Selalu kan kita akan bertanya jurubekam, banyak ke darah kotor saya yang keluar?
Dan jurubekam pun akan beritahu, di titik ini sikit, dekat point ini banyak. Lalu anda akan bertanya lagi, oh kat situ sikit, kenapa eh? Atau soalannya oh darah saya banyak, kenapa ye? Darah banyak tu banyak toksid ke?
Pelbagai soalan yang jurubekam akan terima dan pelbagai jawapan anda yang akan tanya.
Sebenarnya, tidak perlu mengira-ngira darah kotor dalam darah bekam. Kuantiti darah yang keluar bukanlah penanda ukur bahawa sesi bekam itu bagus dan berjaya, malah lebih membimbangkan jika ada yang mengatakan lebih banyak darah, lebih banyak penyakit ‘keluar’. Sebenarnya, yang paling bagus ialah kita telah mengeluarkan bahan toksid yang dipanggil CPS: Causative Pathological Substance di bawah lapisan permukaan kulit kita ini.
CPS bukanlah dalam bentuk darah yang banyak tetapi apabila kita memecahkan kapilari, automatik darah dari kapilari akan turut keluar.
Jumlah darah yang keluar, warna darah adalah berdasarkan sistem badan seseorang. Contohnya, cara pemakanan mereka, tahap nilai platelet mereka dalam proses membekukan darah dan sebagainya. Boleh baca artikel ini untuk tahu punca jumlah darah keluar.
Utamakan amalan bekam yang konsisten bila perlu untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap kesihatan paling optimum dan mengamalkan bekam secara bersih dan selamat.
Jika anda tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. page fb: MY REHAB SPA official, instagram: myrehabspa_bs Youtube: MY REHAB SPA
kredit to guru kami Dr Azrinaz, founder of Dr Hijama.


