Bahu keras atau frozen shoulder bahaya ke?

Kali ini, saya akan berkongsi tentang tanda-tanda bahu keras dan rawatan bahu keras atau frozen shoulder.

Ada ke ahli keluarga anda yang menghadapi masalah bahu keras ataupun tidak boleh angkat bahu tangan dengan baik? Dalam medical term, ianya digelar frozen shoulder.

Nak tahu anda telah terkena penyakit ini?

Tandanya ialah bahu menjadi keras dan anda tidak dapat menggerakkan sendi bahu sepenuhnya sama ada ke depan, belakang, ke belakang bahu dan seangkatan dengannya.

Selain itu, anda akan merasa “dull ache” iaitu sakit di dalam sendi bahu, sakit tu bukan di luar dan sukar untuk diberitahu rasa sakitnya. Rasa sakit itu juga merebak ke lengan, bahu atas dan bahagian leher.

Apabila anda cuba untuk menggerakkan sendi bahu anda, rasa sakit itu semakin kuat.

Kemudian, rasa sakit akan meningkat sewaktu hendak tidur dan boleh juga terjaga sewaktu tidur disebabkan terlalu sakit. Ada juga yang cuba mengoles ais pada bahu dan sakit berkurangan namun keesokan harinya, sakit itu kembali. Pada waktu pagi pula, anda perlu menggerakkan sendi bahu beberapa ketika dahulu barulah rasa sakit perlahan-lahan akan menghilang.

Menjadi kebiasaan kalau kita sedang fokus pada kerja, kita tidak akan merasa sakit kerana otak kita sedang bekerja untuk menyelesaikan tugasan kita. Kan otak kita ada kelenjar-kelenjar berbeza mengikut fungsinya. Bila duduk saje-saje, relaks gitu, datanglah sakitnya.

Seterusnya, apa pula akitiviti yang apabila dilakukan, sakit makin terasa?

Sakit yang amat macam takleh nak describe bila anda cuba angkat tangan ke atas atau memusingkan bahu macam yang saya terangkan di atas. Lepastu, bila angkat barang, bawa beg atau barang yang lain dengan bahu yang sakit itu, menyidai pakaian (kan perlukan tangan ke atas), melempar sesuatu malah tak boleh nak garu belakang mahupun memakai bra bagi yang wanita.

Haa, tudiaa.

Sekarang, mesti anda tertanya-tanya bagaimana bahu keras ataupun frozen shoulder ini berlaku kan?

dia sebenarnya takleh cakap juga punca utama. Cuma secara umumnya, disebabkan kecederaan pada kapsul sendi bahu yang apabila proses penyembuhan ambil alih menyebabkan parut di kawasan terbabit terbentuk, maka terhasillah bahu keras.

Saya mengambil contoh, kalau kita luka di tangan terutama dekat sendi jarila katakan, lama-lama darah akan kering dan kupingan ala warna coklat akan terbentuk menutup luka tu kan? Bila nak gerakkan sendi jari kita akan merasa sakit. Nah, begitu jugalah dengan sendi bahu kita. Cuma yangi ni di dalam, tidak dapat dilihat dengan mata kasar cuma dapat rasa sahaja.

Ada juga disebabkan stroke (kan bahu lama tak bergerak, tu yang jadi stiff), kencing manis, dan mana2 yang berkaitan dengan bahu terlebih guna atau tak gerak sangat pun.

Boleh sembuh ke?

Eh, insya Allah boleh. yang penting yakin boleh sembuh dulu. Proses penyembuhan ni terdiri daripada 3 fasa. 1- sakit dulu, 2- freezing atau beku, xleh nak gerakkan sendi bahu 3- thawing ataupun bahu dah tak keras, dah loose dan kita pun boleh restore balik tujuh pergerakan yang sepatutnya bahu boleh lakukan.

Jika anda nak sembuh sperti sediakala, hubungilah team kami. Insya Allah, kami bantu anda dapatkan balik pergerakan itu dengan rawatan penuh kasih sayang dari kami. Selalunya, rawatan untuk bahu keras atau frozen shoulder ini meliputi rawatan ais/panas, joint mobilisation dengan tujuan memecahkan sendi yang keras, stretching dan juga strengthening exercise. Jika, akupuntur diperlukan, kami akan letakkan ia di sekitar bahu anda.

Di bawah adalah contoh senaman membantu untuk menggerakkan sendi bahu anda.

Kami ke rumah anda yang sekitar kuala lumpur dan selangor atau anda boleh datang ke tempat kami di Bukit Sentosa, Rawang untuk kami bantu anda.

Ingat! anda pergi urut sekalipun, ia tidak membantu sekiranya tidak dipecahkan sendi bahu yang keras itu. Urut untuk muscle ataupun ramai yang cakap “urat”.

 

Harap info tentang tanda bahu keras dan rawatan bahu keras atau frozen shoulder dapat membantu anda.

 

 

2 Replies to “Bahu keras atau frozen shoulder bahaya ke?”

    1. Wsalam wbt. jika di MRS RM70 satu sesi. boleh cek di bahagian promo. cara rawatan bergantung pada tahap sakit cik puan. Rawatan asasnya adalah tuam panas (hot pack), kita gerakkan sendi bahu untuk pecahkan adhesive capsule yang limit the movement, dan beberapa senaman bahu untuk memulihkan pergerakan. Cik punya sakit bagaimana? boleh attach fb messenger My Rehab Spa atau whatsapp 012-9689707 untuk kami beri konsultasi percuma.^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *