Bawa beg berat faktor sakit belakang ke?

Semalam ada seorang adik kepada kawan saya bertanyakan mengenai slip disc. Selepas bercerita, dia katakan apabila dia bawa beg berat mesti sakit belakang. Jadi, bawa beg ni boleh buat sakit belakang ke?

Menurut American Chiropractic Association, separuh daripada rakyat Amerika menghidapi sakit belakang. Lebih menyedihkan, negara mereka menghabiskan sekurang-kurangnya $50 billion USD setiap tahun untuk menyembuhkan sakit belakang. Kalau mahu tahu beg yang anda duk angkut ke hulu ke hilir tu salah satu punca kejahatan dan kesakitan ini!

Malaysia pun apa kurangnya. Pergilah hospital kerajaan atau swasta, banyak kes back pain di unit fisioterapi. Lebih parah, ramai lagi yang buat tak tahu je bila sakit sikit- sikit, bila dah tak tahan baru pergi cari doktor sebab nak ubat tahan sakit. Buat exercise nya malas pula. #bebel la pula saya ni kan. Hahaha.

Menurut Dr. Robert A. Hayden, seorang doktor kiropraktik dan pengasas The Iris City Chiropractic Center di Atlanta dan Dr. Karen Erickson yang berkhidmat di salah satu klinik di New York mengatakan beg kesayangan kita miliki itu sebenarnya membahayakan belakang kita dan mencadangkan beberapa cara membawa beg untuk mengurangkan risiko sakit belakang.

Meh kita tengok ye.

BILA ANDA BAWA BEG BERAT:

1) GAYA BERJALAN YANG NATURAL TELAH HILANG:

Dr. Erickson mengatakan bahawa membawa beg sebelah bahu ini telah mengganggu kitaran gaya berjalan normal kita. Gaya jalan semula jadi kita adalah menghayun kaki dan tangan kedua bahagian badan dengan sekata supaya keseimbangan badan dapat dikekalkan tetapi apabila membawa beg di sebelah bahu sahaja, tangan terbabit tidak bergerak manakala tangan sebelah lagi akan dihayun lebih laju dari biasa.

Bahu di bahagian beg juga akan tinggi sebelah dari bahu lain untuk mengelakkan tali beg melurut ke bawah. Ia telah menyebabkan tulang belikat (scapular) tidak selari dengan bahagian sebelah. Orang yang punya skoliosis perlu teliti tentang hal ini.

2) OTOT DI BAHAGIAN BAHU TIDAK STABIL: Bila bahu tinggi sebelah, otot trapezius atas lebih kuat bekerja dari bahu sebelah. Bahagian atas badan menjadi tidak simetrikal dan mengubah pusat graviti di badan kita.

Lama kelamaan bahu anda akan menjadi keras, sakit dan tidak selesa. Ketidakseimbangan ini juga menyebabkan sakit pinggang dan kawasan sekitar bahu kerana mereka perlu bekerja keras untuk menutup kesakitan yang dialami di bahagian bahu.

3) ANDA JUGA AKAN SAKIT KEPALA: Apabila otot- otot dipaksa bekerja keras untuk menampung beban beg yang berat, otot di bahagian bahu dan leher akan mengeras (spasm). Ini boleh menyebabkan kesakitan di tengkorak kepala bahagian bawah dan menarik ke arah kepala juga. Sebab itulah ramai juga tukang urut tradisional akan mengurut di bahagian belikat dan bahu apabila pesakit mengadu sakit kepala. Saya selalu menggunakan teknik urutan 5 beradik untuk kes seperti ini. 🙂

Mesti anda tertanya- tanya habis tu, tak perlu bawa beg ke? Barang nak letak mana? haih susah, susah…

Haa,

CARA – CARA BETUL MEMBAWA BEG CANTIK ANDA TU

1) TUKAR BAHAGIAN BAWA BEG BERULANG KALI Jika sebelum ini bahagian kanan, 15 minit kemudian bawalah pula di bahagian kiri. Setiap 15 minit, ubahlah posisi beg itu ye. Seeloknya kurangkanlah berat beg anda.

2) SANGKUT BEG DI BAHU, ELAKKAN JINJIT DI TANGAN

Apabila beban yang banyak di genggaman, ia boleh menyebabkan kecederaan (muscle strain/ tendinitis) di bahagian siku anda. Bawalah dua atau tiga beg plastik yang berat di tangan daripada satu beg plastik tapi muatan sangat berat. Seeloknya gunakanlah troli yang disediakan jika di pasar raya.

 

3) BUAT  SENAMAN KEMUT

Senaman ni dengan keadaan seperti tahan kencing. Senaman ini mampu menguatkan otot utama abdominal dan menguatkan tulang belakang anda. Sambil2 jalan pandang sekeliling, buatlah senaman ini ye.

 

4) PERTIMBANGKAN BEG SILANG atau BEG GALAS

Silang beg berat anda ataupun galas kerana ia menggunakan kedua-dua bahu. Otot belakang akan digunakan sama rata untuk membawa beban beg dan anda telah mengurangkan sakit belakang.

Saya memang selalu silang beg sebab orang skoliosis macam saya takut sangat kalau sakit belakang datang. Memang tak boleh buat kerja. Bukan masa ootd sahaja taw. Huhu.

ootd mokici ni bolehla. tapi bila berjalan, load beg yang ada barang dah ke bawah. Bahu akan terasa sakit jika isi di dalam beg berat.

Untuk anak-anak yang masih sekolah, nasihatkan anda anda untuk  membawa beg seperti ini ya,

Semoga perkongsian cara membawa beg yang betul ini dapat membantu anda menjaga postur badan dan mengelakkan sakit belakang.

Ingat! waktu muda memangla tak rasa sakit sebab healing process cepat, tetapi bila masuk 40-an ke atas anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Bawa beg yang salah mempengaruhi sakit belakang anda. Ingat tu ye..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *