan keradangan di sekitar sendi (yang merupakan salah satu manfaat terapi).

Urut:

Disebabkan ketidakselesaan pada belakang anda, anda akan berfikir untuk mendapatkan urutan mingguan. Satu kajian mendapati bahawa orang yang melakukan urutan struktur yang disasarkan pada bahagian belakang badan mengalami pengurangan sakit belakang selepas 10 minggu berbanding dengan kumpulan kawalan. Terapi osteopati dan kiropraktik membantu meregangkan sendi dan otot dan diposisikan semula. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Annals of Family Medicine.

Kesakitan belakang boleh menjadi sangat mengecewakan, dan di bawah pisau mungkin kelihatan seperti pembetulan yang paling cepat, paling mudah untuk membawa kelegaan. Tetapi sebenarnya, sangat sedikit orang yang memerlukan pembedahan untuk menguruskan sakit belakang mereka.

Semoga tips dan nota rawatan ini dapat membantu anda merawat masalah sakit belakang anda.