Sekali lagi saya melihat kekuatan kakinya dan kemudian saya menyuruhnya berjalan. Saya rasa sedikit kecewa apabila Miasara berjalan dengan gaya yang sama. Lalu saya suruh Miasara berlari. Ehhh, elok pula haa berlari.
“Along rasa dia dah jadi biasa dengan cara jalan yang sama,” Di dalam kepala saya pun merasakan begitu.
“Kalau begitu, kadang-kadang minta Miasara berlari dan kita tengok macam mana, ada perubahan tak cara jalannya. Kalau dikira dah sembuh tu,” Ujar saya pula.
“Dah siap ke Kak Zira?” tanya Miasara yang masih berdiri.
“Yeee dah. Terima kasih Miasara,” saya memandang kepadanya dan Miasara menjawab “sama-sama”.
Selepas itu, saya buat fisio untuk Along pula yang mengalami sakit bahu dan leher. Barulah saya pulang sambil memkikirkan cara yang terbaik untuk bagi Miasara berjalan.
Kadang-kadang, psychological factor juga perlu diambil kira. Mindset yang sudah biasa berfikir begitu walhal ianya tidak sepatutnya berlaku, juga mempengaruhi proses penyembuhan seseorang. Sebab itulah, kita sebagai perawat kena merawat secara holistic.