Bagaimana Urutan Memberi Faedah pada Kesihatan Jantung kita

Tanpa mengira usia, terapi urutan yang dilakukan oleh ahli terapi yang mahir dan berkelayakan boleh mengurangkan tekanan, menyebabkan kelonggaran (relaksasi) badan dan memberikan perasaan nyaman. Urutan yang baik boleh merangsang hujung saraf pada kulit, merembeskan hormone endorfin (hormon yang baik) dan menghalang hormon tekanan kortisol dan adrenalin.

Peningkatan hormon endorfin dapat mengurangkan tekanan, kebimbangan dan gemuruh jiwa, meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan kita optimis, mengurangkan berat badan dan mengurangkan kesakitan sewaktu melahirkan anak.

 Darah akan beredar dengan lebih cekap, tekanan darah dan kadar degupan jantung juga akan kembali normal.

Urutan badan yang berkala boleh mengurangkan risiko sakit yang berkaitan dengan tekanan, seperti cardiac arrhythmias: aritmia jantung (pam jantung kurang berkesan, jadi kurang darah sampai ke otak dan organ-organ penting yang lain).

Beberapa kajian jangka panjang telah menunjukkan bahawa urutan badan yang konsisten boleh mengurangkan tekanan darah diastolik dan sistolik yang tinggi kepada normal.

Tekanan darah yang normal akan mengurangkan kemungkinan seseorang mengalami serangan jantung.

Terapi urut mengurangkan otot-otot yang tegang, asyik dikontrak/ digunakan untuk melakukan rutin harian tu kan, dan akan menolak darah venous ke arah jantung, meredakan ketegangan pada otot jantung.

Dengan cara ini, urutan badan adalah kaedah yang mengurangkan kesakitan tanpa ubat, tidak invasif dan membolehkan badan untuk sembuh sendiri secara semulajadi.

Ada kajian menyatakan bahawa terapi urut boleh menggerakkan sistem saraf pesakit dari simpatetik kepada parasimpatetik. Sistem saraf simpatetik bantu menggerakkan badan untuk tindak balas kepada sesuatu ( fight-or-flight response), yang meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan, dan menyebabkan saluran darah sempit. Sebaliknya, sistem saraf parasympathetic mewujudkan tindak balas berehat pada badan. Contohnya, mengurangkan kadar degupan jantung dan pernafasan, dan diameter salur darah yang diluaskan.

Terdapat peningkatan bilangan kajian penyelidikan mendedahkan bahawa urutan badan dapat mengurangkan kadar degupan jantung, menurunkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah.

Satu kajian perintis yang dijalankan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles menunjukkan bahawa terapi urutan yang dilakukan pada pesakit selepas pembedahan pintasan jantung dapat mengurangkan kesakitan dan kekejangan otot.

Terapi urut biasanya dilakukan oleh ahli terapi urutan yang terlatih untuk memanipulasi tisu lembut badan iaitu otot, kulit, tendon dan ligament. Terapi urutan secara amnya selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk jika dilakukan oleh ahli terapis urutan yang profesional.

Oleh kerana urutan dapat meningkatkan perjalanan darah, ia memudahkan pengaliran nutrien penting dan kadar oksigen ke dalam sistem badan anda.

Teknik gliding dan effleurage yang dilakukan oleh ahli terapi urut ke atas kulit meberikan kesan yang menenangkan pada saraf. Kajian perubatan meyatakan ianya boleh membantu mengurangkan tekanan atau depresi, kemurungan dan sukar tidur.

Bagi mereka yang tidak melakukan senaman fizikal yang mencukupi, urutan badan secara bulanan sangat disyorkan. Perlu diingat bahawa kesan urutan biasa adalah kumulatif. Jika matlamatnya adalah untuk kebaikan masalah kesihatan, urut setiap minggu atau dua minggu boleh membantu seseorang berasa lebih baik dan mengurangkan ketegangan dan tahap tekanan.

Jika anda wanita di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, ingin mendapatkan urutan oleh terapis profesional kami, bolehlah hubungi kami di 012 968 9707. Fb My Rehab Spa.