Anak Patah Paha, Rujuk Fisioterapis

Usai saya mengurut Yus di My Rehab Spa, saya membuka application whatsapp saya. Oh, ada notification baru! Selepas membaca mesej-mesej di dalamnya, saya lihat nombor yang saya “pin“kan. Saya panggil along, sebab ustazah yang saya urut panggil along, saya pun along la juga. Hehe.

Lalu bertanya mengenai anaknya bernama Miasara. Sebelum tu tengok mesej di atas pertama kali Along hubungi mengenai anaknya.

Kali ini pakai tongkat Miasara ni yang berumur 6 tahun, patang tulang kaki, selesai operation, ada parut di bahagian luar kaki, atas sedikit dari lututnya (closed left distal femur fracture-united). Jadi, doktor refer untuk melakukan fisioterapi. Doktor spesifik kepada quadriceps exercise.

Kisahnya bermula apabila pengasuh datang ke rumah untuk memberi kek. Maklumlah, sejak PKP, along kerja dari rumah. Maka, tidak menghantar anak- anaknya ke rumah pengasuh.

Sewaktu pengasuh ingin pulang, Miasara ingin menaiki scooter yang digunakan pengasuh untuk menghantar kek tersebut. Kerana sudah biasa, Along benarkan. Selesai menikmati pemandangan kawasan sekitar, pengasuh memberhentikan scooter. Miasara berdiri di atas tempat landai scooter apa namanya lahaii saya pun tak pasti, di hadapan pengasuh. Lalu pengasuh pun turun dari scooter. Tanpa sengaja, Miasara memusingkan handle scooter lalu minyak ditekan dan scooter meluncur ke depan, melanggar pagar jiran sebelah rumah. Kemudian, zasss. Doktor operate betulkan tulang. 2 bulan berlalu, kali ke 3 saya datang. Kali pertama, ajar jalan sebab lama tak pijak lantai. Pakai tongkat. Kali kedua, ajar senaman kaki. Kali ketiga tujuannya nak kuatkan kaki.

Sewaktu saya masuk ke dalam rumah, kelihatan Miasara duduk di atas kerusi menonton cerita kartun di televisyen.

Gambar contoh di bawah:

 

“Haa, kak zira dah datang, ready!” Ujar along sambil menaip sesuatu di komputernya di meja makan. Miasara pula tersengih- sengih bangun berdiri.

“Jap, cuba Miasara jalan dulu, Kak Zira nak tengok,” Nampak gaya macam malas- malas je untuk bangun, tapi tetap berjalan. Apabila merawat kes paediatric (kanak-kanak), kena dikira emosinya. Kena pandai “psiko”, orang kata. Layan jee.

Nampak limping gait (jalan terhencut-hencut) masih ada. Saya rasa keliru juga, bila buat muscle power, dengan menyuruh Miasara membengkokkan dan meluruskan lutut sambal melawan tangan saya yang memberi sedikit resistance, bagusnya, beliau boleh lakukan. 

Saya memanggilnya duduk, saya urut kedua kaki kiri dan kanannya, depan dan belakang sambal Miasara melihat tab nya. Saya buat urutan kerana semuanya sudah pulih, mungkin ada muscle knot (urat tegang) di paha dan betisnya yang membuatkan Miasara berasa sakit walaupun sudah boleh berjalan.

Ada masa dia bertanya, lambat lagi ke. Tak pasti sebab betul-betul sakit atau sebab nak main tab. Haha. Tapi Kerjasama yang diberikan sangat bagus.

Kemudian, saya memintanya melakukan squat. Miasara boleh bertahan selama 10 saat. Selepas itu berdiri satu kaki, bergilir dengan kaki yang lain. Walaupun di pertengahan, macam nak perhatian ibunya, tapi tetap buat. A good girl.

Kemudian Miasara tanya, ibu lama lagi ke. Hahaha. Saya kata, “dah nak siap”

Saya menyuruhnya baring kembali dan melakukan joint mobilisation (pergerakkan ke atas bawah kiri kanan, kepala) di kepala lutut (patella) dan sendi lutut.

Sekali lagi saya melihat kekuatan kakinya dan kemudian saya menyuruhnya berjalan. Saya rasa sedikit kecewa apabila Miasara berjalan dengan gaya yang sama. Lalu saya suruh Miasara berlari. Ehhh, elok pula haa berlari.

“Along rasa dia dah jadi biasa dengan cara jalan yang sama,” Di dalam kepala saya pun merasakan begitu.

“Kalau begitu, kadang-kadang minta Miasara berlari dan kita tengok macam mana, ada perubahan tak cara jalannya. Kalau dikira dah sembuh tu,” Ujar saya pula.

“Dah siap ke Kak Zira?” tanya Miasara yang masih berdiri.

“Yeee dah. Terima kasih  Miasara,” saya memandang kepadanya dan Miasara menjawab “sama-sama”.

Selepas itu, saya buat fisio untuk Along pula yang mengalami sakit bahu dan leher. Barulah saya pulang sambil memkikirkan cara yang terbaik untuk bagi Miasara berjalan.

Kadang-kadang, psychological factor juga perlu diambil kira. Mindset yang sudah biasa berfikir begitu walhal ianya tidak sepatutnya berlaku, juga mempengaruhi proses penyembuhan seseorang. Sebab itulah, kita sebagai perawat kena merawat secara holistic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *