20 Sebab Kenapa Urutan memberi Kebaikan kepada Kesihatan anda (My Rehab Spa, Bukit Sentosa, Rawang)

Urutan badan adalah lebih daripada sekadar urutan santai / relaksasi. Terdapat banyak manfaat kesihatan yang berkaitan dengan urutan badan mahupun urutan muka. Urutan datang dalam pelbagai teknik dan gaya. Walaupun orang yang mempunyai gaya hidup yang benar-benar sibuk boleh mengambil kesempatan untuk melakukan teknik urutan yang meningkatkan kesihatan ini. Di sini, kami di My Rehab Spa, Bukit Sentosa Rawnag Selangor akan menceritakan 20 sebab kenapa urutan badan memberi kebaikan kepada kesihatan anda. 

1) Urutan Badan dapat Mengurangkan rasa Sakit Kepala

Sakit kepala berpunca dan diadiagnos dari pelbagai aspek. Boleh jadi disebabkan cuaca panas, masalah kesihatan, migrain, kesan sampingan yang berpunca dari sakit lain seperti sakit gigi, lenguh bahu leher dan stress. Terdapat kajian membuktikan urutan badan berkala dapat mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Boleh klik di sini.

2) Urutan Badan dapat Melegakan dan Merehatkan Badan

Urutan Swedish, urutan relaksasi atau urutan menggunakan batu panas (hot stone massage) dilakukan oleh terapis dengan menggunakan tekanan tangan yang betul, kadang-kadang digabungkan dengan haba, untuk melegakan otot-otot yang sakit. Jika badan anda lenguh, sakit dan merasa ketat sepanjang minggu yang tegang di pejabat, salah satu gaya urutan ini adalah cara yang terbaik untuk berehat.

3) Urutan Badan Mengurangkan Sakit Sendi

Sakit sendi adalah isu yang biasa kita dengar. Ada juga bakal ibu yang mengalami sakit sendi terutamanya sakit belakang dan bahu. Zaman sekarang banyak cadangan dan teknik urutan yang diajar kepada bakal ibu untuk mengurangkan kesakitan dialami. Untuk bukan bakal ibu pun, urutan badan secara berkala dapat melegakan kesakitan sendi yang dialami.

4) Minimumkan Sakit Belakang dengan Urutan

Salah satu faktor terbesar penggunaan ubat tahan sakit adalah disebabkan sakit belakang. Namun, sakit belakang tetap terasa, makin lama makin sakit, dan penggunaan ubat tahan sakit tidak lagi membantu. Kajian menunjukkan, urutan belakang dapat mengurangkan penggunaan 36% ubat tahan sakit. 

5) Urutan Neuromuscular (saraf dan otot) Menangani Kecederaan Pergerakan Berulang

86 peratus orang dewasa di Malaysia bekerja menggunakan meja. Maksudnya, mereka duduk dan menghadap komputer ataupun menulis dan merangka sesuatu di atas meja.  Sebahagian besar daripada mereka melakukan tugas berulang yang boleh mencederakan tangan, pergelangan tangan, lengan, leher dan belakang mereka. Walaupun urutan biasa akan membantu mengurangkan kesakitan ini, urutan teknik saraf neuromuscular sebenarnya boleh menangani punca masalah otot anada sakit. Urutan saraf dan otot ini dapat memberikan anda hasil yang optimum.

6) Urutan Badan dapat Mengurangkan Masalah Kebimbangan (Anxiety)

Kira-kira 40 juta rakyat Amerika mempunyai beberapa bentuk kebimbangan. Kerajaan menggunakan hampir satu pertiga daripada jumlah perbelanjaan kesihatan untuk membantu kesihatan mental rakyatnya. Urutan boleh mengurangkan separuh tahap hormon tekanan badan anda yang akan mengurangkan gejala kebimbangan.

