TEORI TAIBAH: BEKAM MERAWAT SAKIT RADANG SENDI (RHEUMATOID ARTHRITIS)

RHEUMATOID ARTHRITIS adalah sejenis sakit autoimmune yang menyebabkan sakit teruk pada sendi terjejas yang bengkak, tender (sentuh sikit rasa sakit) yang membawa kepada pergerakan sendi yang terhad.

Pilihan rawatan yang tersedia untuk RA termasuk analgesik steroid dan memodifikasikan ubat antirheumatoid (DMARD) (ubat anti-radang yang kuat dan ubat sitotoksik contohnya methotrexate) [107].

Banyak kesan sampingan ubat yang ditemui dalam rawatan farmakologi yang digunakan untuk RA contohnya ubat analgesik menyebabkan gastritis, ulser gastrik dan dos yang tinggi menyebabkan badan ada toksik [107].

Selain itu, terapi steroid yang berpanjangan menyebabkan osteoporosis, hipertensi, diabetes steroid, ulser gastrik dan pergantungan pada steroid [108].

 

Ubat sitotoksik sangat berbahaya pada jangka masa panjang dan merupakan sebab utama kesan sampingan yang dilaporkan pada pesakit rheumatoid seperti hepatotoxicity, keguguran rambut, keletihan dan keletihan [109].

Walaupun bebanan dari segi fizikal, psikologi dan ekonomi untuk modaliti rawatan terkini, penentangan badan terhadap rawatan ubatan dilaporkan dalam sesetengah kes. Badan tidak bertindak balas dengan rawatan yang diberikan.

Pencarian cara rawatan yang lebih baik diperlukan kerana ramai pesakit RA mengalami rintangan terhadap kombinasi ubat methotrexate dan steroid ini [110].

Secara umumnya, modaliti rawatan ditujukan untuk merawat sebab, keadaan dan komplikasi kerana rawatan ini akan yang menyembuhkan, membetulkan sebab atau punca penyakit dan menghalang patogenesisnya.

Kerana RA adalah gangguan imunologi yang disebabkan oleh tindak balas keradangan kronik dengan sifat autoimun di mana antibody badan kita sendiri menyerang sendi synovial kita [83,111].

Ia berlaku mungkin disebabkan oleh peningkatan paras sitokin radang contohnya faktor nekrosis tumor (TNF) [111-112].  Infliximab (antibodi monoclonal anti TNF) dilaporkan berkesan dalam rawatan RA [112].

Walau bagaimanapun, Infliximab sangat mahal dan membawa banyak kesan sampingan. Kajian yang lebih baik dilaporkan apabila terapi anti-TNF-α digabungkan dengan terapi DMARD pada pesakit RA yang membawa kepada pengurangan keradangan ekspresi gen dalam darah keseluruhan dibandingkan dengan terapi DMARD sahaja [111].

Al-hijamah for Treatment of Rheumatoid Arthritis (RA) (in Light of Taibah Theory)

Kajian mengenai rawatan RA menggunakan terapi bekam terlalu sedikit.

Terapi bekam untuk RA dilaporkan dapat mengurangkan kesakitan yang dihadapi. Satu kajian oleh Ahmed et al. (2005) melaporkan bahawa terapi bekam digabungkan dengan rawatan farmakologi untuk RA secara dramatik mengurangkan rasa sakit, sendi tender (sakit bila disentuh), sendi bengkak dan skor aktiviti penyakit.

Gabungan rawatan bekam dan terapi farmakologi dapat mengurangkan penanda aras penyakit iaitu kadar pemendapan erythrocyte, protein C-reaktif, reseptor interleukin-2 (SIl-2R) dan faktor rheumatoid (RF) yang dinilai selama tiga bulan berturut-turut [5].

Kesan imunomodulator terapi ini berlaku kerana terapi bekam membantu dalam mengurangkan tindak balas imunologi yang jadi penyebab yang mendasari patogenesis RA iaitu menurunnya kadar bacaan tahap serum SIl-2R dan RF.

Teori Taibah dalam bekam mengatakan bekam tolong melakukan proses perkumuhan kulit melalui torehan pen bekam pada kulit dan daya sedutan cawan bekam berjaya menarik keluar serum SIl-2R dan RF yang berlebihan.

Mekanisme terperinci untuk itu tidak dilaporkan oleh kumpulan penyelidikan ini. Namun, bekam membantu mengatasi masalah RA.

Setakat ini, tiada kajian serupa yang ditulis dalam bahasa Inggeris dilaporkan mengenai terapi bekam bagi masalah RA.

Analisis teliti mengenai data yang dilaporkan dapat membantu dalam memahami bagaimana terapi bekam berfungsi untuk merawat RA.

Kami mencadangkan bahawa teknik bekam mengaplikasikan laluan tiruan yang terbentuk di tapak keradangan untuk meningkatkan pengekstrakan cecair tisu ekstraselular, limfa atau darah yang mungkin tepu dengan sitokin radang (sebagai TNF), kompleks imun atau produk sisa selular toksik keluar dari permukaan kulit.

Kekurangan agen-agen berbahaya yang telah dibuang melalui terapi bekam mungkin dapat menghalang reaksi keradangan imunologi kronik atau sekurang-kurangnya mengurangkan keterukan sakit atau menangguhkan kejadian sakit RA ini.

Untuk mengeluarkan cecair tisu yang mengandungi ejen-ejen berbahaya dan CPS, sedutan melalui mencipta tekanan negatif dalam cawan bekam boleh membantu perjalanan darah dalam saliran yang lebih baik di kawasan-kawasan yang bermasalah.

Ini diharapkan dapat membantu tubuh manusia untuk memulihkan proses fisiologi homeostasis mengikut teori Taibah.

 

RUJUKAN

5- Ahmed SM, Madbouly NH, Maklad SS, Abu-Shady EA (2005) Immunomodulatory effects of blood letting cupping therapy in patients with rheumatoid arthritis. Egypt J Immunol 12: 39-51.

107- Halilova KI, Brown EE, Morgan SL, Bridges SL Jr, Hwang MH, et al. (2012) Markers of treatment response to methotrexate in rheumatoid arthritis: where do we stand? Int J Rheumatol 2012: 978396.

108. Smyllie HC, Connolly CK (1968) Incidence of serious complications of corticosteroid therapy in respiratory disease. A retrospective survey of patients in the Brompton hospital. Thorax 23: 571-581.

109. Ranganathan P, Eisen S, Yokoyama WM, McLeod HL (2003) Will pharmacogenetics allow better prediction of methotrexate toxicity and efficacy in patients with rheumatoid arthritis? Ann Rheum Dis 62: 4-9.

110. Isik M, Halacli B, Atmaca O, Etgül S, Doğan I, et al. (2013) Triple DMARD combination for rheumatoid arthritis resistant to methotrexate and steroid combination: a single-center experience. Rheumatol Int 33: 1425-1427.

111. Edwards CK 3rd, Green JS, Volk HD, Schiff M, Kotzin BL, et al. (2012) Combined anti-tumor necrosis factor-α therapy and DMARD therapy in
rheumatoid arthritis patients reduces inflammatory gene expression in whole
blood compared to DMARD therapy alone. Front Immunol 3: 366.

112. Ortea I, Roschitzki B, Ovalles JG, Longo JL, de la Torre I, et al. (2012) Discovery of serum proteomic biomarkers for prediction of response to infliximab (a monoclonal anti-TNF antibody) treatment in rheumatoid arthritis: an exploratory analysis. J Proteomics 77: 372-382.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. Fb page: MY REHAB SPA official. You tube: My Rehab Spa

#bekammuslimah #bekamwanita #bukitsentosa #bukitberuntung #urutbukitsentosa #urutbukitberuntung

Taibah Teori: Kajian saintifik bekam untuk darah tinggi

Pesakit yang mengalami obesity lalu menghidapi tekanan darah tinggi (hypertension) dilaporkan mempunyai jumlah bendalir extracellular dan interstitial yang lebih tinggi daripada subjek normative (tekanan darah normal).

Ini kerana kegemukan meningkatkan jumlah cecair ekstraselular dan interstitial dalam pesakit hipertensi obes dan yang berkaitan dengan tahap kelebihan berat badan dan mekanisme hipertensi [113].

Dalam sesetengah pesakit hipertensi yang mepunyai masalah buah pinggang (renal hypertension), pengurangan isipadu cecair yang meningkat (volume-dependent form) mungkin perlu dalam mengurangkan masalah ini [114].

Dalam beberapa kajian, hipertensi buah pinggang menyebabkan Nitric Oxide Synthase (NOS) untuk mensintesis NO (vasodilator).

Ini boleh menyebabkan hipertensi sistemik dan glomerular, iskemia glomerular, glomerulosclerosis, kecederaan tubulointerstitial dan proteinuria [87,115].

Radikal bebas seperti superoxide anion yang disebabkan oleh tekanan oksidatif dilaporkan menyebabkan ketidakaktifan NOS dan mengurangkan jumlah pengeluaran NO dalam hipertensi buah pinggang manusia.

Tekanan oksidatif berlaku pada fasa awal penyakit ginjal kronik di mana tekanan darah meningkat seiring dengan perkembangan penyakit ginjal [116]. Tekanan oksidatif ini menyebabkan kekurangan NO yang mendahului perkembangan hipertensi [117].

Wang et al. melaporkan disfungsi endothelial teruk dan perencatan NOS mikrovaskular pada pesakit hipertensi. Itu disertai dengan peningkatan tahap plasma ROS dan dimetil arginine asimetri yang boleh menghalang NOS [118].

Al-hijamah for Treatment of Hypertension (in Light of Taibah Theory)

Mengikut teori Taibah, terapi bekam boleh mengalirkan cecair interstitial dan menyaring cecair intravaskular yang berlebihan dengan bahan-bahan metabolik berbahaya (Causative Pathological Substance) dan meningkatkan pengeluaran NO endogen.

Di samping itu, terapi bekam juga membantu dalam perkumuhan bahan buangan terkumpul, bahan-bahan vasoaktif dan radikal bebas (menyebabkan hipertensi) dan ianya mungkin bermanfaat dalam merawat hipertensi.


Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. like page MY REHAB SPA official dan Subsribe Youtube My Rehab Spa untuk dapatkan video berkaitan masalah otot saraf sendi dan tulang anda.

Kajian klinikal bekam merawat fibromyalgia: sakit otot sendi, letih, ganggu tidur, ingatan dan mood

Fibromyalgia adalah sakit dalam keadaan jangka panjang (kronik). Ia menyebabkan:

  • sakit pada otot dan tulang (kesakitan muskuloskeletal)
  • tenderness (tak boleh sentuh badan atau kawasan sakit, dia akan jadi sakit)
  • keletihan badan
  • gangguan tidur
  • gangguan kognitif

Walaupun doktor sendiri juga kurang memahami keadaan ini. Gejala-gejalanya meniru keadaan lain, dan tidak ada ujian sebenar untuk mengesahkan diagnosis. Akibatnya, fibromyalgia sering salah didiagnosis.

Kesakitan disebabkan oleh fibromyalgia adalah kompleks dan disebabkan oleh banyak faktor. Contohnya, fibromyalgia mungkin disebabkan oleh interaksi faktor sistem saraf pusat nociceptive, neuropathic, disregulatory, kegagalan metabolik dalam keradangan otot dan neurogenik [125].

Antara ciri – ciri positif yang menunjukkan anda menghidapi fibromyalgia adalah tahap cecair cerebrospinal yang tinggi glutamat, bahan P, sitokin radang, dan ROS(reactive oxidative stress) [126-129]. bukan kak Ros yee. Xoxo

Dalam fibromyalgia, kesakitan nokiseptor disebabkan oleh tindak balas sensori saraf oleh pelepasan bahan P dan neuropeptida lain dari ujung saraf periferal yang membawa kepada hyperalgesia disebabkan oleh pemekaan kimia pada titik tender.

* hyperalgesia :increased sensitivity to pain

In fibromyalgia, nociceptor pain is based on the excitation of the nervous sensors by the release of substance P and other neuropeptides from the peripheral nerve endings leading to hyperalgesia due to chemical sensitization at tender points.

Kesakitan neuropatik disebabkan oleh mampatan saraf seperti dalam herniasi cakera vertebral (disc tulang belakang) atau gangguan pengangkutan aksonal yang menyebabkan hipertoksitabiliti, sistem pengangkutan axonal yang terganggu dan perubahan trophik menyebabkan titik tender dalam fibromyalgia [125].

Neuropathic pain is due to nerve compression as in herniation of vertebral disks or disturbances of axonal transport causing hyperexcitability, disturbed axonal transport system and trophic changes causing tender points in fibromyalgia [125].

 

Cupping Therapy for Treatment of Fibromyalgia (in Light of Taibah Theory)

Terdapat kajian yang mengatakan cup bekam dipanaskan dengan herba sebelum dilakukan bekam angin pada 30 pesakit fibromyalgia dilaporkan berkesan untuk menurunkan tahap sakit fibromyalgia dan jumlah titik tender(tender points) (Cao et al., 2011).

Ringkasan kajian akan dilampirkan di bawah, tetapi dalam English ya. Saya tidak translate ia.

Title: Medicinal cupping therapy in 30 patients with fibromyalgia: a case series observation.

Cao, H. Hu, H, Colagiuri, B & Liu, J. (2011) Center for Evidence-Based Chinese Medicine, Beijing University of Chinese Medicine, Beijing, China.

BACKGROUND: The aim of this study was to evaluate the therapeutic effect of traditional medicinal cupping for treatment of fibromyalgia.

METHODS: A prospective case series was conducted in 30 consecutive patients with fibromyalgia at an outpatient department in a hospital in Beijing.

Patients were diagnosed according to the criteria set by the American College of Rheumatology (1990).

A bamboo cup, boiled in herbal decoction for 5 min, was applied to Ashi points for 10 min once daily for 15 days. Pain, assessed via a 10-point visual analogue scale (VAS), and the number of tender points were recorded at baseline, 5, 10, 15 days, and 2 weeks following the final treatment.

RESULTS: At baseline, the average pain was 2.63 ± 0.73 on the VAS, and patients had an average of 13.5 ± 1.66 tender points. The pain scores decreased from baseline during treatment (2.22 ± 0.77 at 5 days, 1.78 ± 0.75 at 10 days, and 1.36 ± 0.76 at 15 days) as did the number of tender points (12.57 ± 2.25 at 5 days, 11.2 ± 2.50 at 10 days, 9.33 ± 2.89 at 15 days). A total of 29 patients completed follow-up 2 weeks after the final treatment, which suggested the reduction in pain and tender points was sustained (1.31 ± 0.76 for VAS; 9.07 ± 2.96 for pain points). There were no serious adverse effects as a result of cupping.

CONCLUSIONS: Medicinal cupping therapy was associated with a reduction in fibromyalgia symptoms for both pain ratings and number of tender points. The findings from this case series should be tested in a controlled clinical trial.

Berdasarkan kajian ini dan pada teori Taibah, bekam darah dijangka menjadi rawatan yang lebih sesuai dan efektif untuk fibromyalgia kerana dapat menurunkan tekanan cairan interstisial, menurunkan sitokin radang dan bahan P (CPS melalui pencairan kemudian saliran) dan mengurangkan cairan interstitial di tapak keradangan.

(CPS ialah causative pathological substance iaitu kombinasi toksin atau kotoran yang berada dalam badan menggunakan istilah perubatan di atas).

Terdapat satu kajian mengenai pengurangan simptom fibromyalgia menggunakan rawatan yang mengurangkan cecair interstitial di tapak peradangan. Terdapat kesan anti-radang yang jelas dilihat dalam kajian ini [131].

Maksudnya, bekam darah juga dapat mengurangkan cecair interstitial di tapak peradangan, maka ianya sesuai dilakukan untuk mengurangkan dan menyembuhkan fibromyalgia.  

 

Rujukan

El Sayed SM, Mahmoud HS, Nabo MMH (2013) Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Altern Integ Med 2: 122. doi:10.4172/2327-5162.1000122

125. Zimmermann M (1991) Pathophysiological mechanisms of fibromyalgia. Clin J Pain 7 Suppl 1: S8-15.

126. Larson AA, Giovengo SL, Russell IJ, Michalek JE (2000) Changes in the concentrations of amino acids in the cerebrospinal fluid that correlate with pain in patients with fibromyalgia: implications for nitric oxide pathways. Pain 87: 201-211.

127. Sarchielli P, Mancini ML, Floridi A, Coppola F, Rossi C, et al. (2007) Increased levels of neurotrophins are not specific for chronic migraine: evidence from primary fibromyalgia syndrome. J Pain 8: 737-745.

128. Frazer KA, Wade CM, Hinds DA, Patil N, Cox DR, et al. (2004) Segmental phylogenetic relationships of inbred mouse strains revealed by fine-scale analysis of sequence variation across 4.6 mb of mouse genome. Genome Res 14: 1493-1500.

129.Ozgocmen S, Ozyurt H, Sogut S, Akyol O (2006) Current concepts in the pathophysiology of fibromyalgia: the potential role of oxidative stress and nitric oxide. Rheumatol Int 26: 585-597.131. Ali M (1999) Oxidative-dysoxygenative trigger points in fibromyalgia Pathogenesis, diagnosis and resolution. J of Integrative Med 3: 38-47.


Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA


#bekammuslimah #bekamwanita #bukitsentosa #bukitberuntung

 

Kenapa bekam bagus untuk sakit cellulitis: kulit kemerahan keradangan

Selulitis adalah reaksi radang bakteria dalam tisu subkutaneus yang disebabkan oleh bakteria gram positif sebagai staphylococcus aureus dan streptococcus.

Selulitis yang disebabkan oleh toksemia dan septicemia menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Rawatan utama selulitis adalah antibiotik spektrum luas (broad spectrum antibiotic) [121].

Kelewatan dalam rawatan selulitis membolehkan mikroorganisma dan pengeluaran eksotoksin yang berkuasa dihasilkan berkali ganda.

Kawasan yang kemerahan akan dilebarkan dan ianya semakin membesar.

Dalam kes kehadiran bakteria gram negatif yang berkaitan, endotoxin yang berkuasa dilepaskan menyebabkan kejutan endotoksik [122-123].

Ini memberikan kesimpulan bahawa antibiotik hanya mungkin tidak cukup untuk merawat selulitis kerana antibiotik tidak memberi kesan kepada toksin bakteria.

Dalam laporan kes baru-baru ini, dalam pesakit selulitis, rawatan antibiotik spektrum luas (broad spectrum antibiotic) tidak berkesan dalam merawat pesakit itu. Malah, keadaan umum pesakit semakin merosot.

Terdapat satu kajian yang dijalankan. Terapi antibiotik bersama-sama dengan terapi bekam darah dilakukan di tapak keradangan maksimum selulitis dengan menggunakan kira-kira 35 torehan bekam dan kira-kira 9 ml darah dikeluarkan. Jika ada pengurangan dalam semua tanda-tanda keradangan, segera dicatatkan.

Rawatan kepada pesakit selulitis yang sama untuk kedua kali menggunakan terapi bekam menunjukkan peningkatan dramatik. Cellulitis semakin berkurang kepada pesakit ini. Ini menunjukkan keberkesanan terapi bekam dalam merawat selulitis [124].

Cupping Therapy for Treatment of Cellulitis (in Light of Taibah Theory)

Kesembuhan atau pengurangan selulitis boleh dijelaskan berdasarkan teori Taibah di mana cecair cecair interstitial dan cecair kapilari yang mengandungi banyak bakteria dan toksin bakteria (ianya adalah CPS) dibuang melalui bekam darah.

Bekam membantu dalam pembersihan darah daripada mikroorganisma dan toksin dan menghapuskan mikroorganisma dan toksin keluar dari tubuh manusia melalui sedutan tekanan negative cup bekam yang digunakan.

Berdasarkan kajian ini, terapi bekam lebih baik daripada antibiotik, yang tidak mempengaruhi toksin bakteria. Terapi bekam sendiri dapat membuang kedua-dua bakteria dan toksin melalui sedutan cup bekam yang dibuktikan dengan pengurangan keradangan pesakit.

Namun, yang terbaik adalah untuk menggabungkan antibiotik dan terapi bekam untuk merawat selulitis.

References

El Sayed SM, Mahmoud HS, Nabo MMH (2013) Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern
Medicine and Prophetic Medicine. Altern Integ Med 2: 122. doi:10.4172/2327-5162.1000122

121. Swartz MN, Pasternack MS (2005) Principles and Practice of Infectious Diseases. In: Cellulitis and subcutaneous tissue infections. GL Mandell et al., (6th edn) Elsevier Churchill Livingstone, Philadelphia. pp 1178-1180.

122. Quinn PJ, Markey BK, Leonard FC, Hartigan P, Fanning S, et al. (2011) Veterinary microbiology and microbial disease (2nd edn) Chichester, West Sussex, UK: Wiley-Blackwell 170.

123. Van Amersfoort ES, Van Berkel TJ, Kuiper J (2003) Receptors, mediators, and mechanisms involved in bacterial sepsis and septic shock. Clin Microbiol Rev 16: 379-414.

124. Ahmed A, Khan RA, Ali AA, Ahmed M, Mesaik MA (2011) Effect of wet cupping therapy on virulent cellulitis secondary to honey bee sting–a case report. Journal of Basic and Applied Sciences 7: 123-125.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA


#bekammuslimah #bekamwanita #bukitsentosa #bukitberuntung #urutbukitsentosa #urutbukitberuntung

TEORI TAIBAH: RAWATAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN DENGAN KAEDAH BEKAM BASAH

Terapi bekam dilaporkan berkesan merawat sakit kepala dan migraine. Ini dibuktikan melalui kajian di mana kadar kesakitan berkurang sebanyak 66% selepas melakukan bekam. Pesakit yang dirawat juga mengalami kadar pengurangan sebanyak 12.6 hari sakit kepala dari sebulan [20].

Ini bermakna kekerapan sakit kepala juga berkurangan selepas melakukan bekam.

Baru-baru ini, paras IL-6 serum dilaporkan tinggi dalam kalangan pesakit migrain sama ada mereka menjalani rawatan ataupun tidak menjalani rawatan ‘topiramate’. Ini mungkin menunjukkan bahawa paras IL-6 yang tinggi mungkin menjadi punca dalam serangan sakit migrain kronik [119].

Mengikut teori Taibah, migrain dan sakit kepala boleh dirawat dengan bekam.

Bekam darah mungkin menyebabkan pelepasan plasma melalui penyingkiran cecair berlebihan, mediator kimia, Il-6, bahan vasoaktif, neuropeptida yang menjadi punca sakit kepala.

 Bekam darah juga dapat mengurangkan tekanan cecair interstitial.

Faktor penyakit utama (predisposing factor) seperti tekanan darah tinggi dan kebas saraf  (neuralgia trigeminal akut) akan menyebabkan sakit kepala terjadi.

Maknanya sakit kepala terjadi disebabkan oleh “predisposing factor” ini dan bekam juga boleh merawat punca terjadinya sakit kepala ini.

Neuropeptida yang terlibat dalam patogenesis sakit kepala termasuk bahan P, vasoactive intestinal polypeptide (VIP) dan peptide yang berkaitan dengan gen kalcitonin (calcitonin gene-related peptide: CGRP) yang merupakan mediator penting dalam patogenesis migrain dan sakit kepala utama yang lain juga akan disingkirkan melalui bekam darah.

 Konsentrasi CGRP dan VIP dilaporkan meningkat dalam plasma vena jugular semasa serangan sakit kepala kluster dan migraine berlaku [120].

Jadi, pembuangan bahan toksin atau causative pathological substance (CPS) yang disebutkan di atas dapat menjelaskan bagaimana bekam darah dapat merawat sakit kepala dan migrain.

Di My Rehab Spa, kami akan mengenalpasti sakit kepala yang anda hadapi sama ada melalui tulang leher yang senget ataupun urat otot saraf yang tegang atau sememangnya sakit kepala sendiri dari faktor penyakit major yang dihidapi.

Kebiasaannya, MRS akan melakukan neck traction (pembetulan tulang leher), urutan leher dan bahu iaitu urutan antistress dan kemudian barulah dibekam.

Selepas itu, kami akan mengajar anda teknik senaman terapeutik leher bergantung kepada masalah sakit kepala yang dihadapi dan ia boleh dilakukan di rumah. 

Kadang- kadang punca sakit kepala adalah disebabkan oleh penggunaan bantal yang tinggi, ataupun saraf leher terkepit disebabkan bertahun – tahun kerja banyak membongkok menghadap komputer dan paperwork. ^^

Rujukan

El Sayed SM, Mahmoud HS, Nabo MMH (2013) Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Altern Integ Med 2: 122. doi:10.4172/2327-5162.1000122

20 Ahmadi A, Schwebel DC, Rezaei M (2008) The efficacy of wet-cupping in the treatment of tension and migraine headache. Am J Chin Med 36: 37-44.

119 Koçer A, Memişoğullari R, Domaç FM, Ilhan A, Koçer E, et al. (2009) IL-6 levels in migraine patients receiving topiramate. Pain Pract 9: 375-379

120 Messlinger K, Fischer MJ, Lennerz JK (2011) Neuropeptide effects in the trigeminal system: pathophysiology and clinical relevance in migraine. Keio J Med 60: 82-89.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA

#bekammuslimah #bekamwanita #bukitsentosa #bukitberuntung #urutbukitsentosa #urutbukitberuntung #bekambukitsentosa #urutanswedish #urutantradisional #fisioterapibukitsentosa