Dalam artikel lepas, kami ada membincangkan mengenai . Anda boleh klik di sini untuk membacanya. (bagaimana akupuntur bekerja pada otot dalam keberkesanan untuk merawat sakit bahu)
Kali ini, kita akan berbincang mengenai KAJIAN SAINTIFIK KEBERKESANAN AKUPUNTUR MERAWAT SAKIT BAHU.
Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 85% daripada penduduk melaporkan kesakitan yang disebabkan oleh trigger point. Pada pesakit dengan sakit bahu didapati bahawa 77% trigger point di otot infraspinatus, 58% mempunyai trigger point pada otot trapezius atas, 49% di otot teres kecil (teres minor), dan 38% dalam otot deltoid. Trigger point adalah kejadian biasa dan dry needling sangat disyorkan untuk melegakan kesakitan disebabkan titik pencetus otot dan fascia (myofascial trigger point).
Akupunktur tradisional telah digunakan selama bertahun-tahun, tetapi dry needling baru digunakan oleh fisioterapis. Terdapat 8 kajian di dalam artikel ini untuk menunjukkan kepada anda keberkesanan dry needling untuk merawat sakit bahu. Semua kajian yang berlaku selepas tahun 2000 dan telah diserlahkan dalam tinjauan sistematik (systematic review) dan penulisan buku tentang keperluan dry needling. Tahap kesakitan, keterbatasan pergerakan (disability), kekuatan, dan tahap pergerakan (range of motion) diukur.
Ringkasan semua penemuan kajian adalah seperti di bawah.
All eight studies found statistically significant decreases in pain after dry needling. Four studies assessed range of motion and three found a statistically significant improvement with dry needling and the other one did not.
Semua lapan kajian dry needling mendapati terdapat pengurangan kesakitan yang signifikan dalam kalangan pesakit sakit bahu. Empat kajian menilai range of motion (tahap pergerakan sendi bahu), terdapat tiga peningkatan yang signifikan secara statistic dan 1 kajian lagi tidak ada perubahan, dry needling tidak efektif.
Of the three studies that measured pain pressure threshold one found a statistically significant improvement with dry needling, one found a clinically important but not a statistically significant improvement, and the third didn’t find a statistically significant improvement.
Daripada tiga kajian yang mengukur tahap tekanan sakit, satu kajian didapati signifikan secara statistic dapat mengurangkan tahap sakit manakala 1 kajian mengatakan dry needling penting tetapi keputusan kajian tidak menyokong dan 1 kajian lagi mendapati dry needling tidak efektif.
Two other studies reported improvements in strength and sleep in patients that received dry needling over those who did not. In two studies over-all function and mood were found to improve in patients who received dry needling over those without, but one study found that function did not improve more with dry needling.
Dua lagi kajian melaporkan peningkatan dalam tahap kekuatan bahu dan kualiti tidur pada pesakit yang menerima dry needling. Dalam dua kajian ke atas semua fungsi dan mood didapati peningkatan pada pesakit yang menerima dry needling berbanding mereka yang tidak, tetapi satu kajian mendapati bahawa fungsi itu tidak bertambah baik walaupun menggunakan dry needling.
Dry needling bukanlah modaliti yang biasa digunakan dalam rawatan fisioterapi tetapi ianya menjadi semakin popular. Berdasarkan kajian, penggunaan dry needling adalah alat penting dalam mengurangkan kesakitan pesakit yang disebabkan oleh trigger point.
Kesakitan yang dikaitkan dengan trigger point mungkin memberi kesan ke atas kualiti hidup, mood, dan melakukan aktiviti tertentu dalam keadaan yang menyakitkan. Sebarang rawatan yang berkesan dalam mengurangkan kesakitan perlu dilaksanakan dalam program rawatan pesakit demi meningkatkan kualiti kehidupan dan menjaga emosi keseluruhannya.
Semua kajian mendapati bahawa penggunaan dry needling dapat mengurangkan kesakitan pesakit dengan ketara. Itoh et al. menunjukkan bahawa dry needling segera mengurangkan kesakitan dikaitkan dengan trigger point.
Osborne dan Gatt juga menunjukkan bahawa pengurangan terbesar dalam kesakitan adalah dalam tempoh 24 jam dari rawatan dan berlangsung kira-kira tujuh hari selepas rawatan. Mereka juga melaporkan bahawa selepas tiga sesi dry needling, pesakit pada tahun kedua rawatan memberitahu tidak pernah merasakan tahap kesakitan seperti kali pertama sakit yang mereka alami.
Gerber et al. mengukur perubahan pada trigger point yang dari aktif kepada tahap latent (tidur) atau tiada rasa sakit lagi. Kajian ini menunjukkan korelasi yang ketara dalam pengurangan kesakitan dengan perubahan status trigger point.
Arias-Buria30 mendapati bahawa hanya satu kali rawatan dry needling dapat menambah baik fungsi pesakit dan boleh membantu dalam pemulihan yang lebih cepat.
Kebanyakan kajian menilai perubahan dalam kesakitan sebagai penentu utama keberkesanannya dan mendapati bahawa penggunaan dry needling berkesan mengurangkan kesakitan.
Hasil lain yang diukur dalam kajian termasuklah kadar gerakan sendi bahu, keupayaan melakukan aktiviti harian menggunakan bahu, kekuatan, kualiti tidur, mood, dan fungsi. Hasil antara setiap kajian didapati tidak konsisten. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk menentukan keberkesanannya lagi. Namun ia dapat disimpulkan, mereka yang mengalami sakit bahu boleh mencuba untuk melakukan dry needling.
Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam dan akupuntur, urutan, senaman terapeutik fisioterapi yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA