Kami di My Rehab Spa menawarkan urutan Swedish untuk pelanggan kami. Urutan Swedish ini adalah urutan asas bagi graduan Fisioterapis dan ianya berbeza dari jenis urutan yang lain. Namun, kami juga menyediakan urutan tradisional dan yumeiho mengikut cita rasa dan keberkesanan yang anda rasakan pada tubuh anda.
Di sini saya kongsikan kepada anda apa yang kami lakukan semasa ssi urutan di My Rehab Spa
1- Persiapan Terapis
–Pakaian terapis hendaklah longgar, selesa, sesuai
– Tangan terapis bersih dan berkuku pendek tanpa sebarang perhiasan tangan dan pergelangan tangan
– Rambut terapis – mengikat atau klip rambut panjang atau bertudung
– Bau badan terapis yang wangi
– Pelincir – losyen, minyak, krim, serbuk
– Senaman pemanasan badan dan regangan
– Minuman dan tuala kecil untuk mengelap peluh
2- Persekitaran
– Mewujudkan suasana yang mesra dan selesa
– Menggunakan lampu lembut untuk suasana yang lebih santai
– Suhu bilik yang bersesuaian, tidak terlampau sejuk, tidak terlampau panas
– Boleh memainkan muzik yang menenangkan
– Bau aromaterapi yang menenangkan
3- Persediaan Pelanggan
- Menggunakan kain batik yang mudah didedahkan
- Bersedia untuk diurut
4- Teknik yang digunakan
- arah yang digunakan selalunya centripetal,jarang centrifugal, mengikut arah aliran vena dan aliran limfatik
- Tekanan bermula dari lembut menggunakan hujung jari sehingga tekanan kuat untuk “deep tissue”.
- Kadar dan ritma- Tangan yang relaks, mulakan dengan ritma perlahan, tingkatkan ritma tekanan semakin kuat perlahan-lahan. Variasikan gaya dan teknik dengan tujuan stimulasi atau melembutkan.
- Tempoh masa- mengikut keadaaan pesakit, umur, tahap kesakitan. Urutan biasanya sejam ke 2 jam untuk hasil yang optimum.
- Kekerapan bergantung keadaan pesakit. Boleh jadi sebulan sekali, atau sekali seminggu, bila semakin pulih, beberapa bulan sekali.
5- Kedudukan Urutan
- Elakkan hanya menggunakan tangan dan bahu. Gunakan pergerakan dan berat badan untuk meningkatkan tekanan urutan dan mengelakkan anda lenguh tangan apabila mengurut terlalu lama. Jaga tenaga anda untuk pelanggan seterusnya.
6- Teknik Urutan Swedish
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan seperti carta di bawah. Ianya di dalam bahasa Inggeris kerana ini adalah nota dari lecturer kami.







Semoga ianya membantu anda semua. Jika anda ingin merasai teknik urutan ini, boleh datang ke My Rehab Spa, Bukit Sentosa, Rawang dan hubungi 012-968-9707 untuk maklumat lanjut.