7) Urutan Badan dapat Meningkatkan fleksibiliti Sendi anda

Kebanyakan orang tidak fleksibel seperti orang lain. Contohnya, apabila melunjurkan kaki, jari tangan sukar untuk menyentuh hujung jari kaki anda. Ini bermakna anda mengalami ketegangan otot belakang paha (hamstring) dan anda kurang fleksibel. Urutan sukan dapat meningkatkan tahap kelenturan iaitu fleksibiliti sendi anda.

8) Kajian menunjukkan urutan badan dapat membantu pesakit kanser

4 daripada 10 orang dewasa akan berjuang dengan kanser di dalam kehidupan mereka. Urutan badan digunakan sebagai rawatan komplementari kerana ia dapat mengurangkan banyak symptom kanser seperti pening (nausea), sakit badan, sukar tidur (insomnia) dan keletihan badan.

9) Urutan Badan mengurangkan Insomnia

Kajian menunjukkan satu pertiga orang dewasa mengalami kesukaran untuk tidur iaitu insomnia. Mereka yang sukar tidur akan mencari cara untuk meningkatkan kualiti tidur mereka. Kajian mengenai tidur di sini menunjukkan urutan berkala setiap minggu dapat mengurangkan insomnia. Tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan badan anda. Mereka yang tidak cukup tidur menyebabkan sistem imun yang lemah dan risiko kemurungan yang lebih besar.

10) Urutan badan dapat menambahkan semula (recharge) tenaga badan anda

Adakah anda sering berasa penat, letih, tidak bermaya pada akhir hari kerja anda? Urutan Swedish akan melegakan anda. Urutan Swedish juga dapat mengembalikan semula tenaga anda yang hilang akibat rutin kerja harian yang tidak berkesudahan. Ianya membuatkan anda berasa lebih bertenaga sepanjang hari.

11) Urutan Badan Meningkatkan Kualiti Hidup

 Pesakit yang sedang mendapatkan penjagaan paliatif melakukan urutan badan berjaya meningkatkan kualiti hidup mereka (quality of life). Kebanyakan orang pernah mendapatkan urutan sekali setahun bagi masalah kesihatan badan mereka.

12) Urutan Badan dapat Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan

Setiap orang yang melakukan urutan badan dapat meningkatkan sistem imunisasi badan terutamanya mereka yang sering mengalami kesakitan kecil. Satu kajian yang dilakukan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai mendapati urutan sekurang-kurangnya selama 45 minit dapat mengubah tindak balas imun di dalam badan. Oleh itu, urutan berkala setiap minggu atau setiap dua minggu dapat menguatkan sistem pertahanan badan.

13) Urutan Badan dapat Mengurangkan Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan yang kronik meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit jantung, masalah hati (cirrhosis) dan masalah paru- paru. Tekanan perasaan berlaku apabila apa yang diingini tidak seperti apa yang berlaku dalam kehidupannya. Tekanan perasaan boleh menjadi punca banyak kemalangan dan bunuh diri. Ianya adalah salah sama sekali kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Lebih baik anda mendapatkan rawatan urutan badan dan mendapatkan rawatan terapi yang lain.

14) Urutan Badan Mengatasi Masalah Penghadaman

Setiap orang pernah mengalami masalah penghadaman dan urutan abdominal (perut) sangat membantu. Jika anda mengalami sembelit selama 3 hari dan lebih, urutan perut dapat membetulkan sistem badan anda.

15) Urutan Boleh Mengurangkan Senggugut (PreMenstrual Syndrome-PMS)

Senggugut yang dialami wanita sebelum dan selepas kitaran haidh boleh dirawat dengan urutan ataupun terapi tuam panas (hotpack) atau tungku. Urutan badan dapat mengurangkan emosi tidak stabil, sakit belakang, atau sakit yang berpunca dari perubahan hormon ini.

16) Urutan dapat meningkatkan kesihatan muka, kepala dan rambut

Urutan muka dan kepala adalah sangat menenangkan. Terdapat urutan seri wajah untuk mengelakkan muka berkedut, memberi dagu runcing, dan menaikkan seri muka. Urutan kepala pula dapat mengurangkan sakit kepala,  menguatkan dan melancarkan perjalanan darah kulit kepala.

17) Urutan Badan Membetulkan Postur Tubuh Badan

Satu lagi masalah utama yang berkaitan dengan duduk sepanjang hari adalah anda akan mengalami sakit leher dan bahu yang serius. Ini disebabkan oleh tekanan pada otot badan yang duduk terlalu lama tanpa mengubah posisi duduk tersebut. Ia juga boleh memberi kesan kepada punggung (glutes) dan sakit belakang anda. Urutan badan dapat menangani tekanan fizikal ini dan akan melegakan tanda-tanda yang menyakitkan anda.

18) Urutan menggunakan Kerusi Membuatkan Anda Lebih Fokus

Banyak syarikat korporat mengambil kira keletihan dan tahap tekananan pekerja mereka. Lalu mereka memanggil juruurut bertauliah ke syarikat mereka untuk melakukan urutan anti-stress di atas kerusi. Ini adalah cara yang disokong secara saintifik untuk membuat orang berasa lebih berjaga-jaga dan fokus. Rangsangan mental yang anda terima daripada urutan kerusi 15 minit yang mudah akan menjadikan tugas harian lebih mudah dan efektif.

19) Urutan Badan Menurunkan Tekanan Darah

Jika anda mempunyai masalah dengan tekanan darah tinggi, maka penjadualan urutan  pasti idea yang baik. Individu yang mempunyai gaya hidup sibuk dan tekanan darah tinggi boleh mendapat manfaat minimum urutan kerusi selama 10 minit seminggu sekali.

20) Tingkatkan Peredaran Darah Anda dengan Urutan

Urutan membantu melancarkan peredaran darah anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang berkaitan peredaran darah anda yang perlahan, urutan dapat memberikan kulit yang lebih sihat, fungsi organ yang lebih baik dan pertumbuhan sel yang lebih baik.

TIPS URUT DIRI SENDIRI

Dapatkan ahli terapi urut berlesen adalah tindakan terbaik, tetapi anda juga boleh memberi dan menerima urutan yang bermanfaat di rumah tanpa sebarang latihan profesional. Satu kajian menunjukkan bahawa memberi urutan kepada diri sendiri dapat mengurangkan kebimbangan dan kemurungan! Jika anda ingin menggabungkan beberapa minit urutan diri ke dalam rutin harian anda, anda boleh menggunakan petua berikut:

1- Letakkan bola kecil di antara dinding dan belakang anda. Apa-apa jenis bola boleh dilakukan, seperti bola tenis, bola golf, bola kecil yang keras ada dijual di farmasi atau pusat rehabilitasi. Gunakan bulatan bola itu dan gerakkan badan anda ke kiri kanan dan belakang untuk mengurut belakang anda.

2- Seterusnya, bola kecil tadi boleh diletakkan di tangan anda pusingkan ianya di titik sakit sepanjang sisi tepi kiri dan kanan antara tulang belakang anda. Ianya juga boleh dilakukan di betis dan paha anda.

3- Urut tapak tangan anda dengan menekan bola ke atas lantai atau meja, dan pusingkan ia sekeliling tapak tangan secara bulatan.

Sekarang anda memahami mengenai manfaat urutan badan untuk kesihatan badan. Adalah penting untuk peruntukkan masa anda untuk melakukan urutan badan dalam gaya hidup sibuk anda. Perlu diingat bahawa banyak tekanan, ketegangan dan kesakitan yang anda rasakan sepanjang masa akan berkurangan selepas setiap urutan. Meletakkan kesihatan anda terlebih dahulu adalah cara terbaik untuk menjalani kehidupan yang panjang dan bahagia.

Kami di My Rehab Spa, Rawang menyediakan terapi urutan mengikut mesalah yang anda hadapi. Urutan Relaksasi/ Swedish, Deep Tissue Massage, urutan sukan, dan urutan batu panas (Hot Stone Massage)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *