Terapi Urutan atau Regangan, Mana yang lebih baik?

Anda benar-benar tidak dapat membandingkan aktiviti mana yang lebih sihat kerana urutan dan regangan sendi badan mempunyai tujuan dan keperluan yang berbeza.

Urut dan peregangan adalah cara yang baik untuk memastikan otot-otot urat sendi anda relaks, lembut, tidak tegang selepas senaman atau latihan lain dan membantu pemulihan selepas kecederaan atau setelah melakukan senaman yang berlebihan.

Regangan membantu perjalanan darah mengalir ke otot dan menyelaraskan serat otot (muscle fibre). Otot sering mengalami koyak mikro (microtear) setelah ketegangan yang timbul di otot semasa anda menggunakannya (dan terlalu banyak digunakan).

Sebaliknya jika otot anda kaku (cramp) kerana tidak aktif, menguncup (otot tegang dan tidak berlaku pemanjangan atau pemendekan dan saling melekat); regangan dan pergerakan yang perlahan dapat mengembalikan keseimbangan dan kepanjangan otot secara normal.

Regangan akan meningkatkan fleksibiliti, menjaga sendi dan menjadikannya tidak terdedah kepada kecederaan.

Terapi urut pula dilakukan oleh ahli terapi secara manual dengan memanipulasi otot, ligamen dan tisu penghubung badan. Terdapat pelbagai jenis urutan dan teknik yang sesuai untuk tujuan yang berbeza mengikut hasil yang diinginkan. Terapi urut adalah rawatan manipulasi secara sistematik dan saintifik terhadap tisu lembut tubuh, dengan menggunakan tekanan, geseran, pukulan, perkusi, menguli, getaran dengan cara manual atau mekanikal, jarak gerakan dan peregangan yang tidak spesifik.

Terapi urut merangkumi penggunaan minyak, ais, paket panas (hot pack) dan sejuk, tab mandi, mandi wap, atau sauna mengikut tujuan yang diinginkan.

Ini dapat membina dan menjaga fizikal dan mental dalam keadaan yang paling optimum.

Untuk apa urut?

 Terapi urut mengurangkan tindak balas sistem saraf simpatik terhadap aktiviti mental yang hiper, dengan kata lain ‘STRESS’ dari pekerjaan dan tanggungjawab seharian, yang kebanyakannya menggunakan pergerakan otot dan sendi tubuh badan kita sendiri.

Urutan profesional juga bagus untuk diberikan sebagai hadiah kepada ibu bapa dan seseorang yang anda sayangi.

Urutan membantu anda untuk regangan pasif yang sangat baik dan berkesan untuk meningkatkan aliran darah ke otot, dan ini membawa kepada gerakan yang lebih baik yang membantu sendi anda agar tetap sejajar.

Urutan boleh:

1) Membantu otot yang tegang untuk diperbaiki lebih cepat

2) Mengurangkan bengkak dan tisu parut jika anda cedera

3) Meredakan kekejangan dan ketegangan pada otot anda

4) Mengurangkan tekanan perasaan, kegelisahan dan keletihan

Regangan memang mempunyai banyak persamaan dengan mengurut, tetapi faedah utamanya adalah melegakan ketegangan yang timbul di otot semasa anda menggunakannya (dan terlalu banyak digunakan).

Memiliki regangan yang sangat baik dan berkesan dapat meningkatkan aliran darah ke otot anda, dan ini membawa kepada gerakan yang lebih baik yang membantu sendi anda agar tetap sejajar.

Apa yang meregangkan?

Peregangan dengan betul boleh:

1) Meningkatkan peredaran darah anda

2) Meningkatkan kesihatan saraf anda – otot yang berkontraksi menimbulkan tekanan saraf dan menyekat bekalan darah

3) Memudahkan pergerakan

4) Meningkatkan fleksibiliti

Selain itu, terdapat beberapa perbezaan antara regangan badan dengan terapi urutan seperti berikut:

# 1: Urutan menerima, regangan perlu dilakukan.

Urutan adalah mengenai penerimaan. Keseluruhan idea adalah untuk berehat dan berbaring di di atas tilam atau katil sementara ahli terapi urut akan meregangkan otot dan melembutkan “simpulan otot” anda, yang sebenarnya adalah serat otot (muscle fibre) yang telah tersekat. Semasa diregangkan, badan anda bekerja untuk mendapatkan pergerakan dan kelenturan.

