KYPHOSIS: CARA BETULKAN TULANG BELAKANG BONGKOK

  • Keadaan tulang belakang di bahagian thoracic melengkung yang dipanggil (roundback, hunchback) 
  • Ini disebabkan oleh penyakit ‘degenerative’ ataupun penuaan, hilang fungsi pada organ dan tisu. 
  • Cobb angle adalah kaedah untuk mengukur tahap bongkok dialami (kyphosis) (T2-T12)
  • Normal kyphosis angle is around 20°-40°

KOMPLIKASI DISEBABKAN KYPOTHIC POSTURE INI ADALAH

1- Sakit belakang yang berterusan

2- kesukaran bernafas kerana tulang belakang thoracic menekan paru-paru

3- Mudah kebas tangan, bahu keras dan lenguh disebakan saraf mula terkepit

4- Kurang keyakinan diri 

Kyphosis boleh disebabkan postur duduk membongkok yang terlalu lama. Lama- kelamaan tulang akan membongkok sekali.

Kyphosis juga boleh disebabkan faktor ‘congenital‘ iaitu sejak lahir tulang melengkung lebih dari normal.

RAWATAN UNTUK KYPHOSIS

1- Membaiki kepada cara postur yang betul dengan duduk tegak

2- Melakukan senaman untuk kembalikan lengkungan tulang belakang kepada normal semula. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah.

Tahan 10 saat, dan ulang beberapakali.

Konsep senaman adalah melawan postur membongkok. Maksudnya kena banyakkan menolak pinggang dan belakang ke depan melawan arah bongok. Harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan.

Jika konsisten melakukan senaman, ianya sangat membantu anda untuk kembalikan ‘curve’ tulang belakang yang normal.

3- Urutan, chiropractic, pembetulan tulang belakang dan manual terapi untuk membantu pembetulan tulang thoracic anda.

4) Pemakaian braces juga membantu untuk menegakkan postur anda.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam, urutan, yumeiho, dan fisioterapi yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707 untuk kami bantu. MY REHAB SPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *