Anda pernah rasa kaki tidak sama panjang? Anda juga mengalami sakit belakang?

Kaki tidak sama Panjang (leg length discrepancy) dikaitkan dengan masalah sakit belakang?

Pernahkah anda diberitahu atau perasan bahawa salah satu kaki anda agak pendek daripada yang lain? 

Adakah anda mempunyai masalah sakit belakang? 

Kedua-dua perkara ini sangat berkaitan. Kebanyakan individu mempunyai perbezaan kecil dalam kepanjangan kaki mereka tanpa disedari. 

Bagi sesetengah orang, perbezaan kepanjangan kaki tidak akan menjadi penyumbang kepada sakit belakang. Sakit belakang biasanya berlaku jika panjang kaki mereka lebih daripada 5 mm. Jika lebih daripada 9mm, kebiasaannya kekerapan sakit belakang akan makin bertambah.

KLASIFIKASI KAKI TIDAK SAMA PANJANG (LEG LENGTH DISCREPENCY (LLD))

Terdapat dua jenis LLD.

1)STRUKTUR ANATOMI (STRUCTURAL ANATOMICAL) (True)

Ketidaksamaan panjang kaki secara struktur. Kaki tidak sama panjang sejak kecil contohnya tulang paha tidak sama panjang.

Ia adalah secara fizikal (osseous) iaitu satu anggota badan yang lebih rendah antara tulang paha (greater trochanter femoral) dan tapak kaki (ankle mortise).

Keadaan kongenital termasuk kelahiran atau zaman kanak-kanak tulang tidak abnormal, atau disebabkan trauma, patah tulang, penyakit degenerative ortopedik dan gangguan pembedahan seperti penggantian sendi.

2) SECARA BERFUNGSI (FUNCTIONAL)(APPARENT)

Pemendekan bukan struktur. Ia adalah paras pinggul atau kaki yang tidak sama kiri dan kanan tetapi bukan disebabkan oleh struktur anatomi badan (osseous components of the lower limb).

Ia mungkin disebabkan oleh perubahan mekanik anggota kaki contohnya sendi ketat (joint contracture), paksi mekanikal statik atau dinamik tidak sama, kelemahan otot, atau pemendekan otot. Boleh lihat contoh kaki tidak sama panjang di sini.

BAGAIMANA MENENTUKAN KAKI TIDAK SAMA PANJANG?

Cara terbaik untuk menentukan sama ada struktur panjang kaki tidak sama adalah dengan x-ray atau mesin pengimejan yang lain.

Secara manual, fisioterapi akan menggunakan pita pengukur untuk mengukur panjang kaki dalam keadaan melentang. Boleh tengok video di bawah.

Struktur panjang kaki tidak sama secara berfungi (apparent) dikesan apabila pelvis (punggung) senget atau terangkat sebelah, atau masalah sendi punggung (sacroiliac joint dysfunction). Kepanjangan kaki akan diukur menggunakan pita pengukur di pusat ke medial malleolus (lekuk keting kaki dalam), dan dibandingkankan panjang antara kedua kaki.

Bagi struktur panjang kaki tidak sama secara anatomi (true), boleh diukur menggunakan pita pengukur dari tulang yang timbul aras pinggang (ASIS) ke medial malleolus (lekuk keting kaki dalam), dan dibandingkankan panjang antara kedua kaki.

Untuk menentukan sama ada perbezaan struktur benar wujud, fisioterapi mesti merawat pelvis dan mengembalikannya ke kedudukan yang neutral sebelum mengukur perbezaan panjang kaki.

Sebaik sahaja pelvis symmetrical, boleh lihat kaki masih tidak sama panjang atau sudah hilang. Jika hilang, ia diklasifikasikan sebagai berfungsi.

Jika ia kekal dan mempunyai perbezaan yang boleh diukur, ia adalah percanggahan panjang kaki struktur.

Individu juga boleh melihat kaki mereka tidak sama panjang dengan baring dan membengkokkan kedua lutut. Jika paras kedua lutut tidak sama, anda bolehlah rujuk kepada fisioterapi berdekatan anda. 

