Menurut British Cupping Society, kehamilan adalah absolute contraindication. Absolute bermaksud tidak boleh. Namun, kami mengambil pandangan, mengikut keadaan ibu mengandung tersebut. Ini dikategorikan sebagai relative contraindication. Ada ibu mengandung yang boleh dibekam dan ada yang tidak dibekam, bergantung kepada beberap faktor.
Antaranya ialah usia kehamilan dan sejarah keguguran sebelum ini.
Kami pernah menerima soalan dari pelanggan mengenai sebab ibu mengandung tiba – tiba sakit perut selepas dibekam. Apabila kami bertanyakan usia kehamilan katanya baru first trimester(1-3 bulan). Mungkin sakit perut dialami bukan disebabkan bekam tetapi masalah lain tetapi nak dijadikan cerita, sakit perut berlaku selepas dibekam. Untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak baik tentang bekam, adalah lebih baik, fasa trimester pertama, jangan dibekam. Bimbang kandungan belum stabil dan fetus belum kuat menempel sepenuhnya di uterus ibu yang akan menyebabkan komplikasi.
Sekiranya mengambil keputusan untuk dibekam, ibu hamil hanya dibekam pada kawasan yang bermasalah dengan aplikasi tusukan yang minimal atau hanya dilakukan bekam angin. Contohnya, sakit bahu, maka eloknya dibekam di bahagian bahu sahaja. Dicadangkan hanya dilakukan pada second trimester (4-6 bulan) dan third trimester (7-9 bulan) kehamilan dalam keadaan duduk, tetapi mengikut keseleseaan ibu hamil. Jika perawat tidak yakin, tidak perlu dibekam, boleh digantikan dengan kaedah lain seperti urutan dan sebagainya yang tidak berisiko.
My Rehab Spa mengambil pendekatan urutan untuk ibu yang selalunya mengalami sakit belakang dan kebas tangan atau kaki di usia kehamilan berbanding melakukan bekam. Boleh juga artikel mengenai kelebihan urutan semasa mengandung di sini.
Assalamualaikum.. Sy nak tny ade x dsediakan perkhidmatan massage or berbekam angin utk wanita hamil?
waalaikumussalam. Ye kami ada sediakan untuk prenatal treatment. Cik puan boleh wasap kami di 011 4009 0727 ye untuk kami bantu.