Sasaran utama penyelidikan saintifik adalah untuk mengenal pasti garis terapeutik yang lebih baik berkaitan dengan perubatan, penemuan ubat dan rawatan penyakit dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup dengan lebih berekonomi.
Rawatan farmakologi kepada penyakit manusia bertindak dengan memperkenalkan dadah ke tubuh manusia melalui laluan sistem yang berlainan. Terdapat beberapa rawatan perubatan konvensional yang mengeluarkan keradangan berbahaya, bahan kimia atau bahan lain yang tidak diingini daripada badan manusia selain daripada pengambilan ubat-ubatan dan pembedahan.
Malangnya, amalan perubatan dan penyelidikan perubatan moden menumpukan lebih kepada rawatan yang memperkenalkan ubat-ubatan baru dan bahan kimia kepada tubuh manusia tanpa mengeluarkan bahan berbahaya yang sedia ada dalam badan.
Memandangkan masalah perubatan yang tidak boleh diubati sehingga sekarang, berlaku peningkatan bilangan pesakit di seluruh dunia, kami mencadangkan salah satu daripada rawatan yang paling kontroversi antara pengamal perubatan iaitu terapi bekam.
Dalam artikel ini, kami mengkaji secara spesifik mengenai terapi bekam, sambil memberi perhatian khusus kepada mekanisme tindakan secara saintifiknya.
Banyak salah faham yang dibangkitkan mengenai bekam timbul daripada kekurangan pemahaman bagaimana ia berfungsi dan sejauh mana ia boleh memberi manfaat kepada pelbagai jenis penyakit.
Hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan “The best among what you use in therapy is Al-hijamah (prophetic method of WCT) yang mendorong kami untuk mencari dan menubuhkan mekanisme saintifik berasaskan bukti mudah untuk mencari jawapan mengenai bagaimana terapi bekam berfungsi dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit.
Terapi Bekam untuk Rawatan Akut dan Kronik
Keadaan sakit kronik merupakan satu cabaran besar kepada doktor sekarang kerana ianya sukar untuk dirawat walaupun terdapat senarai panjang kelas ubat yang boleh digunakan. Kesakitan kronik berlaku pada rheumatoid arthritis (RA), fibromyalgia, kesakitan bukan kronik pada mulanya. Rawatan farmakologi untuk kesakitan termasuklah ubat anti-radang bukan steroid, steroid dan sehingga penggunaan opioid.
Dalam banyak kes, pesakit tidak boleh bertolak ansur dengan kesan sampingan rawatan yang mungkin memaksa mereka untuk hentikan rawatan.
Kajian lepas mendedahkan terapi bekam dapat melegakan kesakitan herniasi cakera lumbal, herpes zoster, spondylosis serviks, RA, brachialgia paraesthetica nocturna, CTS, gouty, artritis, fibrositis, firomyalgia, sakit belakang, sakit leher tidak khusus kronik, osteoarthritis kronik, neuralgia trigeminal akut, sakit kepala dan migrain.

Diolah dari jurnal
El Sayed, S. M., Mahmoud, H. S., & Nabo, M. M. H. (2018). Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Alternative Integrated Medicine, (January). https://doi.org/10.32388/234874
Enter your text here...

