KISAH 2: KAKI ADA SATU PUN MAMPU BERJAYA

Kena tahu BIG WHY baru menikmati kehidupan dengan kepuasan sendiri.

Sabtu yang lepas, saya ke sebuah kondominium di Wangsa Maju. Sebelum tu, kakak ni memang dah cakap, kakinya amputated sebab kemalangan 11 tahun yang lalu.

Mula-mula sampai, observation saya menunjukkan kakak ni cantik dan friendly tidak menampakkan kedukaan bersarang di hati.

Sebab kakak ni nak massage and bekam, saya tidaklah fokus untuk rawatan fisioterapi tetapi she tanya juga beberapa nasihat fisioterapi untuk menguatkan kaki kanan yang nampak lemah tanpa strengthening exercise.

Macam biasalah, setelah tahu masalah nak fokus, bila start massage, i tanya kaki kiri yang sihat tetapi bergaris2 parut jahitan.

Lama juga bercerita tapi saya ringkaskan.

11 tahun lalu, maid mingguan kakak ni nak balik ke Ampang. Waktu tu jalan MRR2 sesak. Nak minta tolong kawan pun, tengah stuck dekat Sentul maybe berejam baru akan sampai. Selalu je drop maid tepi jalan sebab rumah maid nearby saja. Ditakdirkan Allah, hari tu she ringan tulang nak angkatkan barang maid dekat bonet kereta.

Sedang she angkat barang sambil bonet masih terbuka, tiba-tiba ada sebuah kereta datang dan merempuhnya dalam sekelip mata.

Huaaaa.

Bonet kemek, both kaki lunyaii dibuatnya.

Selidik punya selidik, pemandu Iranian yang sering epilepsy and should be pemandu tu tak boleh drive.

Bila naik kes mahkamah, pemandu tu missing in action. Oh oh.

Kakak ni still bertarung di dewan pembedahan. Lebih 20 surgeries dilakukan untuk selamatkan kedua kaki. Segala teknik seperti flip, skin grafting, dan lainnya dilakukan demi selamatkan kaki. Akhirnya tinggallah sebelah kiri. Below knee amputation kaki kanan.

Lainnya rasa bila selama ini ada kaki, tetiba hilang kaki. 😭

Bila kembali bekerja, kawan-kawan beri sokongan, high self esteem la kan. Train diri dengan menyuruh adiknya bawa she pergi mall dan tengok orang sekeliling tengok rare tak padanya. Tetapi cuaca kita buatkan stump berpeluh. Lama kelamaan ada skin infection. Warded balik.

Maka, jadilah above knee amputation. Makin memendek kakinya.

Bila above knee, kaki sukar berdiri. She gave up for many years. Taknak buat apa2 rawatan including physio. Sebab she cakap, bila pergi satu pusat fisio, the physio tetiba suruh stand dengan walking frame. She takut jatuh sebab ada history tu. Bila she taknak, physio marah. Oh nooo.

I cakap padanya a good reminder for me untuk tahu masalah dan ketakutan pesakit sebelum treat sebab soft skill anak muda sekarang memang campak ke laut. Hanya tahu teori. Sebab tu lahirnya golongan profesional takde adab. Itulah dr mazlee nak implement dekat malaysian tapi rakyat kita ni memang suka comfort zone. Lain dari rutin macam anak xde exam sampai darjah 4, terusss kecoh penuh andaian negatif.

Padahal i pergi Dubai ritu, Seri ada cerita sistem pendidikan mereka. Bukan Dubai je, negara lain pun. Ala2 jepun tu. Tengok kanak2 mereka apa aktiviti mereka di sekolah.

Kecil-kecil ni kena belajar adab. Cara buang sampah, cara nak berkawan. Barulah tahu perasaan orang lain dan tak pentingkan diri sendiri.

Banyak sangat sharing together yang buat i muhasabah diri. As i nak highlight.

Bagaimana kakak ni bangkit.

Bila pergi umrah start turning point. Tapi dekat umrah she tak rasa happy as she went to London selepas tu. I cakap yelah, Allah bukan ada dekat tanah haram je. Allah pun ada dekat london.

Akhirnya, she jumpa big why. TRAVEL.

She starts yoga, do healthy lifestyle, urut and bekam untuk improve her strength and endurance. So bila pergi London lagi next time, she can shopping and enjoy her life.

She boleh terima hakikat she disable now lagipun sebelum tu Allah dah bagi banyak padanya. Banyak negara dah terjah, banyak wishlist dah tercapai. I like her. Moga allah beri kekuatan untuk buat physio pula lepas nii.

Alhamdulillah, azira masih punya kaki untuk berdiri sendiri.
Muhasabah diri, Allah bagi banyak dah dalam hidup. Tak perlu compare dengan orang lain sebab tiap ujian diterima Allah tahu, kita mampu overcome.

Paling terinspirasi, walaupun disable, she mempunyai klinik gigi dan mempunyai jawatan dalam sebuah syarikat besar.^^

Selamat berhujung minggu.

I is soooo sadd.

#inspirasimrs

11 JAN 2020

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *