fbpx

SAKIT SENDI NI BOLEH SEMBUH DENGAN BEKAM?

Ramai pesakit cuba mencari jalan alternatif untuk mengurangkan rasa sakit pada sendi mereka.

Bekam dapat membantu mengurangkan rasa sakit selain pengambilan ubat tahan sakit atau ubat yang berkaitan. Selain itu, pesakit itu juga perlu berusaha mencapai berat badan yang seimbang. Mencari kaedah untuk mengurangkan kesakitan sendi tanpa berusaha menurunkan berat badan bagi pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan seakan tidak menyeluruh dan tidak merawat punca utama.

Semakin lama sendi semakin lemah kerana otot dan sendi sudah terlebih kerja. Berat badan normal dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kolesterol dan diabetes.

Terdapat dua fasa dalam keradangan ini. Ianya boleh jadi fasa akut iaitu sakit sendi, bengak, rasa panas dan kemerahan di sendi yang sakit dalam masa 24 jam. Maksudnya, keradangan sendi baru sahaja berlaku.  Fasa ini, bekam dapat mengurangkan keradangan dengan meletakkan titik ‘island’ iaitu keliling kawasan radang, ianya bukan di atas kawasan radang yang sedang sakit itu.

Tanda-tanda radang ialah kemerahan, panas, bengak, sakit dan hilang fungsi. Jika terdapat sekurangnya 3 tanda symptom ini, ia boleh dikatakan di dalam fasa akut. Manakala fasa keradangan kronik ialah melebihi 3 bulan rasa sakit di kawasan tersebut. Maka, bolehlah kita bekam di atas kawasan yang sakit untuk mengejutkan otot dan salur darah yang sudah bermasalah dan dapat membuang kotoran yang bertakung di kawasan sel tisu badan tersebut.

Kita boleh ambil contoh, Cikgu Zanariah mengalami sakit lutut belah kanan akibat penambahan berat badan mendadak dan rutin harian sebagai guru membuatkannya perlu banyak berdiri, berjalan, naik dan turun tangga untuk mengajar kelas ke kelas. Kelihatan tanda kemerahan, bengkak dan rasa panas di kawasan lutut kanannya. Fasa ini dipanggil fasa akut. Ini bermakna keradangan di kawasan sendi lutut sedang berlaku tanpa dapat dilihat dengan mata kasar. 

Kemudian, Cikgu Zanaariah mengambil ubat tahan sakit. Rasa sakit lutut hilang sekejap, namun keesokannya, lutut kanannya masih sakit.

Maka, Cikgu Zanariah mengambil lagi pil tahan sakit. Masa berlalu, sakit lutut kanan yang dihadapi masih berlaku. Cikgu Zanariah biarkan sahaja rasa sakit lutut itu kerana beliau tidak tahu cara sebetulnya yang perlu dilakukan. Beliau tidak pergi berjumpa fisioterapi, tiada fisioterapis mengajarnya teknik senaman lutut seperti STATIC QUAD EXERCISE dan STRAIGHT LEG RAISING. Cikgu Zanariah ada juga pergi urut, namun sakitnya hilang seketika, tidak lama kemudian ianya datang lagi, kerana tiada siapa yang memberitahu kepadanya cara mengubah rutin hariannya yang banyak berjalan itu kepada cara berjalan yang memerlukan rehat seketika, tiada siapa juga mengajarnya teknik angat barang yang betul dan cara duduk postur yang betul untuk mengurangkan sakit lututnya.

Tiga bulan berlalu, sakit lututnya masih belum pulih. Fasa ini dipanggil fasa kronik kerana keradangan berlaku di situ terlalu lama, melebihi 3 bulan. Maknanya, luka di kawasan dalam lutut kanan masih berlaku. Sekarang beliau mula merasai lutut kiri juga sakit. Ini kerana apabila lutut kanan sakit, kebanyakan berat badannya bertumpu di bahagian kiri. Ketidakseimbangan badan boleh menyebabkan Cikgu Zanariah sakit di bahagian pinggang dan tapak kaki jika dibiarkan berlarutan. Namun, ada rakannya memberi cadangan untuk ke My Rehab Spa. Cikgu Zanariah cuba ke sana. Rawatan yang diterima adalah urutan, bekam, teknik senaman fisioterapi lutut untuk dilakukan di rumah dan beberapa nasihat mengenai postur badan yang betul. Bekam dapat menurukan inflamasi mediator yang berkumpul di kawasan sendi lututnya. Beliau mula rasa sakit lututnya berkurang. Beberapa kali ke My Rehab Spa, dia mula mengubah gaya hidupnya dan kedua lututnya semakin pulih. Sekarang, dia masih melakukan bekam setelah tahu manfaat bekam yang bukan sahaja dapat merawat keradangan maalah dapat mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah sakit yang lain dengan syarat selain bekam, beliau mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari -cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. Fb page: MY REHAB SPA official , Instagram: myrehabspa_bs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *