Petua Hilangkan Sakit Belakang Dari Rumah

Sakit Belakang merupakan masalah kesihatan dalam kalangan anda yang berumur pertengahan dan orang tua tetapi kdang- kadang ada juga dalam kalangan anda yang muda.

Beberapa symptom sakit belakang adalah sakit di bahagian belakang dan sekitar pinggul, tahap kelenturan tulang belakang berkurang dan sukar untuk tidur.

Sakit Belakang akan berlaku disebabkan ketegangan otot, diet yang salah, kurang melakukan diet, radang sendi, tenaga kerja berlebihan, cara duduk berpanjangan yang salah dan ibu mengandung. Sakit belakang menyebabkan kesukaran untuk melakukan rutin harian. Rawatan secara natural boleh membantu mengurangkan sakit dengan cepat dan mengembalikan kegembiraan anda seperti dahulu.

Di sini disertakan, 4 remedi utama rumah untuk sakit belakang.

  1. Halia
  • Akar halia, yang digunakan untuk menyembuhkan muntah, juga boleh digunakan dalam rawatan sakit belakang. Sebatian anti-radang dalam halia boleh memberi anda kelegaan dari sakit belakang.
  • Sapukan beberapa hirisan halia di kawasan yang terjejas, diikuti minyak eukaliptus.
  • Potong 4 hingga 6 kepingan nipis akar halia segar dan letakkannya dalam satu dan setengah cawan air. Rebus pada api kecil selama 10 hingga 15 minit. Sejukkan sebatian tersebut pada suhu bilik dan tapiskannya. Masukkan madu dan kemudian minum.
  • Anda boleh minum teh halia ini dua atau tiga kali sehari selama beberapa hari atau sehingga anda melihat perubahan pada tahap kesembuhan anda.
  • Anda juga boleh membuat teh herba dengan satu setengah sudu teh lada hitam, satu setengah sudu teh cengkih dan satu sudu teh serbuk halia.

Image result for halia untuk sakit belakang

2 Daun Basil

Daun Basil juga boleh membantu anda ketika mengalami sakit belakang.

  • Tambahkan 8 hingga 10 helai daun basil ke satu cawan air dan rebus sehingga air menjadi separuh.
  • Biarkan ia sejuk pada suhu bilik dan kemudian masukkan garam.
  • Untuk kesakitan yang ringan, minum ramuan ini sekali sehari; untuk kesakitan yang teruk, minum dua kali sehari.

Image result for daun basil untuk sakit belakang

3 Minyak Herba

Mengurut belakang anda dengan minyak herba boleh membantu otot anda berehat dan melegakan kesakitan. Anda boleh menggunakan mana-mana minyak herba seperti minyak kayu putih, minyak badam, minyak zaitun atau minyak kelapa. Panaskan minyak sehingga hangat dan urut dengan lembut di atas kawasan yang sakit.

4 Bawang putih

Bawang putih adalah bahan lain yang boleh membantu merawat sakit belakang. Hanya makan dua hingga tiga ulas bawang putih setiap pagi pada perut kosong. Anda juga boleh mengurut belakang anda dengan minyak bawang putih.

  • Untuk membuat minyak bawang putih, panaskan minyak kelapa, minyak sawi atau minyak bijan pada api yang rendah dan kemudian tambah 8 hingga 10 ulas bawang putih kepadanya. Goreng bawang putih hingga coklat. Terikan minyak dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Urut belakang dengan lembut dengan minyak. Biarkan selama beberapa lama dan kemudian mandi di dalam air suam.

Image result for bawang putih untuk jerawat

 

Ini sahaja 4 petua untuk menghilangkan sakit belakang yang anda sendiri boleh lakukan dari rumah.

Semoga ia bermanfaat untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *