EH DARAH BEKAM HANG ADA BUIH, HANG BANYAK ANGIN KA? Ke asid uric gout tinggi?
Kebiasaan kita dengar kenyataan ini. Apabila seseorang itu keluar buih macam air mendidih dalam kawasan cup bekam mereka, kita akan kata orang yang dibekam itu banyak angin. Pernah dengar?
Dalam perubatan moden, tiada istilah angin sebenarnya. Boleh baca artikel ini mengenai angin dalam badan, punca dan sebagainya. Secara perubatan modennya, tiada istilah angin di dalam badan. Di dalam badan kita, ada tiga tempat “angin” bertapa iaitu di perut, usus dan paru-paru sahaja.
Selain angin, ada juga yang beranggapan pengeluaran buih sewaktu bekam itu bererti paras asid uric dalam tubuh pesakit atau pelanggan itu tinggi. Kebetulan pula buih yang wujud adalah di bahagian kaki (ankle) atau ibu jari kaki. Mereka cuba kaitkan masalah gout yang selalunya terjadi di kawasan tersebut dengan kandungan tinggi asid urik. Ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui tahap asid uric di dalam badan kita. Artikel ini menerangkan faktor asid urik tinggi di dalam badan.

Sebenarnya, tak semua pesakit yang diserang gout, tahap asid uriknya tinggi. Ada juga paras rendah tetap diserang gout.
Yang sebenarnya, buih berlaku apabila terdapat ruang udara antara cup bekam dengan permukaan kulit. Ini menyebabkan udara dari luar berjaya masuk ke dalam cup bekam. Apabila udara bercampur dengan darah, maka terbentuklah buih. Ini juga dilihat pada permukaan kulit yang berbulu. Kita selalu tengok ala ‘mamak’ ni banyak bulu di betis dan kaki. Tapi tak juga taw! Yang lain punya genetik pun hado. Sebab itulah buih kebiasaannya banyak di bahagian kaki, betis dan tangan kerana kewujudan bulu- bulu halus ini dan juga kulit berlipat sewaktu disedut. Inilah yang mencipta ruang udara antara cup bekam dan permukaan kulit. Cup bekam mudah jatuh apabila disedut di kawasan ini kerana permukaan yang tidak rata dan saiz cup yang tidak melengkung atau tak fit mengikut permukaan kulit. Jadi, kawasan ini selalunya akan berbuih.

Ada juga sesetengah orang mengatakan ianya berkaitan dengan makhlus halus atau gangguan luar. Ada mengatakan jika bahagian belakang yang berbuih, itu rare kerana kebiasaanya tiada ruang udara antara cup bekam dan permukaan kulit. Menurut mereka darah bekam berbuih maksudnya di situlah jin dan hantu berkumpul kerana makhluk tersebut suka duduk di dalam darah kotor. Namun, secara perubatan, ianya bukan berkaitan makhlus.
Pengalaman kami dalam bekam, memang betul bekam dapat mengeluarkan darah akibat santau dan gangguan makhlus halus, tapi takde pula buih yang keluar. Yang pasti darah pekat dan hitam adaalaa. Wallahualam.
Nota diolah dari kelas Dr Muhammad Azrinaz, MD (UNPAD) Founder Dr Hijama
My Rehab Spa, Bukit Sentosa, Rawang. 012 968 9707