# 2: Urut melegakan kesakitan, peregangan mengurangkan kemungkinan kecederaan.

Sebagai contoh, sebelum permainan bola sepak, anda melihat atlet di padang berdiri meregang untuk melonggarkan otot sehingga mereka dapat bergerak lebih cepat dan lebih lancar. Spa adalah tempat anda pergi selepas permainan, latihan atau senaman yang dapat merehatkan otot dan membawa penyembuhan yang lebih cepat.

# 3: Terapi urut memerlukan pensijilan, tetapi sesiapa sahaja boleh melakukan regangan.

Terdapat lebih banyak parameter undang-undang untuk urut seperti pensijilan dan pelesenan. Oleh kerana itu, urut profesional adalah cara untuk merawat kesakitan dan lenguh badan yang tidak dapat anda lakukan sendiri, sementara regangan adalah perlu dilakukan sendiri.

Bagaimana urut dan rutin regangan dapat berfungsi bersama?

Peregangan harian – ke titik di mana anda dapat merasakannya menarik otot anda – dapat membantu meningkatkan fleksibiliti anda, dan dapat merasakan kesannya dalam beberapa minggu.

Menikmati urutan berkala membantu memastikan badan anda tetap santai dan lentur. Urutan boleh melepaskan titik pencetus/ biji angin (trigger point) dan otot dalam kekejangan, menjadikan rutin regangan anda menjadi lebih berkesan.

Anda juga boleh memilih urutan Thailand yang menggunakan peregangan dan tekanan pada satu sesi untuk memberi otot, tisu lembut dan senaman yang menyeluruh. Anda juga boleh meminta nasihat ahli terapi urut jika anda mengalami kecederaan atau mengalami kekejangan pada otot anda.

Kami harap anda sekarang mempunyai idea yang lebih baik kenapa dan bila badan perlu diurut dan perbezaannya dengan melakukan regangan. Tidak kira seberapa aktif anda, kedua-dua aktiviti boleh membawa hasil yang baik dan manfaat kesihatan. Jika anda Wanita di Bukit Sentosa Rawang Selangor, ingin mencari ‘one stop centre’ untuk melakukan urutan, bekam, akupuntur, spa muka dan badan yang menggabungkan rawatan moden dan tradisional, anda boleh hubungi kami My Rehab Spa di 0129689707.

Urutan Terapi Sakit Leher, Bahu dan Belikat

Tengah baring-baring menunggu isya, saya mendapat notification mesej daripada Along anak ustazah. 

Along tanya esok petang free ke? Ini semestinya mengenai masalah sakit leher dan bahunya. Memandangkan pagi saya ada janji dgn kakak lain, kami setuju petang.

Keesokan petangnya saya ke rumah Along di Selayang Baru. Sebab ustazah (ibunya yang saya urut) panggil Along, saya pun panggil Along jugalah. Hehe. Kadang-kadang Along tersasul juga membahasakan dirinya Kak Aina, sebabnya di tempat kerja rakan-rakan memanggilnya Kak Aina. Begitulah.

Okai, selepas memberi salam saya masuk ke dalam rumah. Tiga orang anaknya yang semua perempuan menyambut kedatangan saya. Semuanya masih kecil-kecil lagi. Kelihatan Along sedang duduk di meja makan, menaip sesuatu menggunakan laptop bertentangan dengan pintu saya masuk. Lalu along berkata “Kejap ye Azira, along nak siapkan kerja office sikit je lagi”.

Sambil menjawab “ok baiklah” saya duduk dia hadapan televisyen yang menyiarkan cerita kanak- kanak bertajuk Pada Zaman Dahulu. Selang tiga minit, Along menutup komputernya.

Dah 8 bulan Along work from home, makin sakit leher dan bahu Along ni. Haritu lepas buat dengan awak, rasa kurang dah sikit. Duduk seminggu lepas tu, asyik duduk menghadap komputer jeee, sakit balik dah bahu Along ni” luahnya.

Saya lantas membalas, “Oooo. Along buat tak exercise yang saya pesan tu?”

“Buat. Kuranglah sekejap, lepas tu tegang memanjang juganya leher Along ni. Semalam bahu lenguh je rasa, petangnya leher pula tegang”.

Ada kaitan la sendi berdua ini. Along berjalan ke arah saya lalu duduk di atas lantai. Toto kecil dibentang, satu bantal kecil yang berhampiran kerusi dicapai lalu Along meniarap tanpa disuruh. Sudah kali ketiga buat fisio dengan saya. Sudah tahu posisi bagaimana harus bermula. Hehehe.

Sambil menekan paraspinal muscle (otot di tepi sepanjang tulang belakang) dengan tapak tangan, saya berkata padanya. 

“Haa, ni tegang belah kanan pinggang, lepas tu atas bahu ni, muscle spasm ni.”

Ini memang biasa bagi orang yang kerjanya banyak menunduk terutama apabila asyik mengadap komputer dari masuk kerja hingga habis kerja. Itu belum kira bagi mereka yang sambung lagi bekerja pada waktu malam untuk mengejar deadline.

 

“Haa, betul. Dekat situ along rasa… auuchhh” kedengaran along menjerit halus sebab menahan kesakitan. Saya pula yang jatuh kasihan padanya. Demi mencari rezeki buat keluarga, seorang ibu memang berkorban, rela menahan sakit dirinya. Selagi boleh tahan, memang akan bertahan. Tetapi kalau anak sakit cepat sahaja risaunya. Naluri keibuan, begitulah.

Selepas saya merasakan otot-otot paravertebral muscle sudah lembut, saya meluruskan kedua siku saya untuk menekan kawasan otot tersebut secara berperingkan. Ini dinamakan spine manipulation.

Tiba di level middle thoracic, “prakkk prak” bunyinya. Miasara di tepi along terkejut. “Ehhh tulang ibu patah ke?” Sambil memandang ke arah kami.

“Takk. Kak zira betulkan tulang ibu ni. Banyak sangat menunduknya” jawab Along walau dalam keadaan muka menelungkuk menyentuh lantai.

“Ooo” terus mengalihkan wajahnya ke tab di pegangannya.

“Ha, ni Miasara kena duduk baik-baik. Jangan buat ibu sedih. Kesian ibu, sakit” balas saya sambil tersengih walaupun sengihan saya tertutup di sebalik face mask.

Miasara sengih kembali. Saya suka mengusik kanak-kanak begitu kerana semestinya perangai anak-anak salah satu faktor menyumbang perubahan “mood” seorang ibu.

Tiga step manipulation yang diajar Haji Bahman sewaktu belajar ijazah fisioterapi dahulu selesai. Kemudian saya menekan menggunakan ibu jari pada kawasan yang saya rasakan tegang itu. Along membengkokkan kakinya sedikit tanda kesakitan, lalu saya perlahankan tekanan tangan dan beralih ke kawasan lain dahulu sebelum beralih ke kawasan sakit kembali.

Selepas melakukan trigger point massage di bahu, belikat dan leher, saya meletakkan TENS di upper trapezius dan rhomboid major (atas bahu dan belikat tengah) selama 15 minit.

Waktu ni Along bercerita. “Along dah lama tak pergi klcc tu. Kalau nak masuk office, kena swab test, kena lapor dulu pada guard, banyak menda kena buat.”

Work from home ni bebanan kerja lagi banyak. Along pula kena cover kawan bersalin. Lagi banyak payment yang along kena cek. Kadang-kadang tu rasa nak menangis pun ada,”

“Oo. Yelah. Ramai yang stress bila wfh ni”.

“Tapi, kalau tak wfh pun, sakit juga Azira. Hahaha”

Lepas gelak along sambung lagi, “Lagi-lagi duduk jee di office tak bergerak. Sedar- sedar lunch hour. Sedar-sedar dah pukul 6 petang,”

Hehehe. Betulla tu. Sebab tu ramai pekerja pejabat kena slipped disc. Prolong sitting. Jaranglah yang nak bangun sekejap, berjalan, buat stretching sikit dan menyambung kerja mereka. Kecuali mereka yang dah ada awareness ataupun dah pun mengalami sakit ini.

Sambil bersembang tentang kerjaya along di syarikat pelantar minyak, saya memberi nasihat sekali lagi supaya berehat sebentar selang sejam paling kurang sewaktu duduk lama tu kan, buat senaman. Paling kurang, dongakkan leher ke atas sambil mengangkat lurus kedua tangan ke arah syiling. Lawan arah kepada leher yang asyik menunduk sahaja kan. (Gambar bawah ni dongak ke atas sahaja, tak jumpa pula yang sekali dengan bahu ><).

 

Selepas 15 minit, saya tekan kembali point yang bermasalah. Kemudian saya menyuruh Along baring melentang pula. Leher dipusing kiri, kanan dan ke tepi. Lalu saya minta Along tekan dagu ke dalam (neck retration) selama 10 saat dan relax. Menggunakan tuala yang dibalut di sekitar leher, saya menarik ke atas untuk regangan leher selama 3 kali.

“Uiii, lega sikit” ujarnya. Saya senyum bersyukur dalam hati. Tidak sia sia ilmu yang belajar degree 4 tahun. Takpelah KKM reject saya pun. Haha.

Selepas itu, saya bengkokkan kedua lututnya dan membawanya ke dada.

Step kedua, kedua lutut yang dibengkokkan tu, saya gerakkan ke kiri dan kanan (pelvic rotation) selama sepuluh kali. Kedengaran juga tulang pinggang “prak” berbunyi.

Step ke 3, dengan kedua lutut dibengkokkan dalam keadaan baring, saya meminta along mengangkat punggungnya (bridging exercise) sambil saya kira sehingga 10, dan kembali ke posisi asal. Saya minta along ulang selama 5 kali.

 

“Okai, sekarang Along duduk bersila.” Sewaktu duduk, saya mengurut bahu Along menggunakan ibu jari.

“Yang ni macam biasa sakit sikit. Along tarik nafas ikut hidung, hembus ikut mulut macam selalu tu ye”

Menggunakan siku, saya menekan beberapa point bahu atas (levator scapulae dan upper trapezius). Setiap point saya kira antara 10 ke 30 dan lepaskan.

“Uiii terasa sampai ke kepala Along”

“Ko memang Azira, selagi tak puas hati, memang tekan eaaa. Sedaple menekan, yang sakit ni macam hapee dah,” Saya mengekek ketawa.

“Yee, saraf berkaitan. Kadang-kadang kita sakit kepala sebab bahu dan leher yang tegang ni. Darah yang membawa oksigen lambat sampai ke otak” ujar saya.

“Oooo”

Selepas melakukan regangan leher mendongak ke atas, ke bawah, ke tepi, ke kiri dan ke kanan, saya mencengkam dan lepaskan kawasan kepala, beberapa kali. Point tepi kening juga diurut bagi mengurangkan tekanan kerja Along.

Akhir sekali, saya meluruskan tangan along ke atas arah syiling, saya berdiri dan menarik tiap jari tangannya.

“Okaii, siapp. Ada pening ke apa apa tak?” Tanya saya.

“Takde. Lega dah sikit”

Okaii jangan lupa buat senaman leher yang saya ajar tu intermediate dengan buat kerja taw.

“Yee baiklah”. Selepas bersembang kisah seharian, Along berdiri dan mengeluarkan dompet. Selepas membuat bayaran saya katakan resit untuk company claim nanti saya attach di whatsapp.

“Okai okai. Nanti next session along beritahu bila ye” ujarnya.

“Baikkk, saya pulang dulu. Assalamualaikum.”

Semua seisi rumah menjawab salam saya lalu saya pulang. Satu kegembiraan bagi saya melihat sakit yang berkurang pada setiap pelanggan yang dirawat. Kalau belum berkesan, mulalah saya risau. Kerana rawatan saya tiada subsidi kerajaan, mereka spend untuk kesihatan mereka. Moga Allah memberi kesihatan yang baik buat semua pelanggan saya.