fbpx

WANITA KAN SELALU KELUAR DARAH KOTOR MELALUI HAID/ PERIOD, KENAPA PERLU BERBEKAM LAGI?

Ada soalan dari pelanggan yang bertanya kepada kami, “Saya sudah lama menyimpan hasrat ingin berbekam. Orang kata, perempuan kan dah keluarkan darah ‘kotor’ melalui haid setiap bulan, jadi tidaklah perlu kita berbekam. Tunggu menopause dulu baru bekam untuk keluarkan darah kotor. Betul ke?

Apabila dapat sesuatu informasi, hindari dari melakukan andaian sendiri dan menerima sepenuhnya tanpa meminta pandangan pihak lain.

Istilah darah kotor itu hanyalah istilah yang diguna pakai orang tua-tua untuk menggambarkan darah haid yang dikategorikan sebagai hadas besar dalam islam. Darah yang disiapkan di dalam rahim adalah darah yang sangat tinggi kadar oksigen untuk persediaan tempat penempelan embryo, iaitu zuriat yang bakal dikandungkan. Darah yang sangat tinggi kadar oksigen bermaksud ini adalah darah yang bersih dan mengandungi nutrient yang tinggi.

Disebabkan tiada proses penempelan embryo berlaku, maka dinding rahim akan meluruh dan terjadilah pendarahan yang dipanggil haid. Walaupun sewaktu haid darah yang keluar berbau dan likat bergel, namun itu adalah natural bagi sifat darah yang telah keluar dari tubuh dan bercampur dengan udara.

Apakah darah yang turun itu kotor? Jawapannya tidak sekali. Bagaimana janin boleh membesar dengan baik di dalam rahim seandainya darah di rahim itu kotor?

Penelitian di luar negara menunjukkan darah yang keluar melalui proses bekam dipenuhi sel darah merah yang sudah mengalami perubahan bentuk, warna dan saiz. Perubahan pada sel darah merah ini membuatkan kemampuan mengikat oksigen menjadi rendah dan kebolehan untuk melalui pembuluh darah yang kecil terbatas sehingga dijangka mengakibatkan pengaliran darah yang tidak lancar.

Kesimpulannya, darah yang keluar dari proses bekam berbeza dari darah yang keluar ketika haid. Maka, wanita juga seeloknya melakukan bekam kerana darah kotor di bawah permukaan kulit bukan darah kotor disebabkan haid.

Nota diolah dari Dr Muhammad Azrinaz MD (UNPAD) Founder Dr Hijama

Terdapat dua kajian klinikal yang dilakukan mengenai keberkesanan bekam pada wanita yang mengalami dysmenorrhea ataupun period pain atau senggugut dan satu artikel lahi mengenai rawatan mengurangkan pendarahan berlebihan semasa kitaran haidh berlaku.

Kajian pertama: BEKAM ANGIN KEPADA PEREMPUAN MUDA YANG MENGALAMI SENGGUGUT/ PERIOD PAIN

Title: The effects of dry cupping (bekam angin) on primary dysmenorrhea (PD): A randomized clinical trial.

Objectives: The objective of this study was to determine the effects of dry cupping on PD severity and dysmenorrhea-associated systemic symptoms. 

Methods: In this randomized clinical trial, 150 young single students with PD were randomly allocated to either an intervention (n = 75) or a control (n = 75) group. Data collection tools were a demographic and menstrual characteristics checklist, Andersch and Milsom’s Verbal Multidimensional Dysmenorrhea Severity Scoring System, and a Dysmenorrhea-associated Systemic Symptom Scale. In the intervention group, students were provided with daily sliding dry cupping therapy from 3 days before to 3 days after the onset of menstruation for three successive menstrual cycles. In each cupping therapy session, two cups were placed on the lower back on each side of the spine and another on the suprapubic area for 10–15 min. Students in the control group did not receive cupping therapy. Data were analyzed through the Chi-square and the independent-samples Student’s t-tests, the repeated measures analysis of variance, and generalized estimating equation. 

Results: The mean scores of dysmenorrhea severity and systemic symptoms in the intervention group significantly decreased over time, while they did not significantly change in the control group. Thus, there were significant between-group differences respecting the variations of dysmenorrhea severity and systemic symptoms over time (P = 0.03). The odds of severe dysmenorrhea and the odds of severe dysmenorrhea-associated systemic symptoms in the intervention group were, respectively, 52% (odds ratio [OR]: 0.48; 95% confidence interval [CI]: 0.27–0.85) and 78% (OR: 0.22; 95% CI: 0.05–0.98) less than the control group. 

Conclusion: Dry cupping can significantly reduce the severity and the systemic symptoms of PD. Therefore, it can be used as an effective, inexpensive, and safe therapy for PD management.

Kajian kedua: Kesan bekam angin terhadap wanita yang period dengan kuantiti darah yang banyak.

Title: Effect of traditional dry cupping therapy (bekam angin) on heavy menstrual bleeding in
menorrhagia: A preliminary study

Objective: Treatment objectives in this disease are to improve the quality
of life as well as alleviating heavy menstrual flow. Medical
treatments, hormonal therapy or definitive surgical correction
may result in a substantial reduction in menstrual blood loss,
but these therapies have their own side effects.

Methods: This study was conducted on 15 patients at the
National Institute of Unani Medicine, Hospital Bangalore, from January 2010 and July 2010. Unmarried
or married patients aged 17 – 47 year with a history of excessive or prolonged bleeding per vaginum were
included. Two large cups (with 5.7 cm internal diameter) were applied below each breast for 15 min, only
once during the menstrual period when the patient reported to the outpatient department. If the menstrual
flow was not reduced, the next day again dry cupping was repeated. The outcome was to assess the
efficacy of dry cupping on the reduction in the amount of menstrual blood loss.

Result: The data was analyzed by
the Wilcoxon matched test. The mean scores of menstrual blood loss before and after the treatment was
400.26 (277.95) and 48.4 (32.082) ml respectively, p = 0.002, considered statistically significant.

Result: A dry
cupping therapy is a useful treatment modality in decreasing the amount of menstrual blood flow in
menorrhagia. However, further randomized controlled clinical trials and validation are needed in a large population.

References:

  1. Taherpour M, Momeni M, Kazemi A, Ranjkesh F, Salimi H, Shakiba M. The effects of dry cupping on primary dysmenorrhea: A randomized clinical trial. Nurs Midwifery Stud 2018;7:151-6
  2. Sultana, A. & ur Rahman, K. (2012) Effect of traditional dry cupping therapy on heavy menstrual bleeding in
    menorrhagia: A preliminary study, Association of genuine traditional medicine, 2(4)

Kebiasaannya, kami akan melakukan bekam darah di kawasan pinggang. Ramai yang menyatakan period atau haidh lebih teratur dan senggugut berkurangan dengan beberapa kali melakukan bekam di bahagian pinggang. Cuma kajian journal 1 menggunakan bekam kering. Mungkin juga kadang- kadang, kajian bekam darah tidak dapat dilakukan disebabkan masalah darah itu dikira invasive, perlukan persetujuan board tertentu.

Selain itu, ada juga yang menggunakan hot pack/ tungku panas atau bantal panas semasa sakit perut senggugut terutama hari pertama dan kedua tempoh haidh. Ini juga membantu kerana rasa panas dapat melancarkan lagi perjalanan darah dan pengeluaran darah haidh.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan mencari tempat bekam yang holistik merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan yang natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *