Apakah Urutan yang Terbaik untuk Masalah Sakit Belakang?

Sekiranya anda mengalami sakit belakang, anda tidak sendirian.

Sebanyak 80 peratus orang dewasa mengalami sakit belakang, menjadikannya penyebab hilang fungsi yang paling biasa di seluruh dunia.

Seperti kebanyakan orang, anda mungkin menghabiskan banyak masa dengan duduk, sama ada di meja, sofa, katil atau di dalam kereta anda. Duduk yang lama menyebabkan tekanan yang banyak pada bahagian tulang belakang anda.

Kesakitan yang mengganggu akan terasa sangat menyiksakan untuk melakukan rutin harian. Anda mungkin sudah meletakkan ais pada kawasan sakit dan melakukan senaman regangan (stretching) untuk melegakan sakit belakang anda namun ianya tetap mengganggu rutin harian anda.

Punca sakit belakang

Boleh jadi sakit belakang anda hanya sementara pada beberapa hari sahaja. Contohnya menghabiskan lebih banyak masa di halaman rumah untuk berkebun – atau anda mungkin mempunyai sakit belakang yang kronik, kekal sakit untuk tempoh yang melebihi 3 bulan.

Selain kecederaan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sakit belakang.

Faktor risiko termasuk kehamilan, kenaikan berat badan, berumur antara 30 hingga 50 tahun, mempunyai pekerjaan yang memerlukan angkat berat atau menolak barang yang berat, mempunyai masalah kesihatan mental yang sudah ada seperti kegelisahan dan kemurungan, dan duduk di kerusi sepanjang hari dengan postur yang salah dan sokongan belakang yang minimum sahaja.

Sebilangan besar sakit belakang yang berlaku adalah pada tahap akut (acute) (permulaan) dan berlangsung dari beberapa hari hingga beberapa minggu.

Sekiranya anda mengalami simptom lebih lama daripada itu, anda mungkin mengalami sakit belakang yang kronik. Dalam kedua-dua kes, ketidakselesaan dari sakit belakang boleh menganggu mood dan emosi anda serta pergerakan fizikal anda menjadi terhad.

Apakah pembedahan adalah penyelesaian untuk mengurangkan sakit pinggang/ belakang anda?

Salah satu penyelesaian biasa untuk sakit belakang kronik sehingga kebas kaki dan menyukarkan pergerakan badan adalah pembedahan.

Walaupun orang Amerika membelanjakan lebih dari $40 bilion untuk pembedahan sakit belakang setiap tahun, hasilnya jauh dari jaminan. Jarang yang sembuh sepenuhnya!

Satu kajian mendapati bahawa pembedahan untuk sakit belakang berjaya hanya 26% sepanjang masa. Penderita sakit belakang juga kadang-kadang ditetapkan ubat penahan sakit seperti opioid. Walaupun opioid dapat mengurangkan rasa sakit, penggunaan berlebihan menimbulkan risiko lain, seperti ketagihan dan kerosakan ginjal.

 

Rawatan semula jadi untuk sakit belakang

Terdapat banyak pilihan tanpa ubat dan pembedahan untuk merawat sakit belakang. Kaedah untuk mengurangkan sakit belakang ini lebih murah, selamat dan natural.

Senaman, urutan, yoga dan terapi fizikal seperti fisioterapi, bekam, akupuntur, kiropraktik dan pembetulan tulang belakang adalah pilihan yang terbukti untuk dicuba ketika menghadapi sakit belakang yang kronik.

Malahan meditasi secara berkala boleh jadi juga berkesan.

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa terapi yang dinamakan pengurangan tekanan emosi berdasarkan perhatian (MBSR) dan terapi kognitif-tingkah laku (CBT) bantu pesakit meningkatkan pergerakan badan, dan mengurangkan rasa sakit daripada rawatan perubatan standard untuk sakit belakang.

Seperti dinyatakan, urutan badan juga membantu untuk mengurangkan sakit belakang anda. Namun, anda juga perlu dapatkan nasihat doktor anda mengenai keadaan sakit belakang anda hadapi. Adakah ia berpunca dari otot, tulang, disc atau saraf?

Ada sesetengah punca masalah sakit belakang contohnya masalah saraf lumbar, boleh menjadi teruk jika diurut oleh ahli terapi urut yang tidak berkelayakan.

Berapa Kali Urutan terbaik untuk Sakit Belakang

Walaupun punca untuk sakit belakang adalah kompleks, termasuk faktor-faktor seperti tahap tekanan emosi, usia, dan kenaikan berat badan, penyelidikan menunjukkan bahawa urut adalah penyelesaian yang berkesan untuk orang yang mengalami sakit belakang.

Kaedah terbaik untuk mengubati sakit belakang dengan urutan biasanya adalah pendekatan penyelenggaraan jangka panjang dan bukannya urutan badan hanya satu kali, terutamanya bagi masalah sakit belakang yang kronik.

Kajian menunjukkan bahawa beberapa siri urutan dari ahli terapi berlesen selama beberapa bulan memberi peningkatan yang luar biasa bagi mereka yang mengalami sakit belakang.

Sebenarnya, satu kajian secara khusus menunjukkan bahawa setelah menerima satu set 10 urutan mingguan, 75% pesakit secara klinikal mengalami pengurangan sakit belakang yang sangat signifikan dengan urutan badan.

Ia membantu pesakit lebih aktif, mengurangkan keperluan ubat-ubatan anti-radang, rasa tenang, tidur yang berkualiti dan boleh duduk lama.

Kajian terbaik setakat ini mendapati bahawa urut membawa lebih banyak kelegaan daripada langkah penjagaan biasa seperti terapi fizikal atau bantuan diri di rumah (seperti rehat dan aplikasi ais atau pemanasan) serta akupunktur. Tetapi kerana ukuran kajian yang terhad, sukar untuk mengatakan dengan pasti jenis urut apa yang terbaik untuk sakit belakang dan berapa “dos” optimum dan kekerapan rawatan.

Adalah lebih baik untuk melakukan urutan bersama akupuntur dan terapi fizikal secara bersama untuk mempercepatkan penyembuhan sakit belakang.

Jenis Urutan yang sesuai untuk sakit belakang

Urutan belakang secara berstruktur (juga disebut trigger point atau urutan integrasi struktur) dan urut Sweden (juga disebut urutan relaksasi) telah terbukti memberikan kelegaan hingga 6 bulan dari sakit belakang. Urutan sukan atau urutan tisu dalam (deep tissue massage) juga boleh bantu jika sakit belakang berasal dari kecederaan.

Ahli terapi urut yang berkelayakan akan dapat menilai otot dan tisu badan anda dan menentukan kombinasi teknik mana yang akan memberi anda hasil paling cepat dalam mengurangkan sakit belakang anda.

Selain itu, rawatan shiatsu juga membantu untuk kurangkan sakit belakang yang anda hadapi. Urutan Shiatsu memberi tekanan yang berbeza pada bahagian tubuh mengikut urutan berirama. Ia sangat menenangkan dan meningkatkan emosi anda secara berpanjanagan. Ia memfokuskan pada meridian tubuh untuk mempromosikan aliran tenaga penyembuhan (Qi) ke seluruh badan. Kajian mendapati urut shiatsu sangat berkesan untuk merawat sakit pinggang.

Apa lagi yang boleh anda lakukan selain urutan badan untuk mengurangkan sakit belakang?

Di samping urutan untuk sakit belakang, sangat penting untuk berehat agar otot anda pulih.

Sekiranya anda banyak angkat berat, cubalah berehat selama beberapa hari jika boleh.

Juga, perhatikan postur badan anda, terutama ketika duduk dan mengangkat, kerana ini boleh menjadi penyumbang besar untuk sakit belakang.

Selepas urutan, kekal hidrasi untuk meningkatkan kesan urut. Ubat tahan sakit boleh digunakan bersamaan dengan urut, tetapi tidak boleh dimakan dalam jangka masa yang lama kerana ada kesan sampingan.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda berbincang dengan ahli terapi urutan jenis yang mana sesuai untuk anda mengikut tahap kesakitan yang anda alami.

Ahli terapis di My Rehab Spa berkelulusan profesional untuk melakukan urutan sakit belakang anda. Kami akan menilai tahap kesihatan belakang anda sebelum memulakan urutan atau rawatan yang lain seperti fisioterapi, bekam dan akupuntur.

Sekiranya anda wanita yang mengalami sakit belakang, anda boleh mencuba urutan dari My Rehab Spa. Hubungi untuk bertanya atau menempah urutan di 012 968 9707.