PUNCA SAKIT BELAKANG

 Perbezaan panjang kaki boleh disebabkan oleh punggung (pelvis) tidak simetri antara kiri dan kanan atau kerana satu kaki adalah lebih panjang daripada yang lain. Semakin besar perbezaan panjang kaki, lebih awal sakit belakang akan berlaku.

Diagnosis khusus yang bertepatan dengan panjang kaki tak sama termasuk:

– scoliosis (tulang belakang senget)

– cakera herniasi lumbar (lumbar herniated discs)

– sacroiliitis (inflamasi di kawasan sendi punggung)

– greater trochanteric bursitis (bursitis berhampiran sendi paha yang melekat dengan punggung)

– artritis pinggul

– sindrom piriformis

– sindrom patellofemoral 

– pronasi kaki. 

Punca-punca lain yang berpotensi mungkin disebabkan oleh kecederaan (seperti patah, keretakan), penyakit tulang, tumor tulang, masalah kongenital (semasa kelahiran) atau dari masalah neuromuskular.

SIMPTOMS

– Penampakan dari belakang, bahu senget sebelah, aras punggung tak sama

– Postur yang terjejas

– Masalah dengan gait (cara berjalan)

– Sakit di bahagian bawah belakang, pinggul, buku lali atau lutut.

 

RAWATAN

Panjang kaki tidak sama disebakan struktur boleh dirawat dengan penambahan tumit di kasut kaki yang lebih pendek, jika perbezaan lebih daripada 5 mm. 

Penggunaan dan saiz tumit ditentukan oleh ortodontik berdasarkan berapa tebal tumit diperlukan untuk betulkan biomekanik lumbopelvic.

Dalam kes-kes tertentu, pembedahan mungkin diperlukan untuk memendekkan atau memanjangkan anggota kaki. Komponen penting untuk mana-mana prosedur pembedahan untuk membetulkan panjang kaki yang tidak sama adalah melalui terapi fizikal (fisioterapi).

Terapi fizikal membantu proses penyembuhan melalui regangan otot dan mengekalkan fleksibiliti. Kaki yang tidak sama panjang disebabkan fungsi (structural leg length discrepancy) tidak memerlukan penambahan ketebalan tumit kasut tetapi ia memerlukan teknik terapi manual yang betul dan senaman terapeutik tertentu diperlukan untuk merawat dan menormalkan aras pelvik aras kaki kiri dan kanan.

Beberapa sesi rawatan diperlukan untuk membetulkan tulang pelvis supaya berada dalam kedudukan simetrikal. Setiap pesakit mempunyai masalah berbeza berdasarkan masalah biomekanikal di bahagian belakang, pelvis, pinggul, lutut, dan kaki / buku lali mereka.

Jika anda mengalami kesakitan di bahagian belakang dan bahagian kaki, kemungkinan kaki anda tidak sama panjang.

Jika dibiarkan, ia boleh menyumbang kepada sakit pinggul, sakit lutut, atau sakit kaki. Kesemua gejala itu mungkin berkaitan.

Mulakan dengan melakukan penilaian terapi fizikal untuk menentukan sama ada anda mempunyai panjang kaki tidak sama.

Di My Rehab Spa, kami akan melihat kepanjangan kaki anda sebelum memulakan rawatan.

Rawatan di My Rehab Spa ialah deep tissue massage, terapi manual dan hip traction untuk membetulkan kembali struktur pinggang, otot dan saraf anda disusuli dengan senaman terapeutik berkaitan otot yang bermasalah.

Kemudian, kami akan memberi pilihan kepada anda untuk melancarkan perjalanan darah dan melembutkan otot urat dengan bekam atau melancarakan perjalanan darah beserta membetulkan urat saraf dengan akupuntur. Jika anda ingin melakukan urutan, fisioterapi, bekam dan akupuntur dalam satu masa yang sama, anda boleh datang ke tempat kami di Bukit Sentosa Rawang. Tetapi ianya untuk Wanita sahaja dan kami juga menyediakan servis rawatan masalah sakit belakang, sakit bahu dan sendi lain, serta sakit kepala dan spa.

My Rehab Spa, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Klik di sini untuk like page melihat kami. WhatsappInstagram, Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *