
Bekam adalah mekanisma yang menimbulkan reaksi berantai dan diawali dengan kerosakan mast cells pada kulit. Akibat kerosakan ini, akan dilepaskan beberapa mediator seperti serotonin, histamine, bradikinin serta zat-zat lain yang masih belum diketahui, ke arah tempat yang dibekam. Oleh itu, zat zat ini menyebabkan terjadinya pelebaran dinding pembuluh darah supaya dapat memperbaiki pengaliran darah dalam tubuh.


Kita ambil analogi mudah iaitu longkang yang tersumbat dengan sampah. Nak naikkan tekanan laluan air, mestilah dibuang sampah itu.
Begitu juga dengan badan kita. Jika banyak kolesterol,uric acid (gout) atau gula berlebihan (kencing manis) di dalam darah, ia dianggap sampah manakala salur darah dianggap logkang. Jantung kita akan mengepam darah dari jantung ke sistem badan dengan tekanan yang laju untuk memastikan darah berjalan ke seluruh badan dengan cukup. Jika sampah tiada, maka tidak perlulah jantung mengepam dengan laju, ia akan mengepam darah secara normal.
Dengan berbekam, bekam dapat mengeluarkan sampah-sampah yang dipanggil toksik, yang bertebaran di dalam darah. Sebab itulah, dengan melakukan bekam dengan kerap, sampah dapat dibersihkan dan longkang dapat mengalirkan air dengan laju. Begitulah badan kita, tiada kesumbatan sepanjang salur darah dan jantung dapat bekerja secara normal untuk menghantar oksigen dan nutrient kepada semua sel otak dan badan serta dapat mengambil karbon dioksida dan bahan buangan yang tidak digunakan dari badan untuk dikumuhkan dan disingkirkan dari badan.
Harap penerangan ini dapat membantu anda faham tentang kebaikan bekam terhadap kesihatan kita.
Jika anda tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. Like page fb: MY REHAB SPA official


