BETUL KE DARAH BEKU & BERKETUL-KETUL YANG KELUAR SEMASA BEKAM ITU MENANDAKAN DARAH KOTOR SANGAT?

Secara fisiologi darah yang keluar dari tubuh akan mengalami proses pembekuan darah. Apabila terkumpul di dalam cup bekam maka kelihatan seperti berketul, beku, jelly atau bertali.

Di dalam darah mengandungi sel platelet iaitu agen pembekuan darah yang berfungsi untuk menghentikan darah sewaktu luka dan sebagainya.

Inilah kebesaran Allah Maha Pencipta yang telah menciptakan kita dengan begitu terperinci mengikut keperluan makhlukNya. Bayangkan sekiranya darah yang keluar dari badan tidak ada keupayaan untuk membeku. Darah akan terus keluar dan mengalir tanpa henti. Itu membahayakan.

Darah beku, berketul dan berjeli bertali itu adalah kesan semulajadi bagi individu normal. Jangan kata saka pula. Boleh tgk artikel ini bagi mengetahui faktor menyebabkan darah sikit atau banyak.

Bekam perlu dielakkan pada mereka yang mempunyai masalah kurang platelet atau  kurang ejen pembekuan darah. Contohnya, sakit Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP): sistem imun badan tak dapat membekukan darah, demam denggi dan hemophilia.

(Kredit to Dr Azrinaz, founder of Dr Hijama kerana mengajar kami bekam klinikal yang saintifik x0x0)

Selain itu, kontraindikasi bekam adalah:

1- tekanan darah tidak stabil

2- wanita hamil 1st trimester : ganggu perkembangan janin

3- kekenyangan : darah banyak fokus di perut utk pencernaan. Selesai bekam elok minum y manis seperti madu utk tingkatkan stamina

4- penghidap diabetes yang sensitif pada luka (namun boleh dilakukan menggunakan pen bekam)

5- baru sahaja menderma darah

6- Mengambil ubat melancarkan perjalanan darah spt warfarin (perlu dipertimbangkan melalui beberapa ujian)

Jika anda tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6012 968 9707  untuk kami bantu. MY REHAB SPA

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